Rabu, Jun 29, 2011

Israk Mikraj: Penentu Iman dan Kepercayaan


ASSALAMUALAIKUM WBT dan salam sejahtera

Israk mikraj. Apa erti ini pada anda semua? Kebiasaan orang menjawab adalah, israk mikraj ni adalah perjalanan nabi dari mekah ke baitul maqdis, then nabi naek buroq ke langit ketujuh untuk berjumpa dengan Allah swt. Disitulah juga diperintahkan untuk bersolat kepada umat nabi Muhammad saw.

Disini lah pertimbangan antara iman dan kepercayaan. Israk mikraj juga cerita penting untuk menentukan atau memaknakan tentang iman dan kepercayaan.


Apabila kita soroti baik-baik selepas israk mikraj. Pada ketika nabi menceritakan tentang perjalanannya daripada mekah ke baitulmaqdis dan daripada baitulmaqdis ke langit ketujuh, maka ramai orang yang tidak percaya. Pada ketika itu, hanya iman yang akan membenarkan cerita nabi pada ketika seperti mana iman Abu Bakar As-Siddiq yang membenarkan cerita nabi. Yang menyokong cerita nabi dan yakin dengan kebenaran cerita nabi tersebut. Itulah bezanya iman dan kepercayaan.

Sebagai contoh cerita israk mikraj nabi tadi. Anda berkawan dengan seorang lelaki muda bernama Abu. Pada petang ni, kita bermain bola dengan Abu. Habis saja bermain bola, anda dan abu berpisah pada hari tersebut. Pada pagi esok, Abu bercerita kepada anda bahawa dia telah pergi ke amerika dan telah pergi ke bulan pada malam tadi. Agak-agak andalah, boleh percaya ke cerita Abu?

Apa? Tak percaya? Kenapa pulak? Kenapa cerita israk mikraj nabi anda percaya, cerita Abu pergi amerika dan naik kebulan dalam masa semalaman, anda tidak percaya?

Jika anda berada dalam masyarakat yang mendengar cerita nabi pada ketika dia israk mikraj, adakah pandangan anda berkata, aku percaya ataupun seperti cerita Abu, tidak percaya langsung? Kebanyakan masyarakat akan berkata, aku tidak percaya kepada cerita tak logic anda. Sila berambus. Betulkan?

Dalam kebanyakan masyarakat pada ketika itu tidak mempercayai cerita tersebut, Abu Bakar satu-satunya yang berani mengakui bahawa cerita israk mikraj itu benar. Kalau anda berani tak?

Itulah sebenarnya beza iman dan kepercayaan. Sebab itu, saya berani berkata bahawa islam itu bukan kepercayaan tetapi implimentasi sebuah keyakinan kepada Allah dan Rasul-NYa dalam kehidupan seharian kita. Itulah islam. Dan anda tidak akan Nampak perkara ini dalam agama lain. Sorry tu say, islam bukan kepercayaan. Titik.......

Sekian terima kasih.........

Anda faham tak?

Lateral maksima.......... baru terasa nak post artikel ni..................

1 ulasan:

farra berkata...

betol tu..entry best ni..thanks for ur info:D