Selasa, Mac 15, 2011

Tsunami Perubahan


Assalamualaikum.......

Banyak sekali perkataan yang sampai ditelinga saya tentang bencana di Jepun. Bala, hukuman kepada tuhan disebabkan kemaksiatan kepada Allah dan sebagainya. Yang paling menarik adalah bencana ini disebabkan tidak mengamalkan green technology dan pembangunan pesat di Jepun. Allah, beghak sungguh aku dengan semek datin seri ni. Rase nok sekeh pale ye wak statemen gitu. Cakap kut sedak mulot ye je.

Mengikut apa yang dibentang oleh lecturer dihadapan kami, pelajar pengurusan alam sekitar UM, Jepun adalah pelopor Green Technology yang paling maju dan paling berkualiti. Mereka mengamalkan integrity berkesan keatas semua produk yang mereka hasilkan. Malah mereka juga adalah pelopor Green Car atau dikenali sekarang sebagai hybrid car dan electric car. Alangkah bahayanya kenyataan ini diucapkan dikhalayak ramai seperti itu.

Sejak pasca perang dunia kedua, Jepun mengalami pertumbuhan yang sangat cepat. Dalam masa 30 tahun sahaja, Jepun menjadi hebat dalam technology dan ekonominya. Malah pakar ekonomi ( maklumat yang telah terlupa, diambil dalam satu majalah kalau tak silap) menyebut bahawa tiada satu rumah pun di dunia ini yang tidak memiliki barangan daripada Jepun. Paling tidak pun selipar jepun (joke).

Mereka berdepan dengan krisis dengan penuh sabar dan bergerak kerja dengan bersungguh dan istiqamah, akhirnya mereka berjaya menjadi antara negara kuasa dunia, melalui ekonomi, teknologi dan industry seni! Kejayaan mereka dicatat dalam sejarah dunia, sebagai negara yang hancur lebur dek dua bom atom yang dilepaskan tentera amerika sewaktu perang dunia kedua. Dan hari ini, dunia mencatat sejarah juga bahawa jepun mengalami kehancuran teruk akibat gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi dan letupan reactor nuclear. Empat bencana sekaligus.

Ya, jepun mempunyai teknologi canggih yang mampu mengesan dan mempunyai teknologi untuk mengurangkan impak akibat daripada gegaran gempa bumi dan tsunami serta letusan gunung berapi. Kecepatan mereka mengesan bencana alam adalah untuk mengurangkan kematian akibat bencana alam. Bangunan-bangunan dilengkapi dengan teknologi yang boleh menyerap gegaran dan kelebihan untuk bergerak sedikit untuk membuatkan bangunan stabil jika berlaku gempa bumi.

System komunikasi dikemaskinikan agar amaran awal dapat disebarkan dengan cepat dan berkesan. System pengangkutan dan reactor nuclear juga direka khas agar mampu untuk bertindak atas setiap bencana alam. Kereta api berhenti secara automatic jika berlaku bencana alam. Ini semua dilakukan untuk mengurangkan kematian akibat daripada bencana alam.

Saintis jepun telah lama mengakui bahawa mereka tidak mampu untuk menghalang bencana alam daripada berlaku. Bencana alam ini mereka akui, mereka tiada KUASA untuk mengawalnya. Bertitik tolak daripada pengakuan kelemahan merekalah, mereka mencari apakah kuasa yang ada pada mereka. Mereka mula menfokuskan kepada kesan bencana alam dan mereka percaya bahawa mereka mampu untuk mengawal kadar impak yang berlaku akibat daripada bencana alam. Maka dengan keyakinan itu, mereka berjaya menghasilkan teknologi yang terbaik untuk mengurangkan impak tersebut.

Saya tidak suka dengan kenyataan “ gempa bumi di Jepun menunjukkan bahawa sehebat manapun teknologi yang dihasilkan oleh manusia, tidak dapat melawan kekuasaan Allah.” Owh memang saya tidak suka dengan statement begitu. Anda seolah-olah menyandarkan kesemua yang berlaku kepada Allah. Seolah-olah anda tidak mahu berusaha untuk mengawal apa yang kita semua mampu kawal. Orang jepun mengakui mereka tidak mampu mengawal bencana alam daripada berlaku, tetapi mereka mengawal apa yang mereka mampu, iaitu kesan bencana alam. Saya benci mendengar ayat “ bencana nak berlaku, nak buat macam mana” tetapi saya menyukai orang berkata “ apa yang aku buat untuk mengurangkan kerugian seperti yang berlaku hari ini.”

BELAJAR DARIPADA JEPUN

Jepun adalah bangsa yang paling cepat berubah. Mereka berubah daripada negara yang ditimpa bencana kepada negara yang paling maju. Mereka berubah daripada negara yang kalah pada perang dunia kedua kepada negara yang menguasai dunia. Mereka berubah daripada orang paling kejam kepada orang yang paling berdisiplin. Ya, mereka cepat berubah. Itu indicator mereka adalah bangsa yang hebat.

Mereka berubah menjadi bangsa yang menguasai, dan mementingkan quality berbanding mereka yang dipandang rendah suatu masa dahulu. Kesan mereka berhadapan dengan krisis, menemukan mereka yang kita kenali sekarang. Mereka keluar daripada belenggu mereka dahulu, dan menjadi bangsa yang menguasai segenap penjuru dunia.

Bukan niat saya untuk memuja jepun. Tetapi niat saya adalah kita menjadi seperti mereka. Kita belajar macam mana mereka bangkit dan berubah. Belajar mereka mengubah budaya mereka sendiri. Mencabar diri dikala negara mempunyai sumber bumi yang sangat terhad. Dan mereka berjaya untuk berubah.

Hakikat yang kita masih lagi dijajah semakin kuat apabila negara eropah penjajah kita, mula dilanda muflis. Portugal dan spain adalah dua negara yang berada di dalam zon untuk muflis selepas Greece dan beberapa negara lain. Mereka adalah negara yang kurang disiplinnya dan paling kurang berubah budaya mereka. Maka mereka mula dilanda muflis. Satu demi satu negara diisytihar sebagai muflis. Adakah kita hendak menjadi seperti mereka?

Bagi saya, ini adalah peringatan yang terbaik buat warga jepun. Orang muda jepun sudah melupakan generasi awal yang bertungkus lumus membangunkan negara jepun sampai ketahap sekarang. Kadar bunuh diri semakin lama semakin meningkat dikalangan orang muda jepun. Dengan bencana yang berlaku, mereka tersedar untuk berubah. Saya yakin, mereka cepat untuk kembali bangkit. Ya, mereka adalah bangsa yang cepat berubah suatu masa dahulu. Maka saya yakin yang mereka mampu bangkit kembali daripada bencana ini.

Mereka dilanda bencana alam untuk mencabar mereka untuk berubah. Adakah kita hendak dilanda bencana alam barulah nak berubah?

Lateral maksima........... mahu belajar daripada jepun seperti Dr. Hamdi............................



Tiada ulasan: