11.06.11 adalah hari keramat untuk pakcik ingati. Pada tarikh yang sama (11.06) 50 tahun dahulu, lahir seorang lelaki hebat yang dahulu pakcik pandang tinggi, sekarang pakcik pandang rendah ( sebab dulu abah lebih tinggi, sebab tu pandang tinggi. Sekarang pakcik lebih tinggi, sebab tu pandang rendah. Hahaha. Jangan berfikiran negatif, (^_^! )). Itulah tarikh lahir abah pakcik.
Abah pakcik adalah orang yang pakcik bergantung ketika pakcik kecik-kecik dahulu. Tetapi sekarang bergantung harap jugak. Hehehe. Dahulu, waktu pakcik kecik-kecik dulu, selalu kena rotan dengan abah ( T_T) dan akibat sakit kena rotan selalu sembunyikan rotan dekat mana-mana je ( alamak kantoi). Maklumlah pakcik dulu-dulu nakal juga. Hahaha. Tetapi kena rotan boleh jadi satu cerita menarik time sekolah dulu. Maklumlah, tak lelaki kalau tak kena rotan dengan ayah sendiri. Hahaha. Orang kata apa, tak macho lah kalau tak kena rotan. Hoho, kiranya macho lah pakcik dulu-dulu ye. ( berlagak)
Pakcik mungkin nakal lagi sekarang tetapi abah tak akan rotan dah. Nakal sekarang nakal yang lain. Almaklumlah masih single lagi. Lepas dah ada orang kat sebelah mungkin nakal pakcik kurang sikit kot. Hahaha. Tapi bila diceritakan balik, banyak nasihat dari abah yang tak pernah pakcik ikut. Dulu pernah abah larang jangan jadi pengawa sekolah, balik-balik jadi juga pengawas sekolah. Dulu abah pernah nasihat study elok-elok, tapi tak pernah pun study. Balik tidur jugak. Tapi alhamdulilah, sekarang pakcik masih kat U. Boleh kata, banyak jugalah yang tak ikut. Orang yang lebih tua pada pakcik cakap apa tau, bagai mencurah air keatas daun pisang. Ha begitulah pakcik. Hehehe.
Waktu pakcik kecik-kecik dahulu, pernah bagi hadiah kat abah. Hadiah tu murah je, tapi atleast tengok abah senyum, hati dah berbunga-bunga dah. Tak pe, kalau business Vemma ok, pakcik akan hadiahkan Vemma kat abah. Moga-moga sihat berpanjangan sampai dapat cicit. Ha, orang mesir sana, cepat kawen, abah dah tak sabar timang cicit. Hahaha. Apa? Pakcik tak nak kawen lagi, tak puas lagi hidup nakal macam zaman kanak-kanak dulu. Huhuhu...
Apa-apa pun, selamat hari jadi ke 50 abah. Moga-moga diberkati rezeki dan dimudahkan segala kerja. Anakanda selalu doakan abah kat duyang mah sana selalu sihat2 disamping ummi. Hehehe. Maaf jika terkasar bicara. Orang dah separuh abad hidup ni kena selalu jumpa doktor. Tak pe, sekarang abah pergi lu jumpa doktor kat klinik kesihatan duyang mas. Lepas ni, abah ada “doktor peribadi” lak lepas ni. Hehehe.....
Lateral maksima......... environmenatalist tetap environmentalist.................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan