Isnin, Oktober 12, 2009

TANGGUNGJAWAB ATAU SUMBANGAN

Salam ceria buat semua.

Sering kali saya tidak berpuas hati dengan ucapan ahli politik sekarang. Prasa “alhamdulillah, tidak kira sama ada anak ahli pembangkang atau pun sape2, kita akan memberikan mereka kemudahan belajar yang lengkap.” Semua orang bertepuk tangan selepas itu.

TANGGUNGJAWAB ATAU SUMBANGAN.

Kerajaan dilantik oleh rakyat untuk mengurus tadbir setiap yang berlaku dalam pentadbiran sebuah negara. Malah sepatutnya, setiap perkara yang berkaitan dengan pentadbiran yang penting harus berbincang dengan rakyat. Disinilah pentingnya masjid sebagai pejabat pentadbiran negara ketika zaman rasulullah dimadinah. Perbincangan soal negara dalam masjid itulah yang menyebabkan negara madinah al-munawarah itu menjadi semakin kuat.

Tanggungjawab adalah amanah yang dipikul oleh seseorang untuk melaksanakannya. Manakala, sumbangan adalah pemberian ikhlas dari poket sendiri kepada orang lain.

Rasenye pentafsiran yang saya buat diatas sudah menjadi kayu ukur sebenar antara sumbangan dan tanggungjawab.

Kate dialog diatas sebenar tidak selayaknya diucapkan oleh seorang yang memegang mandat sebagai kerajaan. Kerana pendidikan, infrastruktur awam, dan sebagainya itu adlah hak asasi semua penduduk malaysia. So, setiap yang bernama kerajaan wajib melaksanakan dan memenuhi tuntutan setiap penduduk di Malaysia.

Malah kerajaan juga tidak selayak membezakan anak penyokong kerajaan pusat atau pembangkang kerajaan pusat dalam tuntutan hak asasi manusia.

Lainlah kalau kerajaan menggunakan duit hasil poket sendiri untuk membelanjakan sesuatu yang bermanfaat untuk hal yang tidak berkaitan dengan hak asasi seperti memberi kain batik seorang satu kepada rakyat. Itulah sumbangan namanya.

Melihat kembali peranan kerajaan yang dimainkan oleh zaman pemerintahan islam satu ketika dahulu, baitul mal mampu menampung pembelanjaan pendidikan, air, undang-undang dan sebagainya secara percuma kepada rakyat. Suatu yang tidak akan berlaku lagi pada masa kini.

Pesanan kepada anda yang bakal menjadi pemimpin negara pada suatu hari nanti. Bezakanlah antara tanggungjawab dan sumbangan peribadi. Sumbangan menggunakan duit kerajaan juga adalah salah disisi undang-undang Allah. Ingatlah tanggungjawab itu adalah ditanyakan Oleh Allah kepada setiap pemimpin.

Jangan sesekali mendabik dada telah memberikan sumbangan kepada rakyat melalui saluran kerajaan kerana setiap yang dibelanjakan itu adalah duit rakyat juga.

Lateral maksima tak kisah pasal duit dan harta sangat...............................

Tiada ulasan: