Rabu, Jun 29, 2011

Israk Mikraj: Penentu Iman dan Kepercayaan


ASSALAMUALAIKUM WBT dan salam sejahtera

Israk mikraj. Apa erti ini pada anda semua? Kebiasaan orang menjawab adalah, israk mikraj ni adalah perjalanan nabi dari mekah ke baitul maqdis, then nabi naek buroq ke langit ketujuh untuk berjumpa dengan Allah swt. Disitulah juga diperintahkan untuk bersolat kepada umat nabi Muhammad saw.

Disini lah pertimbangan antara iman dan kepercayaan. Israk mikraj juga cerita penting untuk menentukan atau memaknakan tentang iman dan kepercayaan.

Selasa, Jun 28, 2011

Isytiharkan Anda Kaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada reader semua.
Bagaimana dengan hidup anda hari ini? Ceria atau sedih? Kalau ceria teruskan kecerian anda itu dan kalau sedih, beri sedekah kepada orang yang akan ceria apabila menerima sesuatu daripada kita. Maka hidup akan jadi ceria.


Sebelum saya meneruskan apa-apa, saya nak bertanya kepada anda. Apa yang anda dapat daripada blog saya ini? Saya tak pandai nak buat segmen macam blogger yang lain tetapi kalau boleh tuliskan dekat komen kat paling bawah sekali ok? Sebab adalah saya nak memberi anda sesuatu yang saya ada untuk memanfaat anda sekarang. Boleh tak?

Isnin, Jun 27, 2011

8 Tips Pelan Bisnes

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah ringkasan untuk 8 tips pelan tindakan bisnes yang saya post dalam artikel saya sebelum ini.

1) Power of Y – ketahuilah mengapa anda berbisnes. Lihat sini.
2) Prinsip A&S – key permulaan bisnes anda terbongkar. Lihat sini.
3) 100 kawan – bagaimana bisnes bergerak sendiri. Lihat sini.
4) Power of Product – tentukan nilai produk anda. Lihat sini.
5) Peluang bisnes – mohon peluang, cipta peluang dan gapai peluang. Lihat sini.
6) Sasaran, sasaran – bisnes anda ada target tak? Lihat sini.
7) Kita Perlukan Mentor – mentor anda siapa? Lihat sini.
8) Upgrade Bisnes anda – nak upgrade bisnes saya macam mana? Lihat sini.

Moga-moga bermanafaat.

Lateral maksima......... baru belajar bagaimana nak capai ranking blog hebat...........

Tingkatkan Bisnes Anda


Assalamualaikum dan salam sejatera!

Bagaimana hari ini? Berapa pendapatan untuk saat ini? Alhamdulilah, fahmi dah buat satu website baru dengan menggunakan platform percuma ( sebab itu ada iklan kat bawah website tu). Website tu adalah untuk membantu untuk cuba-cuba menaikkan rating fahmi dalam pemasaran internet. Tengok kat gambar kat bawah.........


Ok, sekarang. Saya akan memberikan tips lagi satu untuk pelan tindakan bisnes anda dan saya ^_^

Tingkatkan bisnes anda ketahap baru.

Sebelum ini saya menceritakan kepada anda tentang buku JUTAWAN SENYAP. Ok sekarang cuba anda bayangkan dalam fikiran anda. Anda memiliki sebuah gerai menjual burger. Ok, andai kata lah, anda kebiasaan menjual sebijik burger RM 2.50. untung yang anda dapat adalah RM1 sebijik. Baik, kalau seratus biji yang terjual pada malam itu, maka RM100.

Bagaimana nak meningkatkan bisnes kita ke tahap yang baru. Dengan tambahkan branch kita sendiri. Dapat satu cawangan, mungkin dapat RM50 tambahan (mungkin tolak kos pekerja). RM150 sehari.

Kalau 10 cawangan yang kita bukak? Kalau upgradekan bisnes kita menjadi satu kedai makan berasaskan western food ( termasuk burger yang kita jual tadi)? Berapa agak-agak yang bakal diperolehi dalam sehari? Mungkin RM1000, RM3000 atau RM5000 boleh dapat sehari. Itu satu kedai makan yang “professional”. Kalau 5 cawangan berjaya diupgradekan? Anda boleh kira sendiri.

Itulah maknanya menaiktarafkan bisnes kita. Bila kita hendak menaiktarafkan perniagaan kita, kita perlukan menitikberatkan perkara dibawah:
  • Target untuk taraf baru ini.

Target bukan lagi macam kita bukak gerai kecil burger tadi. Tapi target kita mesti besar untuk seiring dengan taraf perniagaan kita. Target mesti lebih tinggi daripada gerai kecil kita tadi. Target inilah penting untuk melihat sejauhmana kita memiliki kelebihan berbanding gerai burger kecil kita tadi.

  • Pelan pemasaran yang baik

Kedai makan perlukan pelan pemasaran yang kemas dan baik. Sekurang-kurangnya kita tahu dimana kita hendak letak kedai makan kita dimana. Disamping promosi berkala yang kita bakal buat untuk menarik perhatian pelanggan. Secara semulajadi, western food memang mempunyai market yang tersendiri. Tetapi promosi akan mendapatkan kelebihan dalam kita bersaing di market western food.

  • Pengiraan kos yang teliti

Kos perlu dikira, oh silap. Sebenarnya bukan kos, tetapi akaun yang saya maksudkan. Kenapa akaun perlu diteliti? Sebab kita sudah ada kos yang lebih banyak seperti tambahan kerja, sewa tapak, beli barangan yang lebih banyak dan sebagainya. Ramai orang yang tersalah kira akaun bagi bisnes mereka sendiri. Walaupun mempunyai ramai pelanggan, akibat tersalah kira kos, boleh menyebabkan rugi. Jangan hairan kalau ada orang yang buat bisnes, Nampak maju tetapi akhirnya terpaksa ditutup.

  • Tahap performance perniagaan kita

Performance a.k.a pencapaian kita perlu dijaga. Seorang senior saya, dia telah melakukan satu bisnes. Dia telah mengeluarkan satu promosi selama sehari dan pencapaian perniagaannya melambung tinggi. Jualannya berkali ganda bertambah. Tetapi selepas promosi, jualannya merosot mendadak. Tetapi dia masih lagi tersenyum disebabkan pencapaiannya melepasi target. Itulah namanya sasaran stabil. Dia berkata, sewaktu promosi, dia mempunyai sasaran promosi dan sasaran stabil.  Apabila promosi berakhir, promosinya telah membantu meningkat sasaran stabilnya. Oleh sebab itulah dia boleh tersenyum.

Perniagaan anda adalah milik anda. Diatas hanya tips untuk anda daripada apa yang saya belajar selama hampir 2 bulan ini. Saya berkongsi kepada anda apa sahaja yang saya tahu. Yang saya tidak tahu, saya tidak akan tulis sehinggalah satu tahu akan perkara tersebut. Saya gembira jika anda ingin mengamalkan tips yang saya sampaikan.


Lateral maksima........ berjumpa irfan khairi semalam ^_^.......................

Sabtu, Jun 25, 2011

Anda Perlu Mentor Bisnes Anda


Assalamualaikum semua......

Hari ini saya mempunyai mentor dalam bisnes. Walaupun dia bukanlah seorang yang berpangkat jutawan, tetapi itu sudah cukup untuk menjadikannya sebagai seorang mentor yang menjalankan bisnes secara langsung. Bagaimana dengan anda? Anda mempunyai seorang mentor?

Dalam dunia bisnes, seseorang memerlukan mentor yang boleh diambil ilmunya dan boleh diambil nasihat daripadanya. Ramai orang yang memulakan bisnes dengan tidak mendapatkan mentor. Mereka hanya melakukan perkara tersebut secara perseorangan. Maka peluang untuk dia gagal dalam bisnes sangat tinggi.

Berikut adalah kemungkinan yang berlaku jika tiada mentor:

  • Motivasi yang rendah
  • Tiada pedoman untuk meneruskan bisnes
  • Tidak mengetahui tentang kelemahan dan kelebihan yang berlaku pada kita
  • Bisnes tiada support daripada syarikat-syarikat lain
  • Tiada bentuk pelajaran dalam arena bisnes.
  • Akan selalu hilang focus
  • Sikap dan kelakuan tiada orang yang menegur
  • Tiada target yang terdekat untuk direalisasikan (kalau ada mentor boleh kejar status mentor)
  • Bercampur antara pemikiran positif dan negative
  • Mudah mendapatkan pelanggan yang dikehendaki ( incase kalau mentor tolong mencari bakal pelanggan)
  • Dan banyak lagi..... ( padahal tak nak fikir dah)


Hari ini, ditempat kerja saya, disekeliling saya bercakap tentang projek berjuta-juta. Ada juga yang bercakap berkenaan peluang bisnes yang besar-besar yang sepatutnya diceburi. Ada setengah-setengah bergaya dengan kereta mewah yang baru. Dan bermacam-macam lagi orang kaya punya style kat sini.

Tapi boss saya cakap, dalam kita hendak buat bisnes, matlamat kita kena suci.

Boss: fahmi, apa kata, time hari raya haji ni, kita korbankan seekor lembu. Aku tiap-tiap tahun target macam tu tau. Tak pe, ko target dulu sebahagian lembu dulu.
Fahmi: erkkk,,, macam mana boss, hasil pun belum Nampak lagi.
Boss: slow slow lah kamu buat. Slow-slow tapi kena berstrategi untuk naik lebih cepat. Pemikiran kena strategis.
Fahmi: baiklah. Next target, sebahagian lembu dihari raya. ^_^

Itulah mentor yang power. Dia juga mempunyai mentor yang power juga. Dicabar oleh mentor dia untuk sponsor ubah suai masjid ditempat dia tinggal. Wah lagi besar tu. Nak lihat macam mana strategi yang dia buat untuk dapatkan wang yang lebih banyak demi kepentingan orang ramai. Berfikir-berfikir... hehehe.. chow dulu...

Lateral maksima........... dah buat website baru. http://sihatceria.weebly.com...........................

Khamis, Jun 23, 2011

Ingat Target Kecil kita


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Tahniah kepada anda kerana setia membaca tips saya yang seterusnya. Bagaimana dengan tips-tips sebelum ini? Adakah anda berpuas hati? Sila pastikan anda berpuas hati dengan tips-tips sebelum ini.

Cipta target anda sendiri. Apa maksud cipta target sendiri? Cipta target bermaksud anda menetapkan matlamat kecil yang ingin dicapai seterusnya. Contohnya, anda menyertai satu MLM, maka target anda adalah untuk mendapatkan 2 orang pelanggan pada minggu ini. Itu target yang anda perlu capai pada minggu tersebut.

Kemudian, setelah tercapai, maka tetapkan pula target yang seterusnya. Contohnya, target mencari 3 orang pelanggan untuk minggu ini. Capai, tetap, capai, tetap sehinggalah power of Y anda tercapai.

Penting tak target-target kecil ini? Jawapannya, PENTING

Penting disebabkan anda akan sentiasa bermotivasi untuk mencipta kejayaan demi kejayaan untuk kepuasan diri iaitu power of Y. Itulah lambang kepuasan diri. Dalam bisnes, kejayaan-kejayaan kecil amat berharga untuk dinilai. Malah ada sesetengah orang, menganjurkan parti untuk meraikan pembukaan perniagaan yang baru dilancarkan. Pentingkan.

Bagaimana pula jika target tidak dicapai?

Jika target dicapai, rendahkan sikit target sebab kemungkinan target itu terlampau tinggi untuk dicapai dalam masa singkat. Cuba realistic untuk kita membina target kita sendiri. Tetapi jika target sudah cukup rendah, masalah berpunca kepada sikap kita atau A&S prinsip yang tidak sempurna.

Saya ingin membuat target-target kecil saya sendiri. Setakat ini saya boleh menjual satu produk seminggu. Mungkin target seterusnya adalah menjual 5 produk sebulan.  Insya allah.

Itu sahaja tips kali ini daripada saya. Ingat target kecil anda dalam bisnes dan berusaha untuk mencapainya walaubagaimana pun.

Lateral maksima................... target seterusnya adalah beli perfume .....................

Selasa, Jun 21, 2011

Peluang bisnes



Assalamualaikum.....

Bagaimana dengan tips bisnes saya yang lepas-lepas. Adakah berbaloi ataupun anda tidak faham tentang tips tersebut. Jika anda tidak faham, sila komen dibawah artikel tersebut atau terus hantar persoalan anda di box dekat hubungi saya.  Anda tidak rugi jika bertanya. ^_^

Oklah. Kali ini saya ingin bercerita tentang tips kelima. Anda sudah bersedia untuk membacanya. Let do it.

Tips kelima adalah berkenaan dengan opportunity a.k.a peluang. Adakah anda tahu tentang peluang anda berbisnes? Apa anda rasa anda tidak berpeluang untuk berbisnes? Jangan bimbang saya pun berfikir seperti itu juga dulu.

Saya dulu berfikir yang bisnes ni hanya  untuk orang yang ada banyak duit. Ya, mereka ada modal untuk memulakan bisnes yang besar dan buat banyak duit dengan peluang yang ada dipasaran. Pada waktu tu, semangat saya untuk berbisnes juga pudar dan semakin luntur. Semangat berkobar-kobar menjadi hilang.

Kemudian saya berjumpa dengan buku silent millionaire a.k.a jutawan senyap. Cara Chef Li memotivasikan melalui bukunya cukup untuk saya pergi lebih jauh dalam bisnes dan membuka mata saya untuk melihat peluang dalam bisnes.

Buku itu juga bercerita tentang bagaimana untuk mencari peluang dan juga mencipta peluang. Alangkah bagusnya buku itu dan anda patut membaca buku itu. Pasti anda akan berterima kasih kepada penulis buku tersebut  kerana memberi peluang kepada kita untuk melihat peluang sekali lagi. Faham tak ayat ni? ^_^

Walaubagaimana pun, anda patut cari peluang dan bersedia untuk mengambil peluang. Anda tidak patut membazir peluang anda dengan membazir peluang anda tersebut dengan begitu sahaja. Alangkah ruginya peluang tesebut.

Setiap orang mempunyai peluang yang sama disebabkan setiap orang mempunyai market yang tersendiri. Contoh, anda ingin menjual produk yang berunsur kesihatan, pasaran adalah untuk orang sakit dan orang ingin menjaga kesihatan. Begitu juga anda ingin menjual buku masakan. Mestilah kepada golongan suri rumah ataupun orang ingin membuka restoran yang ingin mempelajari resepi yang sedap untuk dihidangkan kepada pelanggan. Betulkan?

Dalam hati anda, anda tahu apa peluang anda. Betul saya cakap. Cuma kita sendiri yang menutup peluang tersebut dengan membutakan hati. Saya pernah baca seorang yang ingin membuat perniagaan tetapi ditipu berkali-kali. Sekarang dia adalah jutawan yang menghasilkan pendapatan pasif sebanyak 5 angka sebulan. Ok tak?

Daripada ditipu, anda tahu bagaaimana anda boleh ditipu. Disitu anda akan letak satu tapisan yang baik untuk diri anda. Saya pun banyak kali ditipu dan setiap kali saya ditipu, saya akan memuhasabah diri saya sendiri. Tapi saya akan belajar sesuatu yang penting dalam hidup saya kelak. Saya pernah membeli satu ebook yang sebenarnya tidak sesuai untuk saya. Tetapi saya belajar something daripada ebook tersebut.

Anda beruntung jika anda mencari peluang. Dan anda akan rugi jika anda melepaskan peluang. Tetapi jika anda terlepas peluang, peluang akan kembali kepada anda jika anda meminta kepada Allah. Itulah pelajaran yang terbaik daripada boss saya. Sebelum anda ingin membuat sesuatu, anda kena mintak dengan tuhan. Anda ingin pergi ke tempat yang parkingnya penuh, mintak dengan tuhan untuk sediakan satu parking untuk anda. Itulah diajar oleh boss saya. ^_^

Saya nak ambik kawan saya yang datang KL. Moga-moga anda faham apa yang saya tulis disini. Boleh emelkan kepada saya, jika anda mempunyai pelbagai soalan. Emel saya: fahmy0789{at}yahoo.com.my.... jumpa anda disana.

Lateral maksima........... sedih sebab ada orang kutuk ikut box hubungi saya.............................

Ahad, Jun 19, 2011

Power of Product


Bagaimana dengan produk anda? Anda ada produk atau tidak? Dalam islam, kita hendaklah mempunyai produk untuk berurus niaga. Jika tiada barang atau produk, itu namanya MENIPU. Orang menipu ni berdosa. Kalau berdosa, masuk mana adik-adik?

NERAKA!!!!!!    

Produk ada banyak. Tidak kira produk fizikal ataupun produk elektronik. Produk fizikal contohnya adalah computer dan produk elektronik adalah software seperti Microsoft. Itu namanya produk.

Nak berbisnes, kena ada produk. Contohnya, penjual buku kena ada kedai buku untuk menjual buku. Kalau nak menjual ebook, kena ada pekan ebook. ^_^

Bagaimana pulak dengan quality produk.  Mereka boleh diterima atau dipakai oleh pelanggan anda? Jika diterima, alhamdulilah. Jika tidak, uruskan bab research untuk menambah kualiti yang ada pada produk anda. Kalau produk elektronik pulak bagaimana? Hantar dekat beberapa orang dan feedback daripada dorang.

Tetapi satu aspek yang saya ingin utarakan kat sini. Apa beza nokia 3310 dengan blackberry? Beza harga jauh tak sekarang?  Kenapa harga berbeza? Sedangkan dua-dua telefon.

Harga ditentukan oleh nilai. Nilai ditentukan oleh berapa banyak keuntungan yang dapat diperolehi oleh bakal pengguna jika menggunakan produk tersebut. Contohnya produk diatas. Nokia 3310 murah disebabkan nilainya rendah. Nokia 3310 ni hanya boleh membuat panggilan dan juga sms sahaja. Pengguna perlu mempunyai laptop untuk berhubung dengan internet. Perlu mempunyai MP3 untuk mendengar lagu. Perlukan kamera untuk menangkap gambar. Blackberry? All in one. Fungsi dia banyak. Sebab itu nilai dia tinggi dan harganya pun tinggi.

Sanggupkan anda menghasilkan produk yang boleh memenuhi kepelbagaian kegunaan dan menambah nilai kepada produk anda. Kalau anda sanggup, tahniah kepada anda, sebab anda adalah orang yang saya cari untuk bisnes partner saya nanti. Jangan lupa hubungi saya tau.

Akhir kata. Tanpa bisnes jika tiada produk. Jika tiada produk, itu namanya skim cepat kaya atau pyramid. Jangan terlibat dengan mende alah ini. Apa pun, selamat maju jaya kepada anda untuk berbisnes dan nantikan artikel saya seterusnya.

Lateral maksima............. say no to skim cepat kaya.....................

Jumaat, Jun 17, 2011

100 kawan


Tiada orang yang berjaya tanpa pasukan yang kuat. Begitu juga dengan anda dan saya. Anda tidak akan berjaya jika tidak berseorangan. Ikuti dialog dengan kawan saya dibawah:

M: Ko pernah terfikir tak, kalau ko kerja nanti, boleh tak ko berdakwah dan berjumpa orang macam ko buat sekarang. Lebih-lebih lagi bila ko dah kerja dengan orang lain. Terikat dengan tempat kerja dan juga masa yang terhad. Ada ko terfikir tak?

F: Entah lah. Ko terfikir ke?

M: wei aku bimbang dow, kalau-kalau aku tak dapat focus dengan perkara yang aku tengah buat sekarang. Terkejar kesana-sini. Tapi aku takut juga dengan bisnes sebab takut terlampau focus kepada bisnes sehingga tak ada masa untuk mende-mende alah ni semua.

F: ( dengan tersenyum). Haaaa, tak nama bisnes jikalau buat kerja sorang-sorang. Tak nama bisnes jikalau semua perkara dan masalah ko terpaksa selesaikan sendiri. Itu namanya KERJA SENDIRI bukan bisnes. Understand!!!!

Ramai orang tersilap faham antara bisnes dan kerja sendiri. Pada mereka bisnes tak berjalan kalau tanpa kehadiran mereka. Dan masalah tidak akan selesai jika mereka tidak mengambil perhatian melampau kepada masalah tersebut.

Boss: fahmi, kalau nak mulakan bisnes, wajib ada partner. Tak dua, tiga pun ok. Siapa kawan kamu fahmi. Adakah mereka ni berminat dengan bisnes jika kamu tawarkan kepada mereka untuk buat bisnes? Atau adakah mereka ni hanya berminat untuk menjadi share holder semata-semata? Fahmi: Erm tak sure lah bang. Saya tak pasti pulak tentang bab ni. Kalau saya buat sorang-sorang tak boleh ek? Boss: huh? Buat sorang? Cuba fikir, jika ada masalah, kamu nak tanggung sorang-sorang ke masalah tu? Jika kamu tiba-tiba ada emergency leave, adakah kamu akan tinggalkan bisnes kamu tidak berjalan. Jika kamu buat kedai runcit tepi jalan tak apa, tapi kalau ko buat pasal perkhidmatan? Adakah ko nak jawab, ko bercuti?

Teringat ketika aku masih dibangku sekolah. Ketika itu, seorang cikgu berjalan dengan selamber ke dalam bilik darjah untuk memulakan pelajaran.

Cikgu: Kamu besar nanti nak kerja apa? Cikgu, engineer, doctor, arkitek? Apa pun kerja kamu, kamu kene ada bisnes ditangan. Barulah ada lebihan income. Apa? Bisnes susah? Siapa cakap bisnes susah?

Hampir separuh kelas mengangat tangan. Sambung cikgu saya lagi.

Cikgu: ok, kalau kamu rasa bisnes susah, cuba tengok saya ni. Ha, ni henset. Saya bayar bil telefon 1000 sebulan. Kalau tak guna apa kejadahnya henset ni. Tengok sume. ( sambil mendail no didalam telefon tersebut) hello, macam mana dengan bisnes............ , ok? Berapa income bulan ni? Ok rekodkan, saya nak pergi tengok esok atau lusa.

Kemudian dia mendail lagi dan bercakap dengan person in charge ( pic). Begitulah yang dibuat untuk bisnes yang lain. Itulah contoh live yang ditunjukkan oleh cikgu saya sendiri. Sejak hari saya ingin buat bisnes saya sendiri. Itu menjadi inspirasi untuk saya bergiat dalam bisnes.

Maka saya perlukan bisnes partner saya sendiri. Siapa yang berminat untuk membuat bisnes akan datang, sila hubungi saya? Atau tinggalkan komen anda dipost ini.

Lateral maksima........ kumpul modal dahulu............................... 


Rabu, Jun 15, 2011

A&S prinsip


Sambungan kepada artikel yang lepas....

A & S. Apa itu? Anda semua nak tahu ke A&S ni? Siapa nak tahu, sila angkat tangan macam saya.

A adalah attitude dan S adalah sikap. Apa? Sama je dua-dua ni? Memang sama pun (^_^).

Saya nak jadikan perkara ini adalah A2 ataupun S2 untuk melambangkan sikap-sikap. Tetapi macam tak best je. Sebab tu saya letak A&S. Senang nak ingat sikit kot.

Saya teruskan. Sikap adalah key of success. Setiap perkara yang ingin dilakukan mesti mempunyai sikap yang selaras dengan impian kita. Maknanya A&S mesti selari dengan Power of Y.

Bagaimana seorang yang bercita-cita menjadi jutawan mempunyai sikap yang malas tubuh dan malas otak? Berjaya atau tidak orang seperti ini? Jawapannya ada pada anda sendiri. Anda boleh teka dengan baik kan?

Orang yang hendak memulakan bisnes perlu mempunyai sikap yang power juga. Kita perlu untuk menanamkan azam untuk berjaya dalam bisnes yang kita ceburi. Walaupun apa yang belaku, jangan toleh ke belakang. Hanya boleh tengok cermin belakang je kalau perlu. Kita mestilah mempunyai sikap tanggungjawab dan tidak menyalahkan orang lain dalam kita hendak menguruskan bisnes kita sendiri. Itulah prinsip pertama orang efektif. Bertanggungjawab kepada apa yang  berlaku dalam hidup kita sendiri.

Sentiasa bersemangat untuk menghadapi hari esok dan tidak menghiraukan kata-kata negetif orang lain. Mentor saya cakap, selalunya ahli keluarga kita sendiri yang sering menjadi batu penghalang untuk kita berbisnes. Lebih-lebih lagi, jika datang daripada keluarga yang berlatarbelakangkan orang yang makan gaji yang bergaji besar.

Hakikatnya adalah sikap kita kena positif. Sikap yang positif datang daripada pemikiran yang positif. Orang yang paling  mempunyai pemikiran paling positif adalah kita sendiri sewaktu kita kecil. Waktu kita kecil, kita sangat positif untuk mula berjalan sehingga kita berjaya. Pada waktu itu, mak ayah kita adalah orang paling gembira apabila kita mula berjalan.

So, apa A&S kita? Saya dan anda memulakan bisnes, apa sikap yang perlu kita ada untuk maju dalam perniagaan? tepuk dada Tanya selera. Tak nak lah kata-kata ini. Angkat tangan Tanya tuhan. Barulah islamik sikit. Huhuhu.

Lateral maksima...... dah ada dalam fikiran nak buat bisnes apa........

Isnin, Jun 13, 2011

The Power of Y


Assalamualaikum wbt......

Seperti yang dijanjikan, saya akan menceritakan kepada anda semua pembaca kesayangan saya tentang apa yang saya belajar ketika saya bekerja part time sambil belajar bisnes dengan bos saya sekarang.

The power of Y ( baca: why). Kenapa awak nak buat bisnes? Itulah soalan pertama yang diajukan oleh bos saya. Tercengang saya. Yelah, tidak pernah orang bertanya kepada saya soalan ini. Melihat saya tercengang dan terpinga-pinga, bos saya berkata,

“dah fahmi, hari ni kamu buat kerja ni. Lepas siap, saya benarkan kamu balik awal”

Dengan terpinga-pinga saya menyiapkan kerja pertama saya dan kemudian saya balik. Sepanjang saya pulang dengan menaiki tren ke rumah, saya masih memikirkan tentang apa Y saya. Kepala saya asyik dengan pemikiran Y saya. Maka barulah saya mengerti tentang perkara ini.

Ini adalah motivasi pertama. Power of Y. Dalam hidup ini, kita perlukan sebab. Tanpa sebab, perbuatan kita tidak bermakna apa-apa. Maka saya telah gariskan tentang Y saya.

 Pertama, saya hendak survive dalam dunia saya. Apa dunia saya? Dunia saya adalah dunia dakwah. Dakwah memerlukan wang untuk melancarkan lagi pergerakan. Jika saya sendiri tidak survive, bagaiamana saya boleh move forward kepada mengislamkan orang lain.

Kedua, saya mahu menawarkan pekerjaan kepada orang lain. Adakah mungkin indicator yang paling baik adalah memberikan pekerjaan kepada ahli kaum kerabat sendiri. Mungkinlah.

Ketiga, nak juga selesa. Ada kereta, ada rumah sendiri dan sebagainya dan cepat-cepat pergi haji. Kalau sebelum kahwin hehehe.....

So, apa power of Y anda untuk bisnes?

Lateral Maksima.... nak buat domain baru lah...............



Sabtu, Jun 11, 2011

Sempena Ulang tahun ke 50


11.06.11 adalah hari keramat untuk pakcik ingati. Pada tarikh yang sama (11.06) 50 tahun dahulu, lahir seorang lelaki hebat yang dahulu pakcik pandang tinggi, sekarang pakcik pandang rendah ( sebab dulu abah lebih tinggi, sebab tu pandang tinggi. Sekarang pakcik lebih tinggi, sebab tu pandang rendah. Hahaha. Jangan berfikiran negatif, (^_^! )). Itulah tarikh lahir abah pakcik.

Abah pakcik adalah orang yang pakcik bergantung ketika pakcik kecik-kecik dahulu. Tetapi sekarang bergantung harap jugak. Hehehe. Dahulu, waktu pakcik kecik-kecik dulu, selalu kena rotan dengan abah ( T_T) dan akibat sakit kena rotan selalu sembunyikan rotan dekat mana-mana je ( alamak kantoi). Maklumlah pakcik dulu-dulu nakal juga. Hahaha. Tetapi kena rotan boleh jadi satu cerita menarik time sekolah dulu. Maklumlah, tak lelaki kalau tak kena rotan dengan ayah sendiri. Hahaha. Orang kata apa, tak macho lah kalau tak kena rotan. Hoho, kiranya macho lah pakcik dulu-dulu ye. ( berlagak)

Pakcik mungkin nakal lagi sekarang tetapi abah tak akan rotan dah. Nakal sekarang nakal yang lain. Almaklumlah masih single lagi. Lepas dah ada orang kat sebelah mungkin nakal pakcik kurang sikit kot. Hahaha. Tapi bila diceritakan balik, banyak nasihat dari abah yang tak pernah pakcik ikut. Dulu pernah abah larang jangan jadi pengawa sekolah, balik-balik jadi juga pengawas sekolah. Dulu abah pernah nasihat study elok-elok, tapi tak pernah pun study. Balik tidur jugak. Tapi alhamdulilah, sekarang pakcik masih kat U. Boleh kata, banyak jugalah yang tak ikut. Orang yang lebih tua pada pakcik cakap apa tau, bagai mencurah air keatas daun pisang. Ha begitulah pakcik. Hehehe.

Waktu pakcik kecik-kecik dahulu, pernah bagi hadiah kat abah. Hadiah tu murah je, tapi atleast tengok abah senyum, hati dah berbunga-bunga dah. Tak pe, kalau business Vemma ok, pakcik akan hadiahkan Vemma kat abah. Moga-moga sihat berpanjangan sampai dapat cicit. Ha, orang mesir sana, cepat kawen, abah dah tak sabar timang cicit. Hahaha. Apa? Pakcik tak nak kawen lagi, tak puas lagi hidup nakal macam zaman kanak-kanak dulu. Huhuhu...

Apa-apa pun, selamat hari jadi ke 50 abah. Moga-moga diberkati rezeki dan dimudahkan segala kerja. Anakanda selalu doakan abah kat duyang mah sana selalu sihat2 disamping ummi. Hehehe. Maaf jika terkasar bicara. Orang dah separuh abad hidup ni kena selalu jumpa doktor. Tak pe, sekarang abah pergi lu jumpa doktor kat klinik kesihatan duyang mas. Lepas ni, abah ada “doktor peribadi” lak lepas ni. Hehehe..... 

Lateral maksima......... environmenatalist tetap environmentalist.................

Isnin, Jun 06, 2011

Jangan Hina Babi


Assalamualaikum wbt......

Mesti kamu terkejut dengan tajuk post kali ini. Ye lah, macam ragu-ragu je dengan tajuknya. Bukan apa, saya terfikir, orang mengaitkan babi untuk segala jenis kutukan. Macam “ babi kau” dan sebagainya. Kesian kat babi. Malah ada sesetengah orang melayu pulak, tak boleh sebut ‘babi’. Pantang nenek moyang dia sebut babi. Tetapi sebut khinzir boleh pulak. Khinzir terasa sopan sikit berbanding babi. Geleng kepala mendengar jawapan mereka-mereka ini.

Ada juga antara mereka mencarut menggunakan babi. Contohnya, “ babi ko M****!”. Rupanya dah macam babi dah sebab orang lain duk tengking dia dengan mem “babi”kan dia. Aduyai, kesian tengok mamat tu sorang. Tak pasal-pasal orang doakan dia macam babi. Maka berhentilah menggunakan babi untuk dinisbahkan kepada orang lain apatah lagi untuk menghina, mencarut, mengkeji dan sebagainya. Dalam Al-Quran, tiadapun seorang manusia pun yang Allah swt menukarkan mereka kepada babi. Jadi beruk adalah.

Kenapa saya tidak bersetuju babi dihina. Pertama, Allah tak suruh pun. Allah menyuruh kita menyayangi semua binatang di atas muka bumi ini termasuklah babi dan anjing. Cuma jika tersentuh @ disentuh, maka kena basuh dengan air tanah. Tu sahaja. Tengok, Allah tak suruh pun benci atau menghina apatah lagi menisbahkan orang lain kepada babi dan anjing. Maka sayanglah binatang termasuklah babi dan anjing. Comelkan mereka ^_^.

Lagipun, babi dan anjing adalah indicator atau petunjuk kepada kita bahawa mereka adalah binatang yang haram untuk dimakan. Tanpa mereka, adakah kita tahu manakah binatang yang halal lagi suci untuk dimakan. Itu sebabnya makhluk Allah menciptakan babi. Allah telah mencipta makhluk-NYA dengan petunjuk yang jelas supaya mereka berfikir. Contoh, baik lawannya jahat. Maka pembalasan adalah syurga lawan neraka. Begitu juga dengan halal dimakan vs haram dimakan. Ayam vs babi. U and I See( unic).

Sebab kedua adalah saya sekarang menumpukan kepada BaBI. Jangan terkejut. Sebenarnya itu adalah singkatan untuk Become A Businessman Instantly. Hahaha. Sekarang adik saya pun dah pandai peril-perli abang dia. Pasal post saya pasal OKB. Teruk betul lah. Tapi tidak menghalang niat yang suci lagi bersih dari lubuk hati untuk menjadi OKB.

Berbalik cerita businessman instantly ni, saya sekarang sudah mempunyai dua perniagaan internet yang saya gerakkan secara perlahan-lahan. Pertama yang semua orang sudah maklum iaitu Pekan Ebook  ( http://tapakebook.blogspot.com ) dimana saya menjual ebook orang lain. Cuma saya promosikan ebook mereka dalam bentuk kedai. Walaupun sekarang ini masih lagi kurang mendapat income daripada kedai itu, tetapi sekarang saya perlahan-perlahan belajar dan terus belajar bagaimana untuk mempromosi pekan ebook saya secara besar-besaran. Insya allah, akan membawa hasil kelak.

Yang kedua, saya menjual produk vemma. Apa itu vemma? Vemma ini adalah Jus campuran buah-buahan yang diproses dan diformulakan menjadi jus yang memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Maklumat lanjut boleh kunjungi website ini. http://fahmiL89.vemma.com. Disitu diterangkan berkenaan produk kesihatan ini dan khasiat yang terkandung di dalam Jus Vemma ini. Singkatan vemma dalah merujuk kepada Vitamin Essential Mineral Mangostean and Aloe Vera.  Tugas saya adalah promosikan kepada anda dan orang lain yang memerlukan kesihatan yang berpanjangan. Kes-kes biasa yang ditangani adalah pesakit kanser yang sembuh selepas mengamalkan pemakanan Jus Vemma ini.



Untuk artikel seterusnya, saya akan kongsikan beberapa tips permulaan yang dikonsikan oleh mentor saya kepada saya. So, saya cuba untuk kongsikan kepada pembaca di blog saya ini. Diharapkan anda gembira untuk meneruskan pembacaan anda diblog ini untuk masa akan datang. Insya allah. Move forward to become OKB ( orang kaya bertakwa).

Lateral maksima....... memang best beberapa minggu ini.......................