Rabu, Mei 06, 2009

SIX HATS THINKING: PEMBACAANKU


Aku sebenarnya ingin membuat satu kempen untuk blogger sekalian. Bagi menyahut seruan jihad buku, aku telah baca n analisa dengan singkat tentang buku yang telah dibaca oleh aku. Kepada sahabat blogger sekalian aku memohon korang sume dpt memaparkan bhn bacaan korang sume dlm blog korang. Ada beberapa manfaat yang blh didapati jika berbuat demikian:
1. galakkan membaca sebenarnya.
2. menggalakkan korang menganalisis apa yang korang baca. Bukan apa, kita kekurangan orang yang pandai menganalisis dlm sesuatu perkara.
3. agar manfaat buku yang kita baca dpt disebarkan oleh orang lain juga, dan mungkin menimbulkan sesuatu minat tentang apa yang kita baca.

Mungkin abu telah lakukan perkara ini dlm blognya. So mungkin aku boleh tiru daripada ideanya yang baik itu untuk sama-sama kita berkongsi bacaan dengan sahabat kita. Boleh tak blogger sekalian. AYUH SAHUT SERUAN JIHAD BUKU.!!!!!!!!

SIX HATS THINKING: OPERASI BRAINSTORMING YANG GEMPAK

Six hats thinking adalah satu kaedah n teknik yang digunakan dlm satu sesi brainstorming. Malah six hats thinking yang dipelopori oleh Edward de Bono ni boleh memendekkan perjalann brainstorming daripada berjam-jam kepada setengah jam shja, tapi memerlukan mereka memahami dgn baik setiap jenis topi yang digunakan. Sebenarnya aku berterima kasih kepada abu sbb menghadiahkan aku buku yang sangat berguna ni. Ia sgt berguna bg mereka yg sgt sukakan brainstorming mcm aku ni. Suka mendegar pandangan orang dan idea orang lain yg lebih baik dan kompleks.

Dalam buku ini, Edward de Bono (1999). Six hats thinking, menerangkan kepada kita tentang warna-warna topi yang mewakili tentang sesuatu pemikiran yang diperlukan dalam sesuatu meting cambah minda atau brainstorming. Putih, kuning, hijau, merah, hitam dan biru. Setiap satu akan diterang dibawah:

Topi putih: putih menerangkan kepada kita tentang kertas yang putih yang berwarna hitam dan putih. Ini bermaksud bahawa topi putih berfungsi untuk mengendalikan fact and figure tentang sesuatu perkara. Topi ini sangat sesuai untuk memulakan satu proses cambah minda yang hebat.

Topi Merah: Merah mewakili sifat panas dan juga mewakili marah. Orang yang cepat marah adalah orang bersifat emosional. Ini yang dimaksudkan oleh topi merah. Topi merah meletakkan sesuatu perkara yang dibincangkan dari konteks pandangan emosi. Adakah sesuatu perkara itu akan membawa kepada emosi yang pelbagai? Sesetengah orang menjadikan emosi sbg rujukan utama dlm perbincangan sesuatu perkara. Itu yang diwakili oleh topi merah.

Topi Hitam: warna yang sangat hebat sebenarnya. Bukan melambangkan negetif semata-mata tetapi adalah mewakili berjaga-jaga dan berwaspada tentang sesuatu idea yang bercambah. Dia juga akan memandang sudut kelemahan pada idea tersebut.

Topi Kuning: Kuning mewakili hari yang cerah. Ini menunjukkan kepada kepada positif. Ya, topi kuning adalah berfikiran positif. Memandang sesuatu dari sudut positif semata-mata walaupun idea tersebut byk negetif dari positif tapi apabila diletakkan dlm mod topi kuning, maka perkara yang positif dan optimis itu menjadi pilihan.

Topi Hijau: Warna daun dan kesegaran. Melibatkan tentang kreativiti dan juga idea baru. Topi ini akan membawa idea baru yang segar dari ladang getah, teh, kelapa sawit dan sebgainya untuk dihadapkan kepada tribunal cambah minda.

Topi Biru: cooooooooollllllll. Itulah sifat topi biru yang berfungsi mengawal topi lain. Topi ini akan mnjaga had batasan topi2 lain yang digunakan oleh ahli setiap ahli meting yang lain.

Itulah serba sedikit tentang jenis-jenis topi dan juga fungsinya. Penerangan secara ringkas seperti diatas sebenarnya mampu memahamkan orang dalam sentuhan atau pandangan pertama. Kononnya mcm cinta pandang pertama lah ni. Sebenarnya penulis buku tersebut membincang secara detail lagi tentang setiap topi. Tapi kalu nak tau lebih lanjut, kene baca sendiri lah. Aku korang menjadi seorang pencambah minda yang hebat lagi jika menggunakan teknik six hats ini. sebelum mengakhiri perbincangan kita tentang six hats thinking ni, penulis memberikan beberapa benefits lah jika teknik ini diguna pakai. Antaranya adlah:

POWER

Metod sebegini menggunakan kebijaksanaan, pengalaman dan pengetahuan secara bersama. Ini akan menimbulkan satu kuasa yang dpat dirasai oleh semua orang jika digunakan kepada satu matlamat yang sama. Macam wihadatul fikr wihdatul amal lah ni. Ini akan lebih memudahkan sesuatu perkara diselesaikan dengan meraikan pemikiran setiap orang ahli mesyuarat. Power is not useless.

TIME SAVING

Menjimat masa. Betul jika six hats thinking digunakan secara effective. Dengan disiplin yang diajar mampu menjimat masa sebenarnya. Contohnya jika kita hendak menyelesaikan satu masalah. Mula-mula gunakan topi putih untuk mendapat maklumat terperinci. Kemudian gunakan topi hijau untuk mencambah idea penyelesaian bagi masalah tersebut. Kemudian, ahli akan dipecahkan kepada tiga topi contohnya, merah tuk emotional view, hitam tuk mengkaji kelemahan idea dan kuning untuk melihat positif. Slps beberapa minit sperti yg ditetapkan oleh topi biru, masing2 cuba lontarkan apa yang didapati. Gunakan topi biru untuk tentukan idea yang terbaik dan result akan keluar.

Ego diuruskan dgn baik.

Seringkali manusia tidak akan lari dari ego mereka sndiri. Masakan tidak, disebabkan ego, suami isteri bergaduh. Begitu juga dengan ahli cambah minda. Masing2 akan mempertahankan idea masing2 dan juga akan melihat dari kacamata mereka semata2. ini kaan melibatkan ego manusia semata2. Six hats thinking melihat bahwa ego dan perasaan manusia perlu dijaga dengan baik. Ini akan menghindari diri kita daripada bergaduh. Betulkan???? Kan????

Disini disandarkan cara disyorkan untuk menggunakan six hats thinking.

Satu-satu: gunakan satu-satu topi tersebut. Biarkan semua ahli fikirkan dlm topi yang sama. Kemudian dlm selang masa yang ditetapkan, ubahkan kepada topi yang lain. Kemudaian seterusnya sehinggalah kata putus diperolehi. Tapi yang penting keenam topi digunakan.

Topi tertentu sahaja: gunakan topi tertentu sahaja. Contohnya, jika sesi bahas idea, gunakan tiga topi saja, merah, hitam, dan kuning. Gunakan ikut keadaan meting yang diadakan. Pilih dan laksanakan.

Berkumpulan dlm kumpulan: gunakan topi secara berkumpulan dlm satu meting. Contohnya, setiap topi dua orang atau tiga atau empat dan seterusnya mengikut bilangan dan juga keperluan setiap topi.

Mungkin sampai setakat ni saje penjelasan. Jika ada permintaan yang meminta diperincikan setiap topi mungkin aku akan kluarkan artikel terbaru tentang six hats thinking ini. Kepada Abu, bila hang nak ambik balik buku hang ni. Ok smpai setakat ni je. Assalamualaikum.

Tiada ulasan: