Rabu, Oktober 15, 2008

HAHAHAHA TAHYUL

Tergelak saya pada hari ini apabila saya belajar sesuatu yang berkaitan kepercayaan yang karut marut diamalkan masyarakat kita dan juga masyarakat moden orang barat. Hai! Orang putih macam orang melayu jugak.

ANTARA KEPERCAYAAN BARAT DAN MELAYU

Saya tertarik dengan apa yang dipaparkan dalam buku teks BI ini. Bila garu belakang tangan kanan alamak murah rezeki. Bila terbaca artikel tu, sya pun terus je menggaru belakang tapak tangan saya. Manalah tau kot2 betul2 murah rezeki. Tuah orang mane lah nak taukan.

Adalah pulak ditulis dalam artikel tu, nampak binatang yang berwarna hitam, alamak tanda nak mati. Tergelak saya lagi. Hahahahahahah…………… betul2 tahyul dan mahyul lah masyrakat barat ye. Tak tau lah masyarakat barat sekarng percaya lagi atau tidak dalam zaman teknologi canggih manggih( bahasa ustazah saya). Sampai orang barat takut pada mati sehingga ada yang orang mendakwa mereka berjaya menemui ramuan untuk tidak mati selamanya iaitu ramuan mati hidup semula. Kononnya, telah diuji keatas tikus makmal dan berjaya!!!!!!!!!

Ramai lah actor Hollywood dan bollywood yang percaya bulat pasal mati hidup semula tu. Tengok betapa ramai yang tidak percaya pada kuasa tuhan yang esa sehingga ada yang sanggup mengeluarkan jutaan us dollar untuk projek ini. Masyaallah,!!!! Di katakana orang yang terlibat adalah brad pitt. Siapa brad pitt 2 tak taulah macam mane rupanya sekarang dan rupa selepas hidup balik seperti yang didakwa oleh sainstis ini. Entah entah macam tengkorak. Hahahahahaha. Tengkorak brad pitt yang berlakon pulakkan….

Kepercayaan melayu pulak kadang2 pelik lagi ajaib. Kadang2 terlibat sekali dengan hantu raye hantu pocong dan sebagainya. Banyak lah filem yang diterbitkan berdasarkan hantu2 ni contohnya, zombie kampong pisang, pontianak harum sundal siang dan sebagainya.

Tak baik main sampai malam takut kene culik dek hantu. Kanak2 yang syok main guli di halaman rumah cepat2 naik kerumah kerana takut dengan hantu. Jangan tengok cermin time magrib, nanti cepat tua muka. Takpe kita tengok lepas isyak ye. Larangan berupa macam ni disampaikan oleh orang tua untuk melarang generasi baru menjaga tingkah laku dan sebagainya. Mungkin mereka hendak ingatkan bahawa budak2 kene sembahyang tu lah yang sampai cerita hantu.

AKIBAT DIASUH SEDEMIKIAN RUPA

Kanak2 yang diasuh sedemikian rupa akan takut kepada benda yang bersifat abstrak yang tidak wujud sama sekali melainkan benda itu merupakan objek khayalan manusia sahaja. Manusia memang suka berimiginasi dengan perkara yang tidak reality, contohnya berkenaan ahli sihir dalam kisah Harry potter. Apabila terlalu melayan perkara yang tidak reality ini sehinggakan perkara tersebut selalu diingati dan terpasak kemas dalam otak manusia yang cukup hebat ini ciptaan tuhan yang maha esa ini. Kanak2 ini akan membesar dengan perasaan takut bukan kepada Allah tetapi takut kepada perkara2 yang tidak wujud sama sekali melainkan itu adalah mainan perasaan sahaja. Begitu mudah pemikiran kanak2 ini dilemahkan oleh anasir jahat yang kita bawa dan pegang sendiri.

Seeloknya kanak2 diawal asuhan diajar tentang kepercayaan tuhan kepada allah. Jangan buat perkara jahat, nanti Allah marah. Nak masuk syurga tak, kalu nak tolong mak buat kerja. Inilah contoh2 yang perlu diajar oleh ibubapa dirumah dan cikgu disekolah. Semoga dengan keberkatan allah yang maha esa, maka terbina generasi baru yang sangat kukuh keimanannya terhadap alla. insyaallah

Tiada ulasan: