Selasa, Jun 28, 2011

Isytiharkan Anda Kaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada reader semua.
Bagaimana dengan hidup anda hari ini? Ceria atau sedih? Kalau ceria teruskan kecerian anda itu dan kalau sedih, beri sedekah kepada orang yang akan ceria apabila menerima sesuatu daripada kita. Maka hidup akan jadi ceria.


Sebelum saya meneruskan apa-apa, saya nak bertanya kepada anda. Apa yang anda dapat daripada blog saya ini? Saya tak pandai nak buat segmen macam blogger yang lain tetapi kalau boleh tuliskan dekat komen kat paling bawah sekali ok? Sebab adalah saya nak memberi anda sesuatu yang saya ada untuk memanfaat anda sekarang. Boleh tak?


Ok, saya teruskan kepada tajuk entri ini. KAYA. Boleh tak anda ambil pen dan kertas?


Dah ambik kertas? Kalau dah tolong pejamkan mata anda 2 minit, untuk anda bayangkan kaya ni macam mana. Pejam mata dan bayangkan kaya sekarang!


Tulis apa yang anda bayangkan tentang kaya tersebut. Lepas tu tengok macam mana kaya anda semua yang macam mana.
Ok, sekarang buat balik aktiviti diatas, tetapi imaginasikan tentang miskin pulak.
Sudah? Ok sekarang imaginasi pulak pasal sederhana. Tak miskin dan tak kaya. Try try.
Lagi best kalau anda buat bersama adik-adik atau kawan anda. Dan lihat definisi dan bayangan setiap orang yang berbeza sebenarnya.
Setiap daripada kita membawa bayangan kaya dan miskin yang berbeza. Sebagai contoh, saya sendiri membayangkan orang kaya itu mempunyai tanah@rumah yang banyak dan juga mempunyai simpanan emas yang banyak. Itu kaya pada bayangan saya.
Orang miskin adalah orang yang mengalami deficit setiap bulan. Perbelanjaan melebihi pendapatan setiap bulan. Walaupun ada kereta, tetapi itulah orang miskin pada pandangan saya. Anda semua lain kan?
Setiap orang berusaha untuk memenuhi ‘impian’ kekayaan mereka. Cumanya persepsi atau cara sehaja yang menentukan seseorang itu mencapai impian yang mereka idamkan dalam imaginasi tersebut.
Siapa yang menentukan seseorang itu kaya atau tidak? Bukan diri sendiri, tetapi orang lain. Pernah tak anda berjumpa dengan orang yang dapat pekerjaan yang besar, kemudian yang mempunyai rumah yang sedikit selesa daripada orang lain dan mempunyai kereta yang besar jugak? Apa yang anda katakan pada mereka? Owh mereka ada duit, boleh lah. Kan kan kan. ^_^
Yang mentakrifkan kekayaan adalah orang lain. Yang mengisytiharkan Bill Gate menjadi orang terkaya adalah majalah Forbes. Kalau tiada majalah Forbes, ada kita pandang Bill Gate? Tak ada kan?
Sebenarnya makna kekayaan yang sebenar adalah orang lain yang tentukan. So macam mana nak jadi kaya pada pandangan orang lain?
Dan bagaimana nak orang lain mengisytiharkan saya ni adalah orang yang kaya?
Jawapannya adalah zakat dan sumbangan. Kenapa saya cakap zakat? Sebab zakat dikira daripada lebihan pendapatan kita termasuklah zakat fitrah. Kita ambil contoh zakat fitrah, zakat fitrah adalah satu bayaran yang diwajibkan kepada orang yang mempunyai:
Pendapatan – perbelanjaan minimum = lebihan pendapatan
Di Hari Raya Aidilfitri. Jika seseorang tidak mempunyai lebihan pendapatan, maka wajib keatasnya terima zakat. So, jika anda ingin menjadi kaya, anda perlu bayar zakat. Semakin banyak zakat yang anda bayar, semakin kaya anda. Disebabkan lebihan pendapatan anda semakin banyak. Semakin banyak lebihan pendapatan, semakin banyak zakat kena keluar. Maka anda makin kaya sebenarnya.
Sumbangan pulak? Sumbangan untuk menampakkan anda adalah orang kaya. Apa perasaan anda, ada orang yang memberi sumbangan kepada sesebuah rumah anak yatim secara bulanan dalam jumlah yang agak besar contohnya, RM5000. Konfem, anda berkata, “ wah kayanya dia!!!”.
Soal ikhlas tak ikhlas, tu pokok no 2 dulu. Yang penting adalah anda mesti memberi sumbangan untuk mendapatkan title kaya. Haha, menarik tak? Orang akan menggelarkan anda orang kaya jika anda menyumbang kepada orang lain. Maka bantulah orang tidak berkeupayaan disekeliling anda.
Orang yang:
Tolong orang miskin = orang kaya
Tolong orang yang tidak berkemampuan = kaya hati
Tolong orang yang sedih = kaya jiwa & big smile ^_^
Lateral maksima........ saya nak tukar domain lah. Lagi satu sila komen ye..........

Tiada ulasan: