Jumaat, Ogos 15, 2008

MenCaRi MusLiMin yg HiLang

Beberapa bulan yang lalu, kita telah didendangkan dengan angka bilangan mahasiswa yang lebih sedikit berbanding mahasiswi di IPTA. Sesuatu yang tidak mengejutkan bagi manusia akhir zaman ini yang sememangnya telah dimaktubkan dalam hadis nabi saw.

Angka-angka ini seolah-olah kouta dalam perkahwinan iaitu 1:4. Disana sini didedahkan bahawa mahasiswa mengalami kemerosotan angka berbanding mahasiswi yang semakin meningkat bilangannya. Persoalannya disini, kemanakah pelajar lelaki di universiti?

IM memang terasa sangat tentang fenomena seperti ini dimana kumpulan assignment IM, hanya IM sahaja lelaki. Malah nisbah bilangan lelaki berbanding perempuan di kolej kediaman IM pun hamper 1:3. terlalu ramaikah lelaki tidak mahu keuniversti ataupun lebih ramai lelaki di pusat serenti!!!


Pabila menuggu bas ke fakulti, sudah ramai siswi yang menunggu diperhentian bas. Bila menaiki bas sahaja, bas telah dipenuhi oleh hamba allah yang bertudung dan berambut panjang. Adakah lelaki ramai yang menaiki kenderaaan sendiri sehingga kurang lelaki yang menaiki bas atau sememangnya lelaki kurang?

Sampai sahaja di dewan kuliah, siswi mula memenuhi bahagian depan dewan kuliah, IM mencari2 mana lelaki yang macho!! Oh rupanya berada di belakang sekali, mengisi 2-3 baris di belakang. Sikit je IM tengok lelaki berbanding perempuan. Malunya IM.

Sekali berada dalam persatuan anak negeri, melihat agak ramai jugak lelaki, hati IM terasa terubat sedikit. Tapi selepas tu, semakin ramai perempuan yang datang sehingga bilangannya berganda berbanding lelaki yang ramai tadi. Hati IM terasa lemah semula.

Begitulah keadaan IM sekarang di universiti. Bila memerhatikan perempuan lebih ramai daripada lelaki. Jika keadaan ini berlaku secara berterusan, adakah universiti adalah tempat utk perempuan sahaja?

Lelaki adalah pemimpin. Kata rabiatul adawiyah, lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. Ini bermakna perempuan mengiktiraf lelaki adalah golongan yang sentiasa menggunakan akal utk berfikir. Adakah ini masih tidak berbaloi bagi lelaki menunjukkan gaya kelakian dalam melontarkan idea yang bernas dan padu. Sekaligus mengisi slot yang kini dipenuhi oleh golongan hawa.

IM bukan hendak memperkecilkan peranan perempuan dalam hal ini, tetapi dalam keadaan tertentu, lelaki juga ditagih dalam menggerakkan sesuatu program atau projek terutamanya gerak kerja islam yang kita cintai ini. IM terasa terkilan dan sedih atas fenomena yang berlaku sekarang ini.

IM terbaca tentang puisi yang menceritakan tentang kehebatan lelaki pada zaman permulaan islam dahulu. Dalam puisi itu penulis membandingkan keadaan lelaki zaman nabi dengan zaman kini. Seolah-olah langit dan bumi.

Ayuh,wahai muslimin, kembalikan martabat islam kepada landasannya

Tiada ulasan: