Jumaat, April 30, 2010

FOKUS: ARNAB DAN KURA-KURA


Salah satu daripada acara yang dipertandingkan dalam minggu mesra rimba adalah pertandingan lumba lari. Pada mulanya, pertandingan tersebut berjaya menghimpunkan pelari-pelari hebat seperti cheetah, burung kasawari, kijang dan sebagainya. Tetapi atas faktor yang tidak dapat dielakkan seperti kecedaraan dan panggilan kecemasan, peserta yang hanya tinggal adalah kura-kura dan arnab sahaja.

Pertemuan ini mengulangi perlumbaan klasik suatu ketika dahulu yang dimenangi oleh sang kura-kura akibat daripada kesombongan dan keegoan sang arnab. Tidak perlu diceritakan tentang perlumbaan klasik tersebut disebabkan semua sudah maklum akan kemahsyuran kisah tersebut.

“ ha, Anab. Nampak gayanya kau dan Kuri sahaja yang tinggal untuk pertandingan lumba lari ini. Jangan pulak, pisang berbuah dua kali.” Ayam menegur Anab, sang arnab.

“ jangan bimbang. Aku pasti akan berjaya selepas ini. Aku telah meningkatkan kuasa larian aku dengan latihan yang telah aku buat. Aku akan pastikan yang aku akan tinggalkan Kuri jauh-jauh sampai dia takkan pintas aku lagi dah” jawab Anab.

“ ikut kau lah Anab. Kau punya badan. Kau punya pertandingan. Aku tak kuasa nak nasihat apa kat kau.”

Dalam pada itu, satu tempat di tepi sungai.
“ Kuri kau biar betul nak teruskan jugak perlumbaan itu. Kau kan dah tahu kau macam mana dan Anab punya kelajuan macam mana. Nanti kau malu.” Soal ikan Keli, Keil.

“ tak apa lah Keil. Nanti kalau aku tarik diri kesian pulak kat pihak penganjur. Lepas tu, aku tak nak bagi si Anab tu menang pertandingan tanpa bertanding. Macam tak best saja. Tak apa, aku sedang berlatih larian ni. Aku pun bukan lah slow seperti dahulu dah. Kiranya kelajuan dan stamina aku dah makin kuat dah” jawab Kuri.

Tiba hari pertandingan. Hanya sedikit sahaja yang pergi menonton pertandingan lumba lari ini. Walaubagaimana pun, perlumbaan akan tetap diteruskan. Hari yang cukup tenang dan aman di rimba ini, menjadikan pertandingan sesuai diteruskan pada hari itu. Mana lah tahu, kalau tangguh, tidak dapat dibuat terus dan peserta yang tinggal dua orang ini akan hilang mood untuk bertanding.

“ hari ini, aku akan kalahkan kau Kuri. Aku akan tinggalkan kau jauh-jauh nanti. Jangan harap kau menang seperti nenek moyang kau dahulu.” Cabar Anab.

“ jangan diungkit kisah lama. Yang penting, kita yang bertanding. Bukan nenek moyang kita yang bertanding. Aku tetap berusaha untuk pertandingan hari ini. Jangan bimbang, kau tidak akan menang percuma.” Jawab Kuri.

Pertandingan bermula, lumba lari atau nama lain yang sebenarnya marathon mengambil jarak sejauh 14 kilometer itu terpaksa diharungi oleh dua orang peserta ini. Pada mulanya, Kuri dapat menyaingi Anab tetapi tidak diragui lagi, Anab memang laju. Akhirnya Kuri ditinggalkan agak jauh. Anab terus berlari meninggalkan Kuri sehinggalah dia melalui sebuah jambatan. Dia ternampak seakan-akan harta yang cukup bernilai baginya iaitu lobak merah. Dia kemudian berhenti dan pergi memungut lobak tersebut ditepi jambatan tersebut dan terus memakannya. Selepas kenyang, dua cuba untuk berlari, tetapi dia sudah tidak mampu berlari dalam keadaan perut kenyang. Dia berhenti dibawah pokok yang terlindung daripada trek perlumbaan sebenar.

Dalam pada itu, Kuri terus berlari dengan konsisten sejak bermula tadi. Teknik larian yang dipelajari dan diamalkan menyebabkan dia tidak merasakan akan keletihan yang terlalu cepat. Dia berharap dia mampu untuk berlari dengan cara begini sehingga garisan penamat. Sedang dia berlari seperti itu, dia sebenarnya telah memotong Anab yang berehat kekenyangan. Anab pun tidak menyedari dan tidak menyangka Kuri boleh sampai secepat itu.

Akhirnya, Kuri menang pertandingan ini. Kawan-kawan Kuri memuji akan kehebatannya menewaskan Anab dalam pertandingan tersebut. Dalam keadaan riuh rendah menyambut kemenangan Kuri, ayam bertanya Kuri akan keberadaan Anab. Kemudian gerakan mencari Anab dilancarkan oleh penganjur untuk mencari Anab. Selepas beberapa ketika, mereka terjumpa Anab sedang tidur dibawah pokok dengan tangannya tergenggam sebatang lobak merah.

Melihat akan lobak merah tersebut, ayam seakan teringat sesuatu. Rupanya hadiah yang dia carikan untuk kemenangan Anab nanti telah dimakan oleh Anab. Dia menyesal kerana meletakkan lobak tersebut disitu dia tidak mampu membawa lobak tersebut bersendirian. Walaubagaimanapun, perlumbaan tersebut tetap dimenangi oleh Kuri.
Begitulah sahabat-sahabat. Apa yang membezakan kedua-duanya? Kedua-dua mereka melakukan persedian yang rapi. Tetapi kemajuan yang diperolehi oleh kura-kura lebih ketara disebabkan dia mampu pada mulanya bersaing dengan arnab. Tetapi apa yang betul-betul membezakan arnab dan kura-kura?

Jawapannya adalah focus. Focus yang membezakan arnab dan kura-kura. Arnab mengfokuskan semua tindakan dan persediannya untuk meninggalkan kura-kura jauh-jauh. Tetapi kura-kura mengfokuskan untuk sampai di garisan penamat walaubagaimana sekalipun.

Kuasa focus tidak dapat kita nafikan. Maksud focus disini adalah matlamat atau objektif. Ramai orang yang tidak jelas tentang objektif hidup mereka. Ramai orang yang tidak focus tentang perubahan yang mereka yang hendak lakukan.

Ramai orang menjadi kuat disebabkan dia focus kepada matlamat mereka. Mereka tahu apa, bila, bagaimana, mengapa, dimana dan siapa matlamat mereka. Daripada matlamat yang betul-betul jelas, mereka Nampak akan jalan yang akan mereka lalui. Tidak dapat tidak, mereka tetap akan lakukan semua perkara yang orang lain Nampak perkara itu seolah-olah tidak logic.

Kenapa saya bercakap tentang tujuan atau matlamat atau focus. Sebab saya mahu melihat anda semua berjaya didunia dan akhirat. Semakin ramai orang bercakap tentang matlamat atau tujuan. Ustaz hasrizal sekarang bercakap tentang perkahwinan pun ada tujuannya. R Cover dengan cukup panjang membincangkan tentang focus atau matlamat yang begitu detail untuk melakukan sebarang tindakan.

Dahulu, saya memandang enteng terhadap kuasa matlamat. Tidak menyedarikan akan kepentingan matlamat. Sebab itu, apabila cikgu saya bertanya tentang masa depan, saya menjawab “ikutlah apa pun yang akan berlaku pada masa depan”. Itu gunanya matlamat.

Insan mulia Rasulallah swt, pun menjadi hebat disebabkan matlamat yang ingin dicapai. Matlamat rasul kita apa? Matlamat baginda adalah kita islam dan masuk syurga. Simple tapi penuh makna. Jalan tarbiyah, dakwah dan siasah malah jalan perang pun diambil rasulallah untuk kita pada hari ini diislamkan.

Malu kita kepada rasulallah swt. Sebab rasulallah pun mempunyai matlamat. Kita kalau tidak mempunyai matlamat hidup, sayang sekali. buat apa kita hidup kalau kita tidak mempunyai matlamat. Kalau boleh telus dan jelas matlamat kita.

Hiduplah dengan bermatlamat!!

Tiada ulasan: