Selasa, Oktober 04, 2011

Strategi Ideal

“ Jutawan bukan orang yang mempunyai wang sejuta, tetapi orang yang mempunyai lebihan wang sejuta” Tegas xifu saya.

Saya tergelak untuk menghidupkan keadaan. Rakan saya disebelah pun tergelak. Ternampak senyum terukir di bibir. Saya tidak tahu, senyuman itu ikhlas atau tidak. Tetapi saya anggap itulah senyuman terbaik dalam suasana kami ketika itu.

Pertemuan saya dengan xifu saya mengembalikan memori saya ketika sesi ‘brainwash’ dahulu. Sambil bercerita tentang memori indah bersama, sambil tergelak. Itulah kehidupan manusia, selalu manis ketika bersama-sama dengan manusia lain.


Saya membuka cerita yang baru.

“ dalam kes yang itu, agak-agak kenapa orang itu memilih untuk tidak aktif dengan group kita lagi, sedangkan sudah berpangkat besar?” saya cuba membuka topic perbincangan yang baru.

“ Bisnes VEMMA adalah bisnes membantu orang. Inilah betul-betul bisnes. Kita tidak berjaya dengan menjatuhkan orang lain, tetapi kita berjaya dalam bisnes dengan cara membantu orang lain berjaya.”

“ maksudnya, membantu untuk mendapatkan income yang besar ke?”

“ TAK. Tetapi membantu membina komuniti pengguna VEMMA FREE. Orang nak yang berkualiti dengan harga rendah dan kalau boleh free. Tengok orang tadi. Sebenarnya mereka tidak merdeka dari sudut bisnes VEMMA mereka. Kenapa?”

“ entahlah”

“ Sebab mereka menggunakan wang gaji mereka untuk membeli VEMMA. Mereka tidak mendapat keuntungan langsung pun daripada VEMMA.”

Saya mengangguk kepala mengiyakan kata-katanya. Bahang di kedai mamak ini agak mengganggu konsentrasi perbualan saya dengan sifu saya ini. Kadang-kadang saya menoleh ke kanan melihat kawan saya ini. Ternampak riak wajah keletihan akibat penat bekerja siang tadi kot.

“ walaubagaimanapun, tetap dengan strategi yang kita bincang hari itu. Mula dengan segera. Jadikan ‘orang itu’ sebagai iktibar kepada kita dalam meniti hidup dalam dunia network marketing.” Pengakhiran kepada sebuah dialog panjang yang diringkaskan.

Selepas bersalaman, kami ( saya dan kawan saya) beransur pulang. Dalam perjalanan pulang, saya berfikir tentang strategi yang pernah saya fikirkan dahulu. Agak-agaknya, bagaimana untuk saya implikasikan strategi ini kepada orang lain yang terdekat dengan saya. Ya Allah, permudah urusan hamba MU ini.

Persoalan tersebut menjadi persoalan besar sepanjang perjalanan pulang. Pengakhirannya adalah senyuman yang panjang lebar. Insya allah, akan kulakukan strategi ini untuk membantu orang lain berubah sebelum kita menjadi kaya.

Abanglong.net

********* IKLAN ******************* ****************************************************

Tiada ulasan: