Khamis, Mei 28, 2009

DIDEPAN PAPAN TANDA ARAHAN


“PENGUNJUNG YANG MENUTUP AURAT SAHAJA DIBENARKAN MASUK MASJID. SILA RUJUK PEGAWAI MASJID YANG BERTUGAS. HARAP MAKLUM. TERIMA KASIH”

Deretan perkataan diatas adalah perkataan yang tertera di papan tanda arahan dihadapan masjid kristal. Aku nak tanye korang, apa yang pelik pabila korang baca tulisan tersebut.




Hhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Aku nak bagitau korang bahawa tulisan tu xpelik langsung lah. Tapi yang aku nak bagitau adalah kisah yang berlaku live depan mata aku apabila masing-masing melihat papan tanda ini. Kisah ini berkisarkan tentang perempuan. Maaf ye wanita yang membaca blog ini. Tapi memang yang tu yang berlaku didepan mataku sendiri.

KISAH 1:

Dua orang wanita, seorang perempuan tua dan wanita muda, mungkin anak beranak; berada didepan papan tanda sebelum masuk ke bahagian tempat sembahyang perempuan. Mereka berpakaian busana muslimah yang sejati (jubah dan tudung labuh). Selepas membacanya sedetik cuma, mereka masuk kedalam masjid yang megah dengan kristal tapi kasar buatannya itu.

KISAH 2:

Segerombolan muda mudi sekitar 7-8 orang, yang lelaki berpakaian seluar jean dan berbaju round tshirt bertulisan tah ape2 manakala si perempuan pulak, memakai bertudung kurang sempurna dan berpakaian tshirt ketat berlengan pendek dan berseluar jean. Mereka berkumpul didepan papan tanda arahan tersebut dan kemudian berpisah ketempat sembahyang masing-masing. Si perempuan kemudian membaca tulisan tersebut dan berlalu pergi masuk ke dalam bahagian muslimat. Pegawai yang berada berdekatan pulak hanya memandang je perlakuan wanita ini sambil berborak dengan geng die disebelah.

KISAH 3:

Datang sekumpulan mudi-mudi seramai 5 orang, Mereka sama-sama pakai baju adik tapi 3 daripada mereka memakai extra - tudung ala Ikin dan mawi (entah ape jenis tudung tu pun aku xtau sangat, pakai hentam saje) dan selebihnya free hair. Bukan main sakan mereka bergambar. Mcm2 jenis posing yang mereka buat. Suka sangat mereka. Almaklum lah muka mereka masuk gambar. Mereka berpusing-pusing sekitar masjid yang agak luas sambil bergambar. Kemudian, mereka sampai depan papan tanda tersebut. Mereka membaca sekilas papan tanda tersebut. Lantas wanita yang free hair ini berkata,

“ala hok tutup orat je hok blh masuk. Wei aku blah lu ah. Jupe depang TTI,” kemudian mereka pun berlalu meninggalkan kawan mereka yg bertudung dan kemudian masuk kedalam masjid. Aku yang tengok ni pulak yang terkebil2.

LYSIS

Korang pabila baca cite diatas apa yang korang bayangkan. Dan korang tau x ape yang aku nk cube cite kat korang. Korang kan bijak..

Dah dpt tangkap idea aku. Tentang kisah 1. Mereka memang rase tidak bersalah sebenarnya kerana mereka menutup aurat dengan cemerlang gemilang dan terbilang. Kalau test dapat A orang kate. Mereka cuba menjaga aurat mereka sedaya upaya mereka berlandaskan syariat yang telah digariskan. Dan sememangnya mereka juga layak tuk masuk kedalam masjid tersebut kerana markah mereka tinggi di sisi Allah bagi menjaga syariat Allah dan suruhan Allah.

Kisah 2 pulak? Mereka juga masuk kerana apa ek??? Mereka sebenarnya tidak menangkap maksud menutup aurat sebenarnya. Adakah kebanyakan wanita malaysia hari ini melihat aurat wanita adalah tudung kepala sahaja??? Ye mungkin mereka berfikir begitu. Oleh sebab itu lah mereka masuk kerana mereka beranggapan mereka telah menutup aurat dengan sempurna. Mungkin juga dotrin media fesyen tentang busana muslimah yang menekankan fesyen tudung sahaja. Bertudung litup tetapi tidak sempurna. Bertudung tapi syarat pakaiannya tidak ditepati.itukah busana muslimah. Tepuk dahi tanya iman.

Kisah 3 pulak.... yang tidak bertudung tidak masuk. Kenapa? Seperti alasan diatas. Tidak bertudung. Sedangkan kawan mereka masuk kedalam masjid walaupun pakaian mereka sama sahaja Cuma bertudung dan tidak bertudung. Tafsiran aurat dimalaysia adalah tudung kepala sahaja. Adussss parah ‘satu malaysiaku’. Pegawai yang bertugas pun aku tengok buat deeekkkkk je aku tengok. Hisap rokok sambil berborak2. mungkin bosan kot buat kerja simple macam tu.

Lysis tiga kisah diatas menggambarkan bahawa teruknya pentafsiran rakyat malaysia terhadap aurat. Sedangkan malaysia mengamalkan mazhab imam shafie yang menggariskan aurat adalah dari pusat smpai ke lutut bagi lelaki manakala aurat perempuan seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Sebenarnya ada lagi perincian tentang aurat dalam mazhab shafie, tapi aku statekan diluar rumah saje agar artikel ini tidak terlalu panjang dan liar. Aku rase idea aku dah sampai ke penghujung kot. Kita tengok konklusi idea ini.

KESIMPULAN

Aku tak nak buat kesimpulan sebenarnya. Sebab bagi aku, idea yang aku paparkan adalah untuk didebatkan disemua peringkat dan tingkatan. Daripada sekolah rendah hinggalah perbincangan peringkat yang lebih tinggi, universiti, ulamak dan profesional dan sebgainya. Kalau korang nak tinggal konklusi kat bahagaian komen pun blh. Pe salah nye. Tapi bagi aku, ibu segala kejahatan berasal daripada perut. So jage perut kamu daripada makanan yang pelik2 ok.. senyum.... wslm.

Tiada ulasan: