Ahad, Februari 01, 2009

PEMBAZIRAN JE


Assalamualaikum. Alhamdulillah dah lame aku tak menulis dalm blog aku ni. Ade orang suruh aku post mengenai perkara yg bebntuk ilmiah dan pemikiran lebih extreme lagi. Hehehehe. Ade orang kate extreme2 adlah perbuatan melampau. Bagi aku pulak, tidak. Pemikiran melampau adalah sangat baik jika berlandaskan ilmu dan iman dlm diri. Yang menjadi maslah adlah orang yg membuat perbuatan melampau tanpa pemikiran extreme. Faham tak ni? Kalu tak faham buat2 faham jelah ek.

Post kali ni nk cite pasal mase cuti aku. Aku balik lebih kurang hari isnin jgk lah. Perjalanan menaiki bas yg extreme membuatkan aku tidak dpt tido(entah lah mane tah extreme dkt bas tu) sebab pe. Sebab bas tu aircond tu tak berapa hiduplah. Aku duk dlm tu mcm cacing kepanasan. Duduk situ sini, pusing situ sini. Sekali sekala lyan mesej dulu. Pastu smpai ke destinasi yg dituju.

Bukan tu yg dicite, yg jadi pokok citenye kisah bapak sedare aku kahwin. Hari isnin tu jgk adlah kenduri. Sampai je halman kg terus je bekerja. Angkat itu ini, kacau daging mask smpai merah muka aku dibuatnye. Basuh pggn n cawan dh jadi tugas rasmi aku time tu. Basuh lah aku dgn penuh khusyuk n tawadok nye. Duduk lah aku dibelakang tabir sepanjang hari tu.

Yg jadi patner aku cuci pinggan ni ialah kupu2 (entahlah, spupu genarasi yg keberapa entah?). borak lah kami dua org tu smpai tak ingat dunia tapi akhirat ingat sebab behenti solat zohor. Hehehe.

Dh sampai petang tu, orang dh makin surut. Makin lame mkin kurang. Barulah kami pegi mkn. Huhuhu baru nk makan time tu. Sian.

Smpai mase untuk kemas2 barang. Time tu aku dpt dua karung ....................... plastik smpah!!!!! Aku buka tgk. Ya Allah. Ampunilah hambe mu yg byk membazir mkann ni. Smpai dua karung tu. Dorang ni makan nasi ke buang nasi yg baanyak. Orang palestin smpai tak cukup mkn tapi kita kat malaysia ni smpai berkarung2 mknan yg dibuang. Dorang mkn tak ingat org palestin ke?

Aku teringat mase krisis mknn dunia dulu. Orang ni tuduh orang tu. Orang tu tuduh orang ni. Negara tu ni tak ckp bekalan mknn. Negara ni terpakse eksport mknn kat beberapa tmpat untuk menampung keperluan. Harga beras naik. Harga itu ni naik. Rmai orang merungut beras mahal time tu. Tup....tup, kenyataan hizbut tahrir yg mengatakan penduduk di AS membuang smpai 8 tan bhn mknn sehari.

Byk tuuuu. Hari ni, aku bace al islam edisi terbaru. Kebuluran di seluruh dunia menyebabkan setiap 6 SAAT je, SORANG KANAK2 AKAN MENINGGAL di negara2 yg mengalami kebuluran.

Org malaysia walaupun byk yg memberi sumbangan kepada mangsa perang di palestin, lebih ramai lagi yg membazir. Cuba kira. Kalu kenduri kat rumah nenek aku dh dpt lebih kurang 3 karung mknn yg tak habis, aku plk dgr yg disekitar kg aku ni dh ade 3 lagi, so jumlah nye dh 4. 4 darab dgn 3 dh jadi 12 karung. Itu skitar kg aku je. Andai katelah kat daerah ni ade 20 kenduri. Dh jadi 60 karung. Satu negeri? Satu semenanjung? Cmpur dgn sabah sarawak?

Lepas tu pulak, satu karung dh 5 kilo lebih kurang. Kalu 60 karung, bukan ke dh smpai 300 kilo. Satu negeri? Satu semenanjung? Campur dgn sabah sarawak lagi?

Itu baru kenduri. Kalu hotel2 dan chalet2 2 bintang, 3 bintang dan seterusnya. Bagaimane?

Entah lah. Aku pun tak taulah nk kate mcm mane. Korang dh ade otak n akal. Korang boleh berfikir sendiri. Sampai stkt ni je yg aku nk cite kat korang. Korang rase dh tak de sensitiviti, korang boleh buat mcm besa je. Kalu msh ade, haha kurangkan pembaziran.

Tiada ulasan: