Jumaat, Ogos 08, 2008

aku dan jk rowling

Hari ini aku berpeluang utk menikmati hasil nukilan JK Rowling yg terakhir; Harry Potter and Deathly Hollow. Aku percaya bahawa kebanyakan org tlh membaca siri terakhir ini. Aku mulai membelek-belek satu persatu helaian buku setebal 754 ms ini.
Pembukaan yang biasa apabila bermula dgn Harry dan keluarga angkatnya ttp dgn suasana yg berlainan. Suasana apabila bermain dgn strategi yg diatur utk melarikan diri. Berjaya Melarikan diri drpd Voldermort, menghadiri majlis perkahwinan Bill and Fleur, melepaskan diri drpd kepungan Death Eater, memecah masuk kementerian Sihir kemudian Ron yang melarikan diri, menemui Pedang Griffindor, hakikat Azimat Maut dan kembalinya Ron. Selepas itu, berperang di Hogwart, bertemu dgn Dumbledore ketika koma, mengatahui hakikat kesetiaan Severus Snape, dan mengalahkan Voldermort dgn sumpahan membunuh yg terpantul.
Wah, mmg teruja jika dpt menghabiskan buku ini. Aku mula memikirkan akn kisah fantasi yg dicipta oleh manusia ini. Apakah mesej yg hendak diambil oleh org Islam umumnya dan pendakwah Islam khasnya. Mesej menunjukkan bahawa btapa besar akal yang diberikan oleh Allah ini. Dan fitrah manusia utk mempercayai kuasa diluar batasan manusia. Mereka jg ingin membentuk suasana yg harmoni dan aman dari anasir2 jahat yg menghantui akhlak manusia sejak akhir2 ini.
Watak kesukaanku, Harry Potter melambangkan seorang mempunyai prinsip utk mnentang kekuasaan Voldermort yg tlh ditakdirkan dibunuhnya. Sesuatu yg aku kagumi tntg diri Harry Potter; sentiasa mempertimbangkan sesuatu perkara sebelum melakukannya. Tindakannya sentiasa menimbulkan kegerunan dan kebimbangan pihak lawan.
Watak Hermoine dan Ron, adalah mereka yg sentiasa mendampingi Harry. Mereka begitu mempercayai Harry & sntiasa membantu Harry dlm menyempurnakan misi yang tlh di berikan oleh Dombledore. Mereka sanggup utk berjuang disisi Harry Potter walaupun kehilangan nyawa.
Kumpulan pheonix sentiasa menyokong Harry dlm melakukan misinya. Malah mereka masih memegang amanah yg ditinggalkan oleh Albus.
Persoalan terakhir dlm kepala saya, bolehkah pendakwah mencontohi mereka?

Tiada ulasan: