Isnin, Disember 22, 2008

AWAS. ANJING DIBENARKAN DIMASJID

Merujuk laporan dalm majalh Al Islam desember 2008 m/s 56, anjing telah dilaporkan memasuki perkarangan masjid dan perkara ni telah dibenarkan oleh sebuah masjid di uniterd kingdom. Perkara ni telah mengejut penganut islam di UK. Seperti yg sedia maklum, anjing tergolong dalam najis berat iaitu najis mughallazah dimana perlu disertu @ disamak jika tersentuh atau mengendalikanmya.

Anjing yg bernama Vargo ni telah dibawa oleh tuannya, Mohammed Abrar Khatri,18 ketika beliau hendak menunaikan solat dimasjid berkenaan. Sebelum ini, masjid2 di UK tidak membenarkan mana2 haiwan peliharaan seperti anjing dibawa masuk keperkarangan masjid. Perkara ini menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat islam di UK akan perlaksanaan hukum tersebut.

Nama masjid itu adalah Masjid Bilal Jamia dan Khatri itu adalah buta. Anjing yg dibawanya itu adlah anjing yg terlatih untuk membimbingnya menunjuk arah.

Majlis Syariah UK telah mengeluarkan fatwa bahwa membenarkan anjing yg terlatih memandu arah orang buta dibenarkan memasuki perkarangan masjid. Tapi tidak dibenarkan memasuki dewan solat. Fatwa ini telah dikeluarkan stelah berbincang dgn para pemimpin islam dari persatuan Anjing Penunjuk Arah untuk Orang-Orang Buta.

Dengan fatwa ni, semua anjing dibenarkan masuk keperkarangan masjid seluruh UK dan ternyata menggembirakan persatuan kerana membantu memudahkan orang yg mengalami masalh penglihatan. Bagi mereka, ini adalah tindakan yg cukup besar maknanya dlm membantu golongan tersebut. Dan mereka mengharapkan seluruh dunia melaksanakan perkara yg sama.

Seiringan dengan pelaksanaan fatwa terbabit, semua masjid di UK diharap menyediakan kemudahan tempat khas untuk anjing penunjuk arah berehat dan menunggu tuannya mengerjakan ibadah. Gesaan ini telah dikeluarkan oleh Pengarah Majlis Imam-Imam dan Masjid seluruh UK, Mohammad Shahid Raza.

“kemudahan sperti itu dpt mencerminkan kepada dunia akan sikap islam yg prihatin kepada golongan kurang upaya,” tambahnya lagi.

Khatri pula menunjukkan rasa gembira dan berterima kasih dengan pengeluaran majlis syariat Uk kerana prihatin dengan kesulitan yg dialaminya. Katanya lagi, anjingnya Vargo akan duduk dan berehat tanpa membuat gangguan ketika beliau sedang bersolat.

Itu di UK. Malaysia?

Tiada ulasan: