Ahad, Disember 14, 2008

SYOK KUNGFU PANDA


Cuti ni banyak sungguh aktiviti. Kene pergi org kahwinlah, orang sakitlah, orang mati pun ade jugak, dan tak kurang aktiviti yg sia2 seperti tengok vcd & dvd, melepak bersama2 kawan2 dan sebgainya. Pendek kate sume ada dalm cuti yg singkat ini.

Kita terus ke tujuan post kali ini yek.... hari ini nak cakap pasal hari tu tengok kungfu panda. Lame dah tepingin nk tengok tak dapat tengok. Tp kali ini, dgn kesempatan yg ada ni, sempat jugak lah aku tgk movie yg mencuit hati tu(cuit dengan ape aku tak tahu). Menonton bersama adik2 & spupu lagi lah seronok. Ramai2. pujian kepada pengarah cite animasi 3D ni kerana dpt menghasilkan cite yg seronok dan menyeronokkan orang yg tengok. Hehehehehe.

Bukan nak puji lebih2, tapi itulah hakikat yg perlu orang malaysia ni akui bahwa mereka dpt buat sperti itu. Tak de perempuan yg seksi-seksa tuk tontonan umum, tak de budaya pelik2 hollywood sperti berpelukkan laki dan perempuan dan sebagainya. Hehehe. Pada hal memang kaki kartun pun. Tapi tak pe. Itulah contoh filem untuk jalan dakwah pulak ye walaupun byk dah filem seperti tu kat pasran skrang.

SEMALAM ADALAH SEJARAH, ESOK ADALAH MISTERI, HARI INI ADLAH HADIAH.

Itulah kate sifu oogawa(kalu tak silap). Cam ne? Hebat tak kate2 mcm tu. Wau!!! Terkejut aku dgr kate mcm tu. Kite tengok satu satu ye.

Semalam adalah sejarah. Mase tetap berlalu walaupun mcm mane pun. Malah pe yg berlaku satu saat yg lalu tidak boleh dikembalikan lagi kepada kita. Terpaksa lah mengakui bahawa apa yg berlalu adlah sejarah yg kita cipta. Yg baik ambik jadi pedoman dan buruk jadi pengajaran. Tapi jangan lupa bahawa sejarh mungkin berlaku lagi. Contohnye kemelesatan ekonomi sekrang yg dikatakan berlaku selama tiga dekad ni. Jadi sape2 yg jadi pemimpin selepas ni kene ingat bahwa 2017 ni akan berlaku kegawatan ekonomi lagi. Ahli tdak bertauliah.

Esok adalah misteri. Sape yg boleh kate pe yg akan berlaku kepada kita esok, tolong angkat kelompak mata. Manusia boleh merancang tapi hanya Allah yg menentu. Contoh yg lucu bleh aku ungkap ialah manusia blh merancang tuk kahwin tp malam sblm nikah kene cekup kerana berjudi, lepas tu tak jadi kahwin. Tulah manusia merancang saje. Tapi kene ingat, Allah byk beri kita ilmu contohnya, ilmu mantik yg drpd kebiasaan tertentu, manusia blh meramal apa yg akan berlaku. Walaupun manusia tidak dpt mengetahui ape yg akan berlaku pada masa hadapan tapi manusia diberikan oleh Allah boleh meramal beberapa perkara tertentu contohnya usia matahari, tsunami, gempa bumi dan sebagainya. Kita juga tidak jodoh, kematian, dan pertemuan kita pada masa hadapan. Berdoa adalah senjata utama umat islam jika diizin boleh mengubah qada dan qadar seseorang. Oleh itu, berdoalah selalu. Dimana jua, bila-bila masa.

Jadi bersyukurlah kita kepada Allah yg esa bahwa Allah telah menjadikan hari ini adlah satu hadiah @ nikmat yg kita perlu berterima kasih. Nikmat berganda ganda lagi pabila masih dlm nikmat iman dan islam yg merupakan nikmat yg paling besar d atas muka bumi ini. Jarang orang bersyukur diberikan nikmat “hari ini” sedangkan mereka sering meminta akan hari esok yg misteri pada hakikat kita ini perkara yg lebih baik.

Kata pujangga, apa yg akan berlaku pada esok hari adalah apa yg dimulakan pada hari ini. Jika mereka hendak menjadi sorang pencuri, pada hari ini mereka telah berkawan dgn pencuri dan belajr ilmu mencuri. Begitu juga org hendak menjadi ahli majlis tertinggi, pada hari ini mereka telah sedaya upaya melobi dan mem “politik wang” org lain sana sini.

RAHSIA TERBESAR KEJAYAAN ADALAH DIRI SENDIRI

Itulah yg didapati oleh panda. Rahsia ilmu kungfu adalah diri sendiri. Hebat ayat tu. Dan sedap pulak tu. Konon nak menuntut ilmu rahsia yg diturun dari nenek moyang dalam skrol tersebut tapi kosong semata-mata. Hahahaha. Panda mcm bodoh tapi faham jugak last sekali bahwa rahsia terbesar adlh diri sendiri. Memang hebat orang berfalsafah.

Nilah nk bincang dgn sahabat2 sekalian.
Sehebat mana pun seseorang, diri sendiri akan menjadi penentu. Betul tak?
Sehebat mane pun ilmu sorang tu, tapi tidak beramal dgn ilmu tu tak guna jugak. Sebenar istilah paling tepat ialah attitude @ sikap. Betul tak?
Nak belajar pun kene jadi diri sendri. Nak jd pemimpin mesti jadi diri sendiri. Betul tak?
Be yourself. Kalu kurang tulah diri kamu sendiri. Insaflah manusia tidak boleh menjadi manusia yg lain. Pak lah tidak boleh menjadi Dr M. DS Najib tak boleh jadi mcm Pak Lah. Dan begitu juga seterusnya. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.

Bergantung kepada sorang tu tuk tonjolkan kelebihan dan kucupkan kelemahan diri sendiri. Lu balik fikir sendiri ok? Sampai sini je pertemuan tuk post kali ni. TQ.

Tiada ulasan: