Isnin, April 26, 2010

USAHA DAHULU BARU HASIL


Pada suatu hari, di dalam sebuah mesyuarat.
“ Wahai ketua-ketua kumpulan haiwan sekalian, beta ingin meminta cadangan daripada setiap ketua kaum sekalian aagar memberi cadangan yang bernas tentang bagaimana untuk mendidik warga rimba cergas, cerdas, pintar dan rajin,” bertanya sang raja rimba, Singa.

“ erm, saya ada cadangan. Apa kata kita menganjurkan minggu cergas dan pintar untuk melahirkan warga rimba yang kuat dan bijak. Dari sudut nama, saya serahkan kepada kalian semua untuk mencadangkan nama yang sesuai untuk minggu ini. Maklumlah, bab-bab nama saya kurang sedikit,” cadang wakil kucing, ~abu meow~.

“ saya setuju dengan cadangan abu meow tadi. Dari sudut pengisian mungkin kita boleh adakan pertandingan fizikal seperti lumba lari dan sebagainya. Kita letakkan hadiah yang sedikit lumayan untuk pemenang nanti. Untuk nama pulak, saya cadangkan minggu mesra rimba. Apa macam bro,” tingkah wakil burung, Hud-Hud.

“ bagaimana ahli mesyuarat sekalian. Setuju tak?” kata singa meminta persetujuan daripada semua ahli mesyuarat.

“ setuju!!!!!!!!!!!” sebulat suara ahli mesyuarat kali ini. Tiada bantahan sedikit pun.

“ baik. Beta hendak melantik wakil harimau, pak belang dan wakil tikus, kundis untuk menjadi ketua dan penolong ketua bagi rancangan ini. Oleh itu, mesyuarat bersurai.”

Setelah jawatankuasa dibentuk dikalangan haiwan rimba, mereka telah bersetuju untuk mengadakan beberapa aktiviti sepanjang minggu itu. Pak belang dan kundis telah menjalankan tugas sebagai ketua dengan baik untuk melaksanakan persiapan terbaik untuk minggu mesra rimba itu yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.

Mereka telah membuka penyertaan kepada semua warga rimba untuk menyertai semua aktiviti mereka, tetapi alangkah terkejut mereka disebabkan sambutan yang tidak menggalakkan yang ditunjukkan oleh warga rimba yang sungguh mengecewakan bagi mereka. Penat lelah mereka melakukan persediaan yang rapi untuk seolah-olah tidak dihargai oleh warga rimba sekalian.

Mereka mengadu kepada pak belang tentang apa perasaan mereka ketika itu. Setelah berfikir sejenak, pak belang menyuruh mereka terus melakukan setiap kerja yang masih berbaki dan tertangguh ketika mereka masih lagi tidak berpuas hati dengan sambutan yang diterima oleh warga rimba. Walaupun mereka masih tidak berpuas hati, tapi mereka tetap menyambung kembali kerja mereka tanpa banyak soal tentang tindakan pak belang tersebut. Nasihat pak belang sebelum mereka menyambung kerja;
“ sesungguhnya sekarang bukan hasil yang akan diterima, tetapi usaha dan perancangan yang terbaik yang mampu kita lakukan. Berusaha untuk menarik penyertaan daripada warga rimba sekalian dengan sabar, berapa banyak penyertaan yang dapat jangan dihiraukan dahulu. Pastikan peningkatan yang berterusan daripada sudut persembahan dan gerak kerja.”


Mereka mengangguk dengan nasihat yang disampaikan oleh pak belang tersebut. Aneh sekali mereka tidak membantah apa pun segala cakap pak belang berkenaan perkara ini. Sedikit demi sedikit penyertaan bertambah tetapi tidaklah sampai kepada sasaran yang diingin dicapai oleh jawatankuasa pelaksana.

Pada minggu yang ditetapkan, maka berlangsunglah minggu mesra rimba tersebut. Banyak acara yang dilaksanakan seperti sukan, seni persembahan, gotong-royong dan sebagainya. Dalam jawatankuasa pelaksana bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk minggu mesra rimba ini, masih ada haiwan yang lain, terutamanya golongan musang yang sentiasa mengkritik setiap aktiviti yang dijalankan.

Golongan musang ini memang terkenal dengan kritikan yang pedas tetapi mereka sering mengelak jika mereka diminta untuk menunjukkan aktiviti atau acara yang sebetulnya dan paling baik pada pandangan mereka. Ini menyebabkan ada yang kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh golongan musang ini. Tanpa mengenal penat lelah, mereka mengkritik dan terus menegur.

Walaupun perasaan mereka terasa sakit hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh golongan musang ini, jawatankuasa pelaksana ini tetap melaksanakan dengan jayanya hasil nasihat dan kata-kata semangat daripada pak belang dan kundis. “ pedulikan apa yang musang katakana, mereka bukan mengerti betapa payahnya kita merancang pada awalnya. Tapi senang-senang mereka kritik ketika sedang melaksanakan program ini. Pada awalnya, mereka tak nak pulak nak kritik idea program ini.”

Akhirnya, program ini, minggu mesra rimba berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Hasil daripada komitmen, perancangan dan pengurusan jawatankuasa pelaksana. Mereka terasa puas hati dengan apa yang mereka lakukan. Walaupun mempunyai beberapa kelemahan disana-sini, program tetap berjalan lancar walaupun sambutan kurang menggalakkan oleh warga rimba. Pada akhir program, mereka mengedarkan borang untuk mengukur tahap keberjayaan dan mengetahui kelemahan pada setiap aktiviti dalam program ini.

Ketika beberapa orang yang tidak terlibat dengan jawatankuasa pelaksana bertanya kepada pak belang tentang program ini dan sikap golongan musang. Jawab pak belang,

“ apa yang penting sebenarnya merancang dan melaksanakan program. Sudah adat dunia, ada kelemahan dan setiap kelemahan mesti ada kritikan. Tapi cabaran disini adalah bagaimana kita mengambil setiap kritikan dan kelemahan dengan hati yang paling lapang dan akal yang paling sejahtera. Jika tidak kita akan jatuh kedalam perangkap kemarahan yang tidak berguna untuk maju. Berkenaan program, kita perlu kuat untuk melaksanakan segala perancangan di dalam program. Kalau bukan kita yang mencetus dan melaksanakan, tidak akan ada kritikan. Jadi, laksanakan dahulu program dan barulah ada ruang untuk penambahbaikan. Sekurang-kurangnya, saya telah menganjurkan satu program yang bermanfaat berbanding orang yang hanya mengkritik tetapi tidak mampu membuat apa pun hatta merancang sekali pun.”


Begitulah sikap yang ditunjukkan oleh pak belang dan jawatankuasa yang didalam melaksanakan program yang mereka rancangkan. Mereka cukup kuat untuk menghadapi segala apa yang katakan sebagai cabaran dalam melaksanakan program yang baik. Mereka sanggup memekakkan telinga akan semua perkara atau kritikan yang tidak membina. Bagi mereka, matlamat jangka panjang lebih bermakna berbanding matlamat jangka pendek.

Mereka lebih mementingkan akan matlamat utama membuat minggu mesra rimba iaitu melahirkan warga rimba yang cergas, cerdas dan rajin berbanding matlamat jangka pendek iaitu melihat penyertaan yang menggalakkan. Mereka juga melihat, kritikan yang dilemparkan kepada mereka adalah tidak bermakna sehinggalah ketika sesi muhasabah tentang kelemahan yang boleh dibaiki nanti oleh mereka yang menganjurkan selepas ini. Pada mereka perkataan, “buat dahulu barulah perbaiki sedikit demi sedikit” lebih bermakna berbanding rancang dan tinggal sebagai rancangan disebabkan penyertaan yang tidak bermakna apa-apa.

Ya. Memang kita hendak melihat akan penyertaan daripada semua kita ketika kita menganjurkan program sebab memang program adalah untuk peserta. Tanpa peserta apalah program yang hebat pun. Tapi itu bukan matlamat yang paling panjang sebenarnya, sebab matlamat yang paling panjang adalah dimana titik sebenarnya program itu pada masa hadapan. Adakah program itu boleh mendidik warga rimba menjadi cergas, pintar dan rajin pada masa hadapan.

Mungkin pada waktu ini, kita tidak dipandang. Thomas Alva Edison tidak dipandang pun sebelum ketika dia gagal sebanyak 1000 kali untuk mencipta mentol elektrik, sehinggalah dia berjaya mencipta mentol elektrik buat kali pertama. Malah orang tidak memandang pun akan dia sebelum ini lantaran dia tidak pandai dalam kelas sehingga dia berhenti dan diajar oleh ibunya sendiri. Tiada siapa yang memandang Al Ghazali sebagai tokoh hebat pada zamannya, tapi generasi selepas itu, memandang Al Ghazali sebagai orang yang dipandang. Mereka meletakkan diri mereka dalam keadaan buat dahulu, kita tengok apa yang boleh dibaiki.

Begitulah sahabat-sahabat, saya menyeru sahabat-sahabat jangan melihat akan keadaan semasa untuk tidak meneruskan segala perancangan. Perancangan yang hebat adalah daripada focus yang hebat dan matlamat yang jelas. Syukurlah sahabat-sahabat jika sahabat mempunyai sebab untuk bergerak kerja. Ramai orang yang membuat kerja kerana taqlid atau ikutan berbanding membuat kerja yang faham tentang matlamat jangka panjang mereka.

Sahabat-sahabat. Ikutlah cara pak belang. Jom!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Lateral maksima......................... ya saya nak ikutlah ni..........

Tiada ulasan: