Selasa, Februari 17, 2009

SIBUK: SATU PELUANG @ MUSIBAH


Assalamualaikum.
Mungkin tajuk diatas kurang sesuai untuk makalah yg ana tulis kali ini. Sebagai satu muqaddimah yg tidak menarik tetapi mampu menarik orang lain untuk membaca. Ok tak?

Aku pernah bertanya kepada seorang penceramah didalam satu slot motivasi ketika menerangkan tentang pembahagian kerja yg urgent dan tak urgent, yg penting dan tak penting. Aku bertanya, orang yg jenis on call ni mcm mane pulak nk bagi kan masa. Orang dibelakang terus tergelak. Ape jenis orang ni?

Ape yg si penceramah itu jawab, ikut priority atau keutamaan. Jika on call itu tidak melibatkan kita sangat, jangan pergi. Kalau keutamaan itu besar, maka lebih elok menyahut seruan oncall itu. Oooohhhhh, begitu. Angguk2 je time tu.

Kembali kepada tajuk. Adakah sibuk ni satu peluang atau satu masalah?

Ape jawapan sahabat2. satu peluang atau satu masalah. Aku bagi masa selama lima minit untuk berfikir. Agak susah bukan untuk menjawab.

Sebenarnya jawapan itu hanya sahabat2 yg tentukan. Orang yg jenis tidak tersusun macam aku ni ( sedang belajar menyusun diri) mungkin kata satu sibuk itu adalah satu musibah. Kepada orang yg sentiasa terbiasa dengan sibuk, sibuk ini adalah satu peluang.

Aku teringat ketika naqib aku bercerita dahulu. Ada seorang kepercayaan as-syahid hasan al banna yg sentiasa sibuk dengan kerja. Tapi dalam masa yg sama hasan al banna tetap dan terus memberikan beliau banyak kerja. Sehingga dia mempersoalkan tentang sikap hasan albanna yang terus menerus memberikannya kerja sedangkan dia telah mempunyai taklifan yg banyak berbanding orang lain.

“kenapa tidak engkau memberikan kerja ini kepada orang lain sedangkan engkau telah mengetahui bahawa aku mempunyai tanggungjawab dan kerja yg banyak yg terpaksa dipikulnya.?

Jawab hasan albanna, “hanya orang yg mempunyai banyak kerja sahaja yg mampu melakukan kerja ini.”

Sedar atau tidak sahabat2 bahawa kenyataan hasan albanna tersebut telah memberikan satu mesej yg mengatakan bahawa orang yg sibuk sahaja yg mempunyai masa. Maksud mempunyai masa disini adalah orang yang sibuk sahaja yg mampu memandang masa dengan pemahaman yg betul. Kerana apa, mereka lebih kepada merancang masa dengan lebih baik dan dapat melakukan kerja dengan baik berbanding orang yg bukan sibuk yg lebih kepada membuang masa dengan sia2 sahaja tanpa memikirkan tentang masa yg telah berlalu.

Lagi satu, orang yg sibuk akan memikirkan tentang jadual dan sistem disebabkan mereka sangat memerlukan masa untuk mereka menyiapkan tugasan demi tugasan yg mereka hadapi. Kalau mereka kehilangan masa disebabkan kelalaian mereka, maka mereka akan menyesal tak sudah sehingga menghantuk kepala kedinding.( ada ke orang macam ni?).

Adakah sibuk itu adalah masalah.

Ini persoalan yg bagi orang yg ingin melepaskan diri daripada menjadi orang yg sibuk. Kerana apa seperti hadis nabi pun, gunakanlah masa senang mu sebelum tiba masa sibuk mu. Bermakna setiap orang akan melalui masa yg sibuk dan ini adalah masalah bagi semua orang yg bergelar manusia dan hamba Allah. Jika mereka tidak mahu menghadapi sibuk, mereka bukan orang dan manusia juga bukan. Entahlah ape kebenda tu?

Persoalan nye adalah mcm mane setiap orang menghadapi masalah sibuk ataupun rutin sibuk ni. Setiap orang mempunyai kaedah masing2. Ada yang terjun bangunan. Ada juga mereka membina jadual yg lengkap, ada juga merka menggunakan idea yg kreatif lagi cepat dan mudah untuk menyiapkan tugasan. Ni mengikut tahp kemampuan masing2 yg dikurniakan oleh Allah swt.

Jadi apa jawapan anda bagi persoalan diatas. Adakah condong kepada satu kelebihan ataupun masih lagi satu masalah. Kalu condong kepada kelebihan, bermakna fikiran anda telah pulih sepenuhnya lagi waras. Jika merasakan sibuk ini adalah satu masalah, maka fikir2kanlah lagi apa yg tidak kene dgn hidup anda.

Adakah tarbiyah tak cukup, ibadah tak cukup dan sebagainya. Ini akan melibatkan muhasabah kepada diri sendiri. Hipnosis kan diri untuk muhasabah dan paculah langkah kearah kehidupan yg lebih ok.

Selamat berfikir aku ucapkan kepda sahabat2 sekalian. Diharp korang dpt mencapai lateral maksima dlm mencari jawapan tersebut. Aku chau dulu. Assalamualaikum.

Tiada ulasan: