Rabu, Ogos 17, 2011

Maniskan Kurma ini?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tajuk diatas macam trademark ustazah Bahiyah kan? Anyway, artikel kali ni bukan berkenaan permasalahan rumah tangga atau cakar harimau atau apa-apa sahajalah, tapi lebih kepada persoalan yang lain.

Sepanjang bulan Ramadhan telah ramai yang saya dengari ditahan di wad. Yang sempat saya melawat, alhamdulilah diizinkan oleh Allah swt. Tetapi sedikit merisaukan, sejak akhir-akhir ini begitu ramai orang yang berkecimpun dalam dunia dakwah (atau nama lain adalah pendakwah) ditahan diwad hospital. Bermula dengan pemergian Dr, Lo’ Lo’, pembedahan pintasan jantung Dr Harun Din, Dr Azizan MB Kedah, Tok Guru NAANM, TG Hj Hadi, Bro Lim, Xifu Nasser, dan ramai lagi penggiat-penggiat dakwah pelbagai lapangan terbaring di tilam putih hospital.


Diri ini risau bila mengenang akan satu hadis:
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ass radiallahu anhuma berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ‘ilmu itu sekaligus dari (dada) manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ‘ilmu itu dengan mematikan ‘alim ‘ulama’, maka apabila sudah ditiadakan ‘alim ‘ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ‘ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”

(Hadith riwayat Imam Muslim)

Diri ini bimbang jika orang jahil menjadi pemimpin dikalangan orang islam di Malaysia.
Diri ini bimbang jika orang jahil berceramah di surau@masjid dengan mengaku bekas penganut agama lain yang masuk islam lalu menipu untuk mendapatkan kesenangan dunia.
Diri ini bimbang andai orang yang tidak berpengalaman terjun ke dunia dakwah tanpa ilmu dan panduan yang akhirnya akan merosak agama itu sendiri.
Diri ini risau andaikata mutiara ilmu pengetahuan tidak ditempatkan dalam dada-dada generasi muda sekarang.

Peristiwa “kejatuhan” pendakwah di katil-katil hospital menandakan satu tabiat orang Malaysia perlu berubah terutama kepada pendakwah muda diluar sana. Setiap saat seorang pendakwah yang kurus muncul dikhalayak ramai, pasti kemudian akan menjadi “gempal”. Pendakwah masa kini tidak dapat lari daripada sembang lepas program. Sambil menganalisis permasalahan yang ditimbulkan oleh orang ramai @ pihak penganjur sendiri, sambil menyuap makanan pelbagai rasa dan citarasa yang tinggi kolestrol dan lemak.

Ya, terlampau jarang melihat golongan berkopiah turun di taman-taman @ tasik-tasik untuk beriadah. Jarang-jarang nampak kaki surau menjaringkan gol kemenangan dalam pertandingan Futsal BH. Sangat sedikit kaki pengajur program islami menyertai program senam robik yang dianjurkan oleh komuniti setempat.

Maka boleh dikatakan, ramai ustaz-ustazah berada didalam list pembedahan jantung dan dialysis buah pinggang. Penyakit kencing manis dikalangan golongan agamawan meningkat saban tahun seiring dengan penambahan golongan ustaz ustazah lepasan university.

Ya, Malaysia memang mewah dengan makanan. Lihat sahaja di Bazar Ramadhan. Tidak dilupakan di hotel-hotel dan restoren. Atau hendak lebih spesifik lagi, lihat di dalam tempat pembuangan sampah. Banyak makanan yang dibuang. Hari ini, mungkin golongan berjubah ini terima rasuah dalam bentuk wang. Tetapi peratusan masih lagi kecil. Tapi peratusan tinggi adalah penerima rasuah makan. Ya, rasuah kepada orang yang tidak menitik beratkan pemakanan yang terbaik untuk tubuh sendiri.

Pendakwah sekarang perlu jaga badan dan stamina. Selalu berjoging dan amalkan pemakanan yang terbaik untuk diri sendiri. Amalkan syariati dan sunnati dalam penjagaan kesihatan. Pokoknya, kesihatan dan kewangan itu sangat penting bagi seorang pendakwah. Kos operasi membuka saluran darah yang tersumbat memakan hamper 100k, apatah lagi jika terpaksa dialysis buah pinggang dimana kos untuk sekali dialysis adalah RM300. Bayangkan pendakwah muda terkena penyakit seperti ini, alangkah rugi wang dan masa.

Pesakit diabetis sangat takut dengan gula. Tetapi kurma dan kismis sekarang diawet dalam gula tiruan. Maka pesakit diabetis terpaksa mengurangkan memakan kurma disebabkan kandungan gula yang tinggi. Tetapi pendakwah yang sihat dan kuat, kita boleh hulurkan kurma tersebut dengan berkata:

“ Maniskan Kurma Ini?”


“Melahirkan Jutawan Muslim”
Abanglong.net

********* IKLAN ******************* ****************************************************

Tiada ulasan: