Jumaat, Oktober 30, 2009

ALMARI BUKU


Assalamualaikum wbt.

Masih lagi saya teringat kenangan diwaktu kecil. Ketika waktu kecil, corak didikan ibu bapa sangat mempengaruhi diriku. Rutin ayahku yang selalu ke surau warisan daripada datukku yang suka ke surau. Rutin ummi dahulu suka membaca. Banyak buku-buku dalam almari di rumahku. Tidak kira, buku haraki atau buku akademik semua menjadi santapan. Tapi semakin tua semakin ditarik nikmat pancaindera, semakin kurang ummi membaca. Ye lah, macam mana nak baca kalau mata tak nampak.

Dalam bilik saya, terdapat satu almari buku. Separuh daripada almari itu dipenuhi buku diwaktu aku kecil dahulu. Saya pernah bertanya,

“Ummi, kenapa tak buang buku-buku lama abang ni?” tanyaku kepada ummi.
“Abang marah ummi bila ummi nak buang buku ni semua.” Balas ummi. Saya sendiripun sudah lupa bila entah saya marah kat ummi dulu.

Maka dua hari suntuk terpaksa dihabis untuk mengemaskini almari buku itu. Buku-buku latihan sejak saya PASTI lagi masih tersimpan disana. Saya tengok balik buku latihan yang sekarang sebahagian adikku guna untuk belajar membaca. Bila tengok adik mula membaca teringat saya mula-mula belajar membaca waktu kecik-kecik dahulu. Mood ummi kadang-kadang tak menentu, kalau mood baik, ummi hanya rotan hanya sekali je sepanjang sesi belajar membaca, kalau mood tak baik ummi hanya marah-marah je.

Banyak perkara yang saya belajar daripada emak. Tulisan jawi, membaca bacaan bahasa inggeris dan juga mengaji al-quran. Tapi waktu tu, lebih suka abah yang ajar berbanding ummi sebab ummi sangat tegas, tak boleh salah langsung. Pada waktu itu saya sangat malas nak belajar (sampai sekarang pun malas juga nak belajar).



Lepas berkemas 2 hari, buku dah makin kurang. Mulalah saya menambahnya dengan buku-buku yang saya beli sendiri. Bermula dengan era buku komik seperti detektif conan, penyiasat remaja, akademi Q, yu gi oh, gundam wing dan peraturan euki. Tidak dilupakan majalah komik seperti kreko dan arena. Itulah yang memenuhi rak buku aku ketika itu.



Era komik diganti dengan era majalah islamik seperti majalah i, al-islam, mastika dan sebagainya. Mastika pada waktu itu mengupas isu sosial semasa seperti black mental dan gerakan freemason. Rak buku dipenuhi dengan itu semua.



Kemudian, saya mula mengisi dengan buku novel. Novel ni bermacam-macam lah. Islamik seperti habiburrahman dan kak fatimah sharha. Termasuk juga buku karangan JK Rowling yang paling aku sayang dalam kategori novel. Memang best.



Sekarang? Ermmmm. Mungkin saya lebih minat kepada motivasi, bacaan ilmiah dan semua buku yang ringan lagi tidak memberatkan kepala untuk memahami. Manusia bermagnet, jutawan senyap, 360 degree leadership, 2080 principle dan banyak lagi menjadi tatapan aku. Walau kebanyakan buku yang saya beli belum habis baca, tapi keinginan untuk membeli buku sangat tinggi dalam diri. Malah saya terpaksa untuk menahan diri daripada pergi ke Pekan Buku untuk menatap buku kerana pasti ada sahaja yang ingin saya beli.

Apa yang peliknya, keluarga akan menunggu buku yang terbaru yang saya beli (of course lah buku bahasa melayu). Melihat kembali buku terisi kedalam almari buku menjadikan saya damai ketika berada dalam bilik. Entah hanya melihat buku sahaja, perasaan gembira tu datang. Gembira tengok buku..

KENAPA KAMU SUKA SANGAT BACA BUKU MOTIVASI

Ini soalan daripada sahabat saya yang datang ke bilik saya sejak akhir-akhir ini. Belum sempat saya menjawab, kawan saya yang satu lab dgn saya,’tolong’ jawab untuk saya.

“biasalah, nak jadi motivator lah kan. Nak sertai syarikat mana?”

Soalan syarikat mana tu tidak menjadi masalah buatku. Membaca buku bukan untuk menjadi motivator dan menyertai syarikat yang menyediakan khidmat kauseling.

Saya suka membaca buku motivator. Saya lebih suka menyertai usrah daripada menjadi naqib. Sebab itu, usrah tahun ini adalah usrah yang pengisiannya main-main dengan lebih cenderung untuk membina insan lebih kepada minatnya dan tumpuannya atau fokus untuk islam. Saya lebih suka begitu berbanding menghabiskan silibus usrah dan mengandaikan adik usrah sudah faham jika didapati adik-adik dapat menjawab dengan baik soalan yang diberikan oleh naqib.

Saya belum lagi menjawab soalan diatas. Sebenarnya saya lebih suka mendengar nasihat. Saya sangat rindukan nasihat sebenarnya. Saya lebih suka saya dinasihati berbanding saya terpaksa menasihati orang lain.

Apabila saya membaca buku motivasi, walaupun orang kata tak ada apa-apa yang bermanafaat membaca buku genre seperti itu. Bagiku, itulah medan saya untuk memunasabah diri dan menerima nasihat walaupun tidak dituju kepada saya. Nasihat adalah penting dalam hidupku.

Dari kecik sampai sekarang, selalu buat kerja main-main. Cuma peratusan main-main itu adalah berkurangan sejajar dengan usia. Saya yang suka main-main menjadikan orang disekeliling akan marah dan membebel dan berleter. Ummi abah selalu berleter. Atuk dan nenek pun selalu berleter. Tapi arwah atuk dan nenek sebelah ayah tidak sempat untuk berleter kepada saya mungkin saya masih lagi kecik.

Setengah orang tidak suka dan meluat dengan bebelan dan leteran emak ayah. Tapi saya tidak! Diwaktu kecik dibawah pengawasan emak, mungkin bosan mendengarnya. Tapi bila terlepas daripada pengawasan emak ayah, rupanya saya sangat merindukan bebelan tersebut. Mungkin dah sebati dalam jiwa kot.



Ayah pernah membebel dan berleter disebabkan saya menemani seorang perempuan pulang daripada sekolah kerumahnya disebabkan cuaca gelap dan rumahnya berada ditepi hutan. Atas dasar simpati dan kasihan, saya menemaninya sehingga sampai depan pintu pagar rumahnya. Akhirnya ayah dapat tahu, berleter sehingga tidak membenarkan berkawan dengan perempuan. Mungkin sebab itu, saya sedikit dingin dengan perempuan. Mungkin!

By the way, itu sebab saya suka tengok dan baca buku. Sekarang bercita-cita menulis buku. Saya nasihatkan sahabat-sahabat, berkawan lah dengan buku, kerana buku tidak mengajar kita benda yang tidak baik. Malah buku mengajar kita untuk menjadi insan yang baik, berfikir dan sebagainya. Kalaulah ada buku yang menjurus kepada keburukan, itu adalah kebaikan untuk anda. Jika salah, itulah kelebihan anda untuk anda tahu bahawa buku itu adalah silap. Kan untungkan?

Tiada ulasan: