Khamis, Julai 07, 2011

Nak Kaya Tak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulilah, sebelum ini fahmi telah bawak para pembaca sekalian berkenaan sebab untuk menjadi kaya. Sila klik disini.

 Kemudian fahmi mintak untuk pembaca baca dulu artikel mengenai jenis-jenis kekayaan yang terdapat didunia ini. Apa yang patut ada pada seorang Muslim yang Kaya adalah kesemua kekayaan tersebut sepertimana yang diberikan contoh oleh Nabi, Rasul dan para sahabat. Sila klik disini.

Saya berharap pembaca blog fahmi ini boleh menjawab dengan penuh keikhlasan tentang persoalan-persoalan yang fahmi ajukan sebelum ini. Sekarang kita pergi kepada persoalan yang seterusnya.


 Nak kaya tak?Bagaimana?

 Alhamdulilah, saya terjumpa jawapan tentang kunci kekayaan didalam buku Chef Li, “Jalan Menuju Kekayaan”. Buku ini sesuai dibaca selepas anda membaca buku “menjejaki Jutawan senyap”. Terima kasih kepada mentor saya kerana memberi pinjam buku ini kepada saya. Berikut adalah bagaimana cara untuk menjadi kaya. Jom sama-sama baca.

Cara pertama: Pastikan kita ada sesuatu yang orang nak daripada kita.

Kebanyakan orang, dapat je gaji, terus beli itu ini sehingga habis gaji untuk bulan tersebut. Istilah yang biasa guna adalah “pokai”. Nak kena ikat perut sebab hujung bulan lambat lagi. Itu namanya “menuju jalan kemiskinan”. Sebab semuanya keluar untuk mengkayakan orang lain. Kayakan nestle sebab beli MILO daripada dia. Kayakan Petronas sebab beli minyak daripada dia. Kayakan Felda sebab beli SAJI. Kayakan Kingston sebab beli RAM Kingston. Kayakan Faiza sebab beli beras. So, duit gaji kita adalah untuk mengkayakan orang lain.

Kena ada barang untuk jual. Tak dapat barang, jual perkhidmatan. Contoh macam pakcik saya, jual perkhidmatan baiki computer. Kebiasaan, dua perkara ini sahaja yang dijual di dunia. Tak barang fizikal, seperti laptop atau barang maya seperti software. Bill Gate kaya dengan Microsoft. Apa barang yang anda boleh kayakan diri sendiri?

Cara Kedua: Simpan duit.

Koh koh koh#$%&#@. Terbatuk dengar perkataan  simpan duit. Tak apa, fahmi tahu simpan duit ni perkara yang paling sukar didunia. Tapi hakikatnya, boleh kaya dengan simpan duit. Simpan RM100 sebulan pada hari ini. Dan lihat lah 40 tahun lagi, anda akan jadi jutawan. Pengiraan ini adalah untuk mereka-mereka yang menyimpan di tabung haji yang memberikan kadar faedah sebanyak  8-13%.

1 Juta!! Siapa nak? Kalau nak, simpan RM100 sekarang dekat mana-mana bank, dan tunggu sehingga anda jadi jutawan. Lambat? Itu salah satu cara yang paling selamat untuk kaya. Nak cepat sikit, simpan dalam bentuk emas. Tiap-tiap bulan kena simpan 1gram emas. Dan anda kaya lebih cepat sebab nilai emas makin naik. =)

Cara Ketiga: Melabur

Melabur adalah perkara yang lebih cepat daripada menyimpan. Ramai orang mengakui termasuklah mentor saya. Hahaha. Kenapa? Sebab duit anda boleh beranak.

Kita kena menternak duit. Daripada sikit kita gandakan melalui pelaburan. Pelaburan yang terbaik adalah dalam perniagaan sendiri. Tambah cawangan, atau tambahan kebersanan dengan membeli mesin dan sebagainya. Tambah dana untuk majukan lagi bisnes sendiri. Itulah pelaburan terbaik.

Pelaburan itu adalah pelaburan jenis risiko sederhana. Pelaburan ada 2 bahagian iaitu risiko sederhana dan risiko tinggi

Pelaburan berisiko sederhana seperti cadangan diatas. Dalam perniagaan sendiri ataupun unit trust a.k.a amanah saham. Banyak amanah saham kat Malaysia contohnya Maybank, Public Mutual, CIMB mutual, ASB, ASN dan sebagainya. Pilih yang syariati dan sunnati. Anda akan bahagia. Kenapa risiko sederhana, sebab tahap kerugian adalah rendah. Tetapi pulangannya pun sederhana ataupun rendah.

Pelaburan berisiko tinggi adalah pelaburan dengan nilai yang besar (sekurang-kurang RM2000). Duit dilaburkan ditempat-tempat pengumpulan pasaran saham seperti Indeks Komposit dan sebagainya. Pelaburan bergantung kepada nilai saham yang pada satu-satu masa. Kenapa risiko tinggi? Sebab risiko untuk nilai saham jatuh menjunam adalah sangat tinggi tetapi pulangannya pun tinggi. Ada orang yang kaya dengan cepat disebabkan permainan saham.

Pelaburan berisiko tinggi boleh menjadi berisiko rendah JIKA anda tahu kemahiran melabur yang selamat. Amaran keras daripada pihak penganjur, jangan memandai masuk pasaran saham jika anda tidak mempunyai ilmu untuk melabur. Seperti Mentor saham saya cakap, saham ni macam main monopoli. Cuma duitnya adalah duit betul punya. Best tak?

Kemudian, cara yang seterusnya adalah................................

Maaf, saluran televisyen tergendala sebentar. Kita berjumpa lagi dilain artikel...


Lateral maksima........... spoil lah. Tak pe, next artikel saya habiskan...........................

********* IKLAN *******************
 Saya ingin membantu anda dan ahli keluarga anda daripada beban penyakit. Tolong saya berikan maklumat tentang anda dan mereka yang memerlukan di alamat ini. http://sihatceria.weebly.com

Tiada ulasan: