Sabtu, November 21, 2009

RESENSI: BELAJAR DARI 2 UMAR


Assalamualaikum wbt.

Hari ini, saya cuba untuk memperkenalkan sedikit bahan bacaan yang baru sahaja saya habiskan dalam suasana hujan lebat dan kesejukan (suasana yang amat sesuai untuk tidur).

Buku yang baru sahaja saya habiskan adalah “Belajar Dari Dua Umar” karangan Hepi Andi Bastoni(terima kasih kepada muzamil kerana meminjamkan saya buku ini). Buku ini memaparkan sirah nabi dan cerita para sahabat rasulullah. Beberapa rujukan yang digunakan oleh penulis untuk buku ini tapi antara yang sempat disemak adalah daripada kitab Rahiqul Makhtum karangan Sheikh Syafiyur Rahman Al-Mubarakfuri.

Ada beberapa perkara yang menarik tentang diri penulis iaitu dia diasuh oleh atuk dan keluarganya untuk membaca buku terutama dalam bab sirah dan sejarah para sahabat. Asuhan seperti ini lah yang menyebabkan penulis buku ini amat dekat dengan sirah dan sejarah para sahabat dan khalifah.

Saya akan kupas point2 yang berada didalam setiap chapter. Dalam buku ini terdapat 26 chapter yang mempunyai objektif yang berlainan antara satu sama lain. Tajuk buku adalah salah satu tajuk chapter dalam buku ini. Hampir kesemua chapter menceritakan tentang sirah Rasulullah.

Antara tajuk chapter dan point yang terkandung adalaha:

1. Antara usaha dan pertolongan Allah
 Usaha yang paling maksima + pertolongan Allah = kejayaan. Point disini, kita memerlukan usaha ditahap tertinggi untuk mencapai sesuatu. Dengan usaha kita semoga bersama perancangan Allah itu melahirkan kejayaan. Tapi jika gagal, tentu ada hikmah disebalik tirai perancangan Allah.
 Dalam chapter ini, diceritakan tentang hijrah Rasulullah. Dengan usaha dalam bentuk strategi yang pelbagai, risikan oleh beberapa sahabat untuk pergerakan para pemburu nabi ditambah dengan pertolongan Allah, maka hijrah yang menjadi matlamat akhirnya berjaya.
 Dalil alquran adalah surah muhammad:7

2. Bersedia sebelum musuh bersatu
 4 golongan yang membenci islam ketika diawal penubuhan Madinah Al-Munawwarah: musyrikin mekah, kabilah disekeliling madinah, munafik, dan yahudi yang dengki dengan muslimin.
 Dalam bab ini, diceritakan bagaimana cara yang diambil oleh Rasulullah dan para sahabat untuk mencegah sebelum berkembang.

3. Kenyangkan perut rakyat.
 Utbah bin Farqad, gabenor Azerbaijan dihidangkan dengan makanan habish. Kemudian dia cuba untuk mengembirakan Umar Al-Khatab dengan memberikan makanan tersebut. Sebelum menerima hidangan terbabit, Umar al-khatab bertanya, adakah makanan ini dimakan oleh orang kebanyakan? Selepas diketahui bahawa makanan itu bukan untuk orang kebanyakan, lalu berpesan, kenyangkan perut rakyat dahulu sebelum perut kamu kenyang.
 Pemimpin umpama pengembala- hadis dan juga nasihat Hasan Al-Basri kpd Umar Abdul Aziz.

4. Menentukan sikap sebelum Perang Uhud.
 Keputusan harus serasi dengan situasi, keadaan dan keperluan.
 Keputusan yang diambil mestilah berkesan dan membawa mudharat yang paling kecil. Ini memerlukan pemahaman syariat islam dan juga faham realiti semasa.
 Tetaplah pada keputusan yang dicapai oleh ramai orang walaupun akibatnya mungkin buruk.
 Keputusan syura bukan segalanya.

5. Piawaian menangani perbezaan
 Menerima pendapat sahabat dengan baik
 Menguruskan perbezaan pendapat dengan baik tanpa ada sengketa.

6. Hidupkan semangat anti kezaliman.
7. Jangan jadi pengecut-kisah perang Badar
8. Belajarlah berdoa daripada Nabi:
 Al-A’raf:23 / Hud:45 / Al- Ankabut:30 / Ibrahim:30 / Maryam:4 / Yusuf:18 / Yusuf:101 / Al- Qasas:21 / Al- Anbiya’:87

9. Bersama membina kekuatan
 Menggunakan idea nasionalism agar umat islam dapat bekerjasama dengan yahudi untuk pertahankan Madinah.

10. Gendang perang sudah ditabuh.
 Mengambil kisah pertukaran kiblat sebagai objektif pertama peperangan pada waktu sebelum kewafatan nabi.
 Menjadi satu petanda dan pengisytiharan oleh Allah supaya berlainan dengan kaum-kaum dan agama lain.

11. Mencari pendukung diantara musuh..
12. Membuat musuh pasif.
13. Mendamba hakim yang adil.
14. Cerdas dalam berdakwah.
15. Bersatu melawan fitnah. – kisah Bani Nadhir.
16. Menutup ruang kepada Musuh. – kisah kaab bin asyraf dan ketegasan Rasulullah.
17. Membumikan cita-cita. – kisah cita-cita kaum muslimin untuk menakluk Romawi, Parsi dan Yaman.
18. Belajar dari dua Umar. – kisah zuhud Umar dan kisah Umar mengutamakan rakyat berbanding dirinya.
19. Berdakwah ditengah badai Islam.- kisah ketika umat islam dilanda Fitnah sebelum perang Khandak berlaku.
20. Menebar ketenangan meraih simpati.
 Kisah Amr bin Ash yang tidak menutup khemah kerana burung bersarang diatas khemahnya.

21. Memerangi kemiskinan
 Bahaya kemiskinan kerana disebabkan kewangan mendesak, jenayah dilakukan.

22. Berwaspada dengan pakatan kafir.
23. Kearah berdikari. – kisah keberanian kaum muslimin menyerang Romawi.
24. Tradisi tuntut ilmu – kisah Imam Malik dengan Khalifah Harun Ar-Rasyid.
25. Hilangkan dengki, satukan suara. – kisah Abu Bakar diangkat menjadi khalifah.
26. Kekuasaan itu harus diraih.

Begitulah sedikit sebanyak ringkasan daripada buku ini. Moga sahabt sekalian membaca buku ini bagi sesiapa yang belum membacanya kerana buku penuh dengan Sirah tauladan untuk semua. Inilah Nasihat untuk diriku dan kamu.

Lateral Maksima........... suka buku ni..........

Tiada ulasan: