Selasa, September 27, 2011

Bila Ayam Mengais


Terpaksa!

Itulah rumusan yang boleh saya buat setelah bekerja di salah satu restoran makanan di MidValley.

Menyelami golongan pekerja bawahan ini, menyedarkan saya tentang bersungguh-sungguh dalam membuat bisnes. Menyedarkan saya kepada hal ehwal pengurusan kewangan. Golongan pekerja ini (termasuklah saya sekarang ini) terpaksa menerima gaji rendah dan bekerja lebih jam untuk menyara hidup terutama dibandar yang canggih manggih ini.

Gaji pekerja akan menyebabkan kos perniagaan bertambah selain daripada kos bahan makanan, sewa tapak, bil air dan elektrik dan sebagainya. Kos-kos ini adalah kos perniagaan dan sebuah perniagaan perlu meletakkan harga yang lebih mahal untuk menampung kos-kos diatas dan membuat keuntungan.


Perasaan dimaki sudah lali bagi golongan ini. Perasaan bertugas melebihi 12 jam non-stop sudah menjadi satu pengalaman bagi mereka. Golongan ini melupakan soal penat untuk terus hidup. Kadang-kadang mereka juga melupakan soal kahwin. Ada daripada mereka sudah berumur 40 tahun tetapi masih lagi belum berkahwin.

Golongan ini kebanyakannya adalah orang asing. Tidak hairan. Rakyat tempatan? Mana mungkin mereka akan bekerja dengan gaji serendah ini. Culture rakyat Malaysia tidak memungkinkan menerima gaji rendah. Kenapa?

Cashflow rakyat tempatan dan asing berbeza. Siapa rakyat tempatan yang boleh hidup dengan gaji RM500 sebulan? Cukuplah dengan satu alasan iaitu pulang ke kampong menjenguk mak dan ayah. Pergi dan balik sudah mencecah RM100. Belum lagi perbelanjaan lain lagi. Itu kalau menggunakan bas untuk pulang. Anda boleh berfikir sendiri.

Mereka umpama “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.

Tulisan ini untuk anda yang membaca berfikir. Jangan terus mengecam seseorang jika dia memilih kerja. Tetapi jangan sampai “tanam anggur”. Hurmmm.......

Lateral maksima........... katakan tak nak pada tanam anggur hu6................... 

********* IKLAN ******************* ****************************************************

Tiada ulasan: