Rabu, Januari 14, 2009

umat islam sekarang

Islam di puncak. Itu yg mesti kita semua kene faham dan imani. Dan jalan yg ditempuh untuk meletak islam di puncak itulah mendapat pahala.

Apabila kerajaan khalifah turki uthmaniah dijatuh pada tahun 1942, perjuangan untuk menaikkan tampuk dan acuan kepimpinan islam menjadi wajib kepada semua umat islam. tidak kira bangsa apa dan status apa disisi manusia, semua orang mengakui orang islam wajib mengembalikan segala2

Pelik lagi hairan. Apabila isu2 agama seperti hudud dimainkan ketika pilihanraya kecil kuala terengganu. Inilah akibatnya idea sekularisme smkin kuat mencengkam bukan pemikiran rakyat malahan juga golongan cerdik pandai agama sekarang. Telah dijelaskan dlam Al quran bahwa hudud dan qisas adalah wajib. Maka telah tanggungjawab para pemerintah yg mengakui agama islam adalah agama mereka. Adakah mereka memandang agama ini adlah solat, pose dan korban je ke?

Pelik dan hairan. Macam mane mereka mempertikai undi untuk islam itu tidak mendapat pahala. Yg membuat kenyataan seumpama itu pun orang yg dianggap ustaz dan alim dalam bidang agama teori bukan praktikal. Sebenarnya pahala dan dosa ini adalah kerja Yg Maha Agung. Macam mane mereka boleh mempertikaikan tentang sesuatu yg menjadi kerja tuhan dan tuhan yg Mulia telah menjanji kepada hambanya, kepada sesiapa yg berjuang untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini maka dijanjinya pahala yg berlipat kali ganda. Adkah orang yg mengundi itu mendapat pahala, itu bergantung kepada niat sang pengundi nanti. Adkah mereka mengundi untuk islam dan ingin melihat agama islam tidak tercabar bukan seperti sekarang yg islam dicanang dengan pelbagai imej yg tidak elok.

Aku merasakan korang semua dah mempunyai otak dan akal yg waras lagi sihat yg dikurniakan oleh Allah untuk berfikir dengan lebih rasional tentang sesuatu perkara. Sering kali mereka mengakui bahawa diri mereka berada dlam pihak yg benar. Dan tidak kurang juga mereka telah mengatakan pihak yg satu lagi salah dan tak relevan dan sebgainya. Aku rasa, kita perlu muhasabah balik adakah jalan perjuangan kita ini adlah jalan untuk islam atau untuk kepentingan bangsa semata2? Allahu akbar!!!!!!!!

Tiada ulasan: