Sabtu, April 10, 2010

PERBUALAN DENGAN SENIOR......


“ fahmi, kenapa hari tu fahmi tulis dalam status FB begitu?” tanya nurul.

“ yang mana satu tu?” timbul persoalan didalam hati, ada yang aku tulis yang terkena pada orang ke? Aiseh, takut juga macam mana nak jawab nanti.

“ yang status ‘macam mana nak mengurangkan couple di UM ni?” tambah nurul. Oh baru lah saya tahu apa yang saya tulis yang nurul ini rujukkan. Tapi masih lagi secara umum. Perlukan pemahaman apa yang dia masalah sangat dengan status fb seperti itu.

“ jadi?” soal saya cuba untuk mengorek maksud persoalan tadi. Seek first to understand.

“ ye lah. Sebab ape fahmi tulis macam tu dalam fb? Berdosa ke couple ini?” terkedu saya mendengar persoalan yang menjuruskan kepada sebab kenapa saya meletakkan status seperti itu dalam fb. Terkedu kerana saya bimbang jika dia bertanya tentang hukum yang saya tidak tahu hendak jawab. Tapi sifat main-main cepat menguasai diri.

“ so rasanye berdosa ke tak?” sengaja untuk menguji nurul.

“ entah. Saya tanya dia, dia tanya kita balik.” Balas nurul. Sifat main-main memang mendominasi saya sejak dahulu lagi.

“ kalau macam tu, saya tak nak jawab lah. Cepat berdosa ke tak?” masih lagi hendak menguji nurul tentang hal ini.

“ berdosa kot.” Akhirnya nurul menjawab soalan saya.

Teringat sewaktu meting JTK kolej beberapa hari sebelum ini, penyelia mengadu tentang pasangan couple terlalu berleluasa di kawasan kolej. Dia mencadangkan agar balai islam membuat sesuatu perkara tentang ini. Pening saya memikirkannya. Dengan fasa untuk menyiapkan assignment yang semakin berlambak-lambak pada waktu itu, pasangan couple semakin berani untuk berdua-duaan di sekitar kolej.

Boleh saya hendak melakukannya, tapi saya perlukan supporter yang khas yang mampu membawa agenda penyelesaian masalah couple ini sehingga akhir semester. Tapi masalahnya tiada orang yang hendak menanggung beban ini.

“ Kalau macam tu, berdosa lah couple.” Saya membuat kesimpulan. Tersenyum saya membuat kesimpulan seperti ini.

“ Lepas tu memang tak boleh couple lah ini?” Tanya nurul balik.

“ Sebenarnya itulah fitrah. Nurul rasa perkara ini berdosa sebab nurul fikir perkara ini tidak elok dan tidak baik. Betulkan?” saya cuba untuk dia berfikir tentang fitrah.

“ Ermm betul juga tu.” Nurul mengiyakan perkara tersebut.

“ Islam adalah agama yang selari dengan fitrah. Allah mencipta manusia dan Dia tahu fitrah manusia. Manusia mampu menentukan betul dan salah berdasarkan fitrah yang dia ada. Hatta, orang yang biasa bergelumang dengan dosa setiap hari pun, akan memikirkan bahawa apa yang dia buat ini adalah salah dan berdosa disisi tuhan.”

Saya cuba untuk bercerita tentang fitrah manusia dengan bahasa yang paling baik yang mampu saya hasilkan. Tumpuan saya adalah kefahaman dia ini untuk mengenal fitrah diri sendiri sebelum dia pergi kepada bab-bab yang lebih besar seperti masalah couple tadi.

“ maka, fitrah nurul berkata yang couple ini salah dan berdosa sebab itulah nurul merumuskan ‘berdosa kot’ bila saya bertanya balik tadi. Lepas ini, boleh search dalam internet tentang fitrah manusia. Nurul boleh faham lebih baik nanti jika bertanya kepada ustazah yang fitrah nurul merasakan orang itu mampu memberikan penjelasan terbaik kepada nurul.”

Saya cuba menggalakkan nurul mencari sumber-sumber lain selain daripada apa yang saya bagitau ini tentang fitrah. Proses belajar adalah proses yang panjang. Ia berlaku sepanjang hayat manusia.

“ sebenarnya, couple juga fitrah manusia. Islam seperti saya sebut sebelum ini, tidak membunuh fitrah. Lelaki perlukan perempuan dan perempuan perlukan lelaki. Manusia perlukan kasih sayang dan sayang menyayangi antara satu sama lain. Cinta mencintai adalah fitrah manusia. Emak dan ayah menyayangi kita sebab fitrah ibu bapa untuk menyayangi anak masing-masing. Suami isteri saling mencintai adalah fitrah. Begitu juga dengan couple. Couple itu adalah fitrah. Saya tegaskan lagi, islam tidak menyalahi fitrah.”

Saya cuba untuk menegaskan perkara islam adalah agama fitrah.

“ so, couple adalah dibenarkan dalam islam. Tapi dengan jalan yang dipandu dibenarkan dalam islam. Satu-satunya jalan adalah merisik, bertunang dan berkahwin. Itulah konsep couple dalam islam. Heeeeeeee”

“ ah ha kan. Betul jugak tu. Sekarang banyak sangat couple kat tasik-tasik kat UM ni.” nurul mengiyakan kata kata saya.

“ nampaknya dah faham lah tu. Tak payah nak explain panjang-panjang. Dah boleh beza couple yang menyakitkan hati dengan couple yang menyejukkan hati kan?” soal saya. Menegaskan dengan soalan.

“ ya. Hari tu, housemate ada pergi jog dekat tasik varsity. Teruk gila couple tu, buat perkara tak senonoh pagi-pagi hari dekat pondok. Housemate kata, macam nak pergi lempang je muka couple tu.” Cerita nurul.

Itulah cerita biasa yang sering saya dengar. Tapi tak pernah saya sendiri pergi mengambil tindakan mendekati golongan seperti ini. Ya Allah, bila agaknya kesempatan untuk saya mendekati golongan ini. Bimbang takut saya tidak mengambil apa-apa pendekatan mulai sekarang, menjadikan perkara semakin sukar ditangani pada masa hadapan. Walaupun kes buang bayi semakin famous sekarang. Tidak sanggup saya hendak ulas dalam entry ini.

“ fahmi, nak tanya satu perkara ini. Boleh tak?”

“ boleh je.”

“ bila fahmi nak kahwin?”

“ erkkkkkkk,” (offline)………..


Nurul dalam cerita adalah nama samaran. Nurul adalah senior saya sewaktu belajar di Universiti Malaya. Harap maklum………

Lateral maksima……….masih lagi terkejut dengan persoalan tersebut…..hehehe…….

Tiada ulasan: