Khamis, Julai 15, 2010

AKU DAN BOLA


“ Fahmi, hang sokong pasukan mana malam ni?” tanya farid, housemateku

“ erm…. tak sokong mana-mana pasukan.”

“mana boleh macam tu, tak ada pendirian langsung. Kita kena ada pendirian. Macam mana nak buat dakwah kalau macam tu kalau tak ada pendirian.”

Adussss. Dah mula terbit perkataan dakwah dari mulut dia. Yang ini aku lemah ni. Tetapi, aku diam sahaja selepas itu sambil tersenyum mendengar dia berceloteh. Bukan apa, malas nak berhujah dengan orang seperti dia.

Bila teringat balik tentang bola sepak especially piala dunia yang baru berlabuh baru-baru ini, memang aku pelik. Manakan tidak pelik, masyarakat dunia terus dialihkan fokus kepada pasukan mana yang lebih hebat dalam piala dunia dan persoalan siapakah yang berjaya menggondol piala dunia piala dunia. Yang lebih advance lagi, pasukan mana yang menjadi pilihan untuk menjuarai piala dunia. Yang lagi teruk, soalan “ kau nak bertaruh pasukan mana menang malam ni?” lagi teruk……

Aku akui, pasukan pilihan aku adalah brazil dan england. Bagi aku, dua pasukan ini sangat seimbang dari semua sudut padang. Dan selain kedua pasukan ini, aku jarang untuk mengikuti perkembangan pasukan lain. Brazil pasukan yang mengutamakan permainan pantas dan licik sebelum ini. Dan england adalah pasukan yang matang bagiku disebabkan hampir kesemua pemain yang dipilih pernah bermain dalam piala dunia 2006 yang lalu. Ku kira, england sudah matang untuk menghadapi piala dunia kali ini.

Tetapi, dalam piala dunia kali ini, aku mula mengalihkan fokus kepada jerman. Barisan pemain muda yang diketengahkan oleh loew, jurulatih jerman memukau pandangan aku ketika melihat aksi mereka ketika membelasah australia. Tersusun dan sangat agreasif. Susunan di atas padang yang sangat terkawal dan pergerakan yang cantik menjadikan pasukan jerman adalah pilihanku untuk juara piala dunia kali ini.
Kenapa tidak pilihan aku sebelum ini? Brazil dahulu, memang mengutamakan permainan pantas dan licik. Tapi tidak sekarang, dan aku tidak hairan jika mereka kalah kepada belanda. England memang mempunyai pemain yang matang. Tetapi, permainan matang tidak diketengahkan dengan permainan yang kreatif di atas padang. Menyebabkan aku kecewa ketika mereka seri diperingkat kumpulan.

Aku tidak berminat dengan siapa yang menang. Tapi aku berminat dengan skill diatas padang dan juga kekreatifan pemain dalam penghantaran bola serta strategi yang digunapakai oleh sang jurulatih. Malah, aku seronok dengan pasukan asia yang bermain dengan penuh kreatif bagi aku, walaupun korea selatan tidak bermain dengan cara kreatif waktu mereka kalah tempoh hari ( tengok dalam highlight je). Dan sebagai seorang yang berminat dengan kerjaya sebagai seorang manager bola sepak, aku tidak memandang keputusan, tapi aku melihat siapa yang patuh kepada strategi pasukan, pemain penuh dengan skill dan pemain yang mampu menggunakan kekreatifannya untuk mencipta peluang.

Tapi sayang. Aku tidak ingat nama mereka. Kalau tidak, aku sudah telefon alex ferguson untuk dia tumpu kepada pemain yang aku minat dengan mereka. Sori sir alex!!!!!!

Lateral maksima………………………… aku tak suka piala dunia kali ini………….
Pok wan, tolong pos laptop…huhuhuhu…………

Tiada ulasan: