Rabu, November 16, 2011

Tanda Sayang Seorang Pembaca


hai bang??nak kawen yg stok2 mcm ustazah je??sbb blh pandai jage periuk nasi n anak2..nak kapel..nk cari yg blh dibuat maen?sbb blh pegang2?hahhahaha..giler kentang lah fikiran lelaki skrg..so?ape motif tuhan jadikan lelaki kat dunia ni kalau bkn bersifat pembimbing??kalau semua nak taste kawen stok ustazah..yg ta stok ustazah tu sape nak bimbing?entry ni bagus,,,tp isi penyampaiannya tak betul..sy konfius nak label lelaki ni "penyelamat" or "pemusnah" based on entry awk ni..:)sekian komen dr sy. 

Ini komen pertama yang saya dapat daripada seorang sister. Apabila saya menerbitkan artikel berkenaan wanita sebelum ini.



Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada sister yang memberikan komen ini. Pertama kerana memuji artikel ini bagus. Kedua mengkritik saya dari sudut penyampaian. Suatu yang tulus dan terus. Alhamdulilah.

Tujuan saya menerbitkan artikel tersebut untuk menyedarkan suatu perkara iaitu perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Saya nak bagitau bahawa jika anda couple, anda adalah wanita yang jenis pertama. Kerana anda sedang terlibat dengan perhubungan tanpa komitmen.

Anda keluar dengan seorang lelaki yang of course sifat semulajadi lelaki, tidak akan melepaskan peluang untuk berjumpa dengan perempuan. Jika berlaku apa-apa yang berlaku diluar batasan (anda boleh berfikir apa itu luar batasan), perhubungan tanpa komitmen ini akan perkara yang kita dan seluruh ahli masyarakat sedang menentang iaitu kes perzinaan dan buang bayi.

Tujuan yang kedua adalah, saya nak ingatkan diri saya bahawa saya tidak akan menjadi lelaki yang berfikir seperti AM itu. Pada suatu ketika dahulu, saya pernah membaca satu cerpen yang menyatakan pandangan seorang watak lelaki sama seperti AM. Pada ketika itu, pada pandangan naif saya, mustahil bahawa lelaki akan berfikir seperti itu. Tetapi alangkah terkejut saya bahawa pengarang cerpen tersebut menggambarkan pemikiran lelaki zaman sekarang. Ya setelah saya berjumpa lelaki seperti AM.

Lelaki boleh menjadi pembimbing kepada wanita in case lelaki tersebut sudah berkahwin dengan perempuan tersebut. Sebagai contoh, Rasulallah saw. Memang pernah beberapa wanita merujuk kepada rasulallah berkenaan sesuatu perkara, tetapi sebenarnya sangat sedikit berbanding lelaki yang merujuk kepada rasulallah saw. Rasulallah mengajar kepada Aisyah sehingga Aisyah mendapat kefahaman yang penuh sehingga para sahabat lelaki dan perempuan merujuk kepada Aisyah. Solusi untuk perempuan yang jarang merujuk kepada rasulalllah dalam sesuatu hal akan terus merujuk kepada Aisyah.

Pokok pangkal disini adalah yang terbaik untuk menjadi pembimbing kepada wanita juga adalah wanita juga. Kalau anda tidak bersetuju, bermakna anda bersetuju untuk lelaki adalah pilihan utama untuk membimbing wanita. Anda boleh berbincang dengan mana-mana wanita intelektual yang lain berkenaan pandangan anda ini. Silakan.

Jangan berfikir tentang lelaki jika membaca artikel tersebut. Fikirkan jenis perempuan tersebut. Perempuan boleh menarik “pemusnah” atau “penyelamat” kepada mereka. Saya pasti anda bersetuju atas prasa lelaki boleh terpikat dengan perempuan.

lagi satu..tertarik dgn barisan ayat.."brother tu berkepit je dgn tunang dy. sy doakn dy bahagia hingga akhir hayat"..baru tunang bang, bkn sah lagi nak dikepit-kepitkn..yg tu brother tanak cakap? sbb brother knal mereka kn?dan status "pertunangan" mereka tu.cube kalau nmpak sorg laki n sorg perempuan berkepit, tp brother tak kenal mereka..mesti fikiran brother dah lain kat situkn?maaf.cuma memberi pndapat sahajawalau apepun.hanya kita tahu dan nilai sndiri apa yg kita lakukn.wallahualam. 



Saya tertarik dengan komen ini. Komen ini menunjukkan saya sedikit liberal. Saya minta maaf jika berlaku penafsiran yang agak kritikal seperti itu. Saya minta maaf disebabkan saya masih lagi berada di kawasan penulis amatur lagi walaupun sudah hampir 5 tahun menulis artikel. Saya jelaskan.

Disekeliling saya, ramai couple. Kawan sekelas, serumah dan ramai lagi kawan yang lain bercouple. Cuba fikirkan jika saya berjumpa dengan couple yang saya kenal dan bakal kenal dan mengeluarkan ayat seperti:

fahmi: Hei awak berdua. Awak berduakan tahu bahawa couple itu haram disisi islam. Bermakna anda sedang membuat kerja haram dan tidak diredhai oleh Allah. Melakukan perbuatan haram akan masuk neraka. So, baik clash sekarang atau kamu berdua akan dicampak ke dalam api neraka.

Jika saya mengeluarkan kata-kata seperti itu, mungkin saya akan mendapat penampar atau yang kurang sikit adalah kata makian dan cacian. Mungkin akan berkata macam ni:

Awak ingat baik sangat”
Yelah, mentang-mentanglah ko baik. Lepas tu nak jadi ustaz pulak”

dan seumpamanya. Akibat yang lagi teruk adalah persahabatan terputus. Daripada berpeluang menarik kepada kebaikan, terus tak berpeluang langsung.

Saya selalu menggalakkan pasangan couple untuk bertunang dan berkahwin cepat-cepat.

Fahmi: Hei Mawi & Ekin. Bila lagi korang nak bertunang? Ko tau kan mulut orang macam mana. Pot pet pot pet mengumpat kat ko. Bukan apa, aku nak tengok senyuman korang lebih lebar daripada sekarang jika korang kawen nanti. Bolehla aku tangkap memori terindah itu. Kan best tu?

Ini lebih baik. Kan? Tak setuju, tulis cadangan kat komen. Saya alu-alukan.

Perkataan berkepit kat sini adalah merujuk kepada bersama-sama. Bukan merujuk duduk dekat-dekat atau peluk-peluk dikhalayak ramai. “Bersama-sama” merujuk kepada perbuatan yang dilakukan bersama. Apa-apa saje perbuatan yang positif pada pandangan anda.

Sekadar membetulkan beberapa perkara di dalam artikel yang lepas. Hopefully dapat diterima dengan baik. Ini adalah pendapat saya sebagai seorang ahli kepada masyarakat. Moga mendapat pandangan positif daripada sahabat-sahabat yang membaca artikel ini.

Moga semua orang melayu yang beragama islam bersama-sama mengislahkan diri dan orang lain. Sesiapa yang tak mampu untuk bergerak sorang-sorang, bergerak dalam team. Sepertimana ayat wonderpet: what gonna be work? TEAMWORK...


abanglong.net.

Dunia adalah cubaan”

********* IKLAN ******************* ****************************************************

Tiada ulasan: