Sabtu, Februari 12, 2011

Kenapa Think End In Mind....


Pemimpin yang baik tahu dimana hala tuju organisasi yang dipimpin. Itulah kuasa kepimpinan paling asas. Dr Mahathir apabila menjadi pemimpin Malaysia, menggagaskan Wawasan 2020 bagi melihat Malaysia mencapai status negara maju pada tahun 2020. Apabila Pak Lah naik, beliau menggagaskan islam Hadhari untuk meningkatkan penghayatan agama islam di kalangan masyarakat. Pak Najib pulak membawa 1Malaysia yang ingin membawa perpaduan di Malaysia.

Orang lain melihat kepada cita-cita seorang pemimpin. Pemimpin yang memiliki matlamat yang besar sangat dihormati oleh pengikutnya.... betul tak? Mungkin kot.

Itu kepada organisasi. Bagaimana pulak dengan diri sendiri? Kita kena ada matlamat diri sendiri. Menjadi orang yang paling effective adalah dengan matlamat. Dalam hidup wajib ada perkara yang kita ingin buat dan capai. Hidup mesti ada matlamat.

Ketika dalam organisasi, kita boleh mempunyai cita-cita sendiri, asalkan selaras dengan matlamat organisasi yang kita anggotai. Contohnya, dalam satu peperangan di zaman rasulullah, dua orang remaja bercita-cita untuk membunuh abu jahal kerana tidak berpuashati dengan tindakan abu jahal yang selalu berlaku kejam terhadap rasulullah. Sedangkan pada waktu itu, matlamat adalah menang terhadap tentera musyrikin. Maka ini membuktikan matlamat diri sendiri dibenarkan selagi mana tidak menjejaskan matlamat utama organisasi.

Tetapi adakah anda semua tahu untuk mencipta cita-cita? Pertama adalah menulis matlamat anda diatas kertas. Segala-segalanya yang anda rasa ingin dicapai dalam masa terdekat. Tulis dan tulis secara detail apa yang ingin dicapai oleh anda. Tetapi saya percaya, lantaran malu dan tidak bersedia untuk menulisnya diatas kertas, maka tidak dapat ditulis diatas kertas. Mungkin ada yang bimbang jika kertas itu dikutip oleh orang lain. Maka bagaimana dengan cara kedua?

Kedua, imaginasi. Gambarkan didalam kepala sendiri cita-cita anda. Bayangkan dan cuba dengar didalam imaginasi itu suara yang akan dimainkan. Kalau boleh hidu dan rasa lagi baik. Tanamkan bayangan dalam kepala tersebut didalam minda bawah sedar dan selalulah mainkan dimana jua anda berada.

Ada satu lagi cara. Umumkan dikhalayak ramai. Adakah anda akan berani? Thomas Alva Edison berani mengumumkan pada siding media. Itulah kuasa tarikan dan tolakan untuk menetapkan cita-cita anda.......

Kenapa think end in mind? Sebab saya hendak melihat anda semua hebat.

Lateral maksima................ aduyai sakitnya xcident.........................................

Tiada ulasan: