Khamis, Jun 10, 2010

BUAT SAJA LAH!!!!


Pada suatu hari, seorang lelaki tua bersiar-siar di tepi pantai. Ombak bergulung-gulung memukul pantai dihiasi “botol-botol plastic” yang beralun dipukul ombak jugak. Angin yang menderu membawa rasa nyaman kepada lelaki tua ini. Sesekali menyeka hujung rambut panjangnya yang menutup mata. Baginya, pemandangan di pantai pada hari ini sangat mendamaikan.

“ sungguh indah dan damai ciptaan Allah ini” fikirnya.

Dia sedar, andailah diberi peluang untuk mencipta sesuatu yang seperti pantai, mungkin dengan kemampuan akal yang ada tidak mampu untuk berfikir sedetail itu untuk mencipta pantai. Kalaulah dia, mungkin tidak terfikir untuk membuatkan ombak bergulung-gulung seperti itu. Kalaulah dia yang mencipta pntai, mana mungkin dia akan meletakkan begitu banyak warna untuk lautan seperti mana yang berada dihadapannya sekarang ini. Warna biru dan hijau sungguh cantik pada pandangannya sekarang.

Sedang dia asyik melihat pemandangan ditepi pantai sambil memuji keindahan ciptaan Allah itu, dia terpandang seorang budak lelaki. Kelihatan budak lelaki memungut sesuatu daripada pantai tersebut dan melontar “benda” dalam genggaman itu ke laut. Budak itu melakukan perkara tersebut dengan berulang-ulang kali tanpa jemu.

Perbuatan tersebut menarik minat lelaki tua tersebut untuk mendekati budak lelaki tersebut. Semakin mendekat, semakin mengenali apa yang yang dipungut oleh budak lelaki tersebut.

“ Ah, rupanya tapak sulaiman yang terdampar ditepi pantai. Tapi banyaknya!!”

Setelah lama lelaki tua tersebut memerhati, dia mendekati budak itu.

“ wahai anakku. Apa yang cuba kau lakukan?” soal lelaki tua tersebut.

“ wahai pakcik. Saya sedang memberikan balik harapan untuk tapak sulaiman ini hidup disebabkan saya mengetahui bahawa ada sebahagian besar tapak sulaiman ini masih hidup” jawab budak itu.

“ bukan kah tapak sulaiman ini terlampau banyak. Dan pakcik tengok, dengan kudrat kamu seperti ini, kamu tidak mampu untuk melakukan kepada semua tapak sulaiman ini.”

Selepas mendengar kata-kata lelaki tua tersebut, budak itu berpaling dan menyambung kerjanya yang tertangguh sekejap lalu berkata,

“ Saya tahu tujuan pakcik baik dalam menasihati saya dan saya mengetahui tujuan saya adalah baik. Walaupun saya tidak mengetahui adakah cara yang dilakukan ini salah, saya akan tetap melakukan apa yang saya mampu buat kepada tapak sulaiman ini.”



Saya membaca cerita ini ketika saya mengunjungi wad pemulihan pesakit gangguan mental. Entah kenapa, cerita ini sangat menyentuh hati saya sewaktu membacanya. Selepas lawatan tersebut, saya terfikir tentang apa yang ingin disampaikan oleh cerita tersebut. Malah cerita ini diletakkan didalam frame yang sungguh cantik dan digantung di dinding wad tersebut disebelah hasil kraf pesakit wad tersebut.

Lama saya berfikir tentang ini sehinggalah kesibukan melanda menyebabkan saya terlupa. Ingatan kepada cerita ini kembali sewaktu saya melihat pantai di negeri kelahiran saya, Terengganu Darul Iman. Kembali saya berfikir dan terus berfikir tentang cerita ini.

Banyak persoalan yang timbul dibenakku. Kenapa cerita ini datang kepada saya? Kenapa cerita ini digantung di wad tersebut? Apa mesej yang cuba untuk disampaikan? Adakah cerita tersebut cuba untuk mengikis adab dengan orang tua? Antara persoalan yang bermain-main dibenak pemikiran saya.

Saya memutuskan untuk kita melupakan soal adab dahulu. Kita tengok mesej yang ingin disampaikan oleh cerita tersebut. Kita melihat bahawa budak tersebut tetap melakukan apa yang difikirkan betul olehnya dan menolak nasihat yang diberikan oleh orang tua tersebut.

Saya sangat menyukai budak ini kerana dia tahu apa yang dia buat itu betul. Saya kagum dengan pengetahuan budak ini bahawa tapak sulaiman tidak dapat hidup tanpa air. Dan saya kagum dengan pengetahuan itu, budak itu melakukan inisiatif untuk melemparkan tapak sulaiman tersebut ke laut untuk kembali bernafas dihabitatnya yang betul.

Dia tidak peduli sama ada apa yang dilakukan olehnya ini diterima oleh masyarakat atau tidak. Dia tidak peduli sama ada tindakan ini berhasil dengan sempurna atau tidak. Dia juga tidak peduli akan bilangan tapak sulaiman yang bakal dilempar olehnya yang seperti cerita diatas sangat banyak.

Cerita ini diletak sebagai mesej yang ingin disampai kepada masyarakat bahawa pesakit gangguan mental juga adalah manusia yang perlu dikasihani dan disayangi. Petugas-petugas di wad berkenaan adalah peratusan keci yang amat cakna dengan pemulihan pesakit gangguan mental. Mesej yang disampai dalam cerita tersebut juga menggambarkan bahawa jangan pandang serong terhadap pesakit ini.

Saya memerhatikan barangan kraf yang mereka hasilkan. Kalau tidak memandangnya dengan mata kepala sendiri, sudah tentu tidak mempercayai kraf tersebut buatan mereka. Sangat cantik bagi saya. Walau tidak sehebat orang seni, mereka lebih baik dan lebih cantik daripada yang dihasilkan oleh saya sendiri.

Bantulah sesiapa yang memerlukan. Dan jangan memandang serong terhadap orang yang cuba untuk membantu mereka ini. Saya rasa ini mesej yang ingin disampaikan orang diwad tersebut.

Tapi ada satu mesej yang ingin disampaikan khusus untuk saya.
Jangan fikir terlampau banyak. BUAT SAJA LAH.

Lateral Maksima...... baik! buat saja..............

Tiada ulasan: