Jumaat, Ogos 08, 2008

penguasaan BI; dimanakah kita?

satu hari seorang hamba Allah ini sedang menjaga booth PERMATA, bersebelahan booth permata adalah persatuan mahasiswa islam universiti malaya(PMIUM). bukan itu yang ingin hamba Allah ini hendak ceritakan tetapi hamba Allah ini hendak melontarkan sedikit pandangan dalam menjaga kemandirian perjuangan "faham islam" di kampus um yang tercinta ini.
Hamba Allah ini terlalu hairan dan pelik kerana ramai sahabat2 dia dari kalangan foreigner ini tidak berhenti ke booth PMIUM sedangkan mereka semua adalah beragama islam yang syumul dan suci ini.
apabila diperhatikan dengan teliti, dia dapati tidak ada secalit dakwat pun yang tertulis dalam bahasa lingua franca, ini bermakna beliau telah menyimpulkan bahawa international student itu tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh pmium iaitu persatuan yang melindungi mahasiswa di kampus.
Sebelum itu dia pernah berhadapan dengan pelajar foreigner yang sedang mencari persatuan yang menempatkan mahasiswa islam di kampus. dengan susah payah dan pahit maungnya dia menjawab dengan penuh sabar persoalan2 yang dilontarkan oleh pelajar asing yang beragama islam itu.
maka apabila saya mendengar cerita yang disampaikan oleh sahabat saya itu, saya terfikir bahwa dalam meniti usia PMIUM separuh abad, pencapaian graduan lepasan um dan PMIUM yang hebat bukan di Malaysia sahaja tetapi diseantero dunia, masih lagi menimbulkan tnda Tanya dalam hati ini.
Adakah separuh abad masih lagi belum mampu mencorakkan seorang pemimpin yang berjiwa global dan bukan hanya menumpukan kepada isu2 tempatan sahaja. malah saya mahu melihat pemimpin di kalangan OIC dan PBB adalah lepasan PMIUM.
Mungkin PMIUM patut melancarkan slogan yang baru yang Producing the Global Leader. Gloder yang ingin kita bentuk ini bukan sahaja mampu berfikir sebagai sorg aktivis gerakan yang berjaya tetapi mampu menjadi ahli fakir dan ahli akademik yang berkaliber.
cadangan saya utk pimpinan PMIUM, lengkapkan diri dengan penguasaan bahsa inggeris yang bangsa lain sudah lama memperaktikkan sesame merka. maka sudah sepatutnya diisytiharkan sehari sebagai hari utk bercakap dalam bahasa inggeris agar penguasaan dalam bahasa inggeris dari kalangan ahli gerakan islam tidak dipandang enteng oleh orang lain khususnya bukan islam.

Tiada ulasan: