Khamis, Januari 31, 2013

Setelah 2 Bulan Kerja

Assalamualaikum wbt. Buat pembaca abanglong.net sekalian.

Maaf dipinta disebabkan sudah lama tidak update blog ini. Sudah dua bulan saya bekerja dengan downloadilmu.com. Banyak pencapaian kecil yang sudah dimiliki sepanjang 2 bulan ini.

Memulakan perkara baru adalah cukup susah. Dia memerlukan perbincangan yang menyeluruh supaya 'timing' dan tahap serapan kerja mampu ditampung oleh si pembuat. Sepanjang berada di download ilmu, saya memulakan hari dengan membuat sedikit laporan semalam. Laporan mengenai sale yang diperolehi dan jumlah wang yang masuk ke dalam download ilmu.

Selain itu, sepanjang masa menjadi customer service kepada sistem yang saya sendiri tidak tahu menahu tentangnya. Sekadar belajar secara On Job Training dalam masa hanya beberapa jam. Malah pernah, saya bertanya kepada pelanggan yang berjaya menyelesaikan sendiri masalah yang dihadapinya, bagaimana beliau menyelesaikan masalah tersebut. Lawakkan.

Saya juga perlu mengetahui akaun keluar masuk duit dalam downloadilmu. Dalam masa beberapa jam sahaja, saya membaca sedikit 'prinsip akaun' dan membuka buku log baru untuk akaun syarikat. Saya mampu membuktikan saya boleh melakukannya.

Pada bulan pertama, memang terasa seronok melakukan semua perkara ini. Masuk bulan kedua, saya sedikit 'bosan' dengan semua kerja-kerja ini. Kadang-kadang, saya terpaksa membaiki mood saya supaya saya mampu menerima aduan daripada pelanggan-pelanggan saya.

Sungguh, mengekalkan momentum diri adalah perkara lebih susah berbanding memulakan kerja. Memulakan semuanya semangat, mengekalkannya semangat semakin menurun.

Doakan agarku boleh mengendalikan semangat kerjaku.

Saya tidak suka orang berkata kepada saya, "bayar gaji tuan sendiri"
Saya lebih menyukai orang berkata kepada saya, " syarikat ini syarikat tuan. Bagaimana rupa syarikat ini, semuanya bergantung kepada tuan. Syarikat untung banyak, pendapatan tuan banyak. Untung syarikat sikit, pendapatan tuan sedikit."

Ayat pertama menyebabkan saya down. Ayat kedua menyebabkan saya bersemangat.

Sesungguhnya, saya dilatih untuk menjadi businessman dan investor. Bukannya makan gaji, dan selamanya makan gaji.

Ku berdoa agar dapat bayar zakat sendiri tahun ini walaupun sekecil zakat fitrah.

Tiada ulasan: