Rabu, Julai 06, 2011

Rahsia untuk Menjadi Kaya



Saya ingin kongsikan dengan pembaca semua rahsia kekayaan. Ramai orang mengadu kerana tidak Nampak jalan untuk menjadi kaya. Buntu kerana tidak dapat jalan penyelesaian terutamanya apabila melibatkan masalah hidup yang meruncing. Baiklah, kat sini, saya akan berkongsi dengan reader semua berkenaan rahsia kekayaan. Rahsia ini saya kutip daripada bos saya dan bos saya kutip daripada mentor dia. So, kita sama-samalah kita amalkan.


Pertama: Mintak dengan orang atasan

Siapa ni orang atasan? Orang atasan adalah yang mencipta kita semua. Itulah orang atasan. Mintak dengan DIA bahawa kita hendak melakukan bisnes, dan mohon agar dilapangkan rezeki dan diberkati rezeki kita. Perhubungan dengan orang atasan juga mesti baik agar nikmat yang dikurnia boleh kita syukuri dengan baik.

Antara amalan-amalan yang baik untuk kita amalkan adalah membaca al-mathurat dan juga solat Dhuha. Selain itu, amalkan dan hayati maksud ayat 1000 dinar. Ayat ni perlu dibaca dan dihayati maksudnya bukan hanya diframe dan digantung di kedai masing-masing!!

Kekuatan perlu untuk bisnes yang mampan. Bisnes mampan tidak hanya dapat dengan mendengar motivasi pagi oleh Irfan Khairi ataupun Dato Dr Fadzilah Kamsah sahaja, tetapi kekuatan itu lahir daripada kecintaan kita pada Sang Maha Pencipta dan sifat kesyukuran akan nikmat-nikmatNYA.

Dan juga, didalam bisnes perlu untuk menjaga syariati dan juga sunnati. Apa itu syariati dan apa itu sunnati.

Syariati adalah suatu ketetapan hokum berasaskan dalil daripada AQ dan hadis, dimana ketetapan-ketetapan ini akan mensejahterakan peniaga dan juga pembeli. Barang-barang yang dijual mestilah halal lagi baik kepada pembeli. Perkara-perkara yang diragukan mestilah dielakkan.

Sunnati adalah sains. Itulah yang boleh saya simpulkan dengan sunnati. Sunnati bermaksud bahawa segala apa yang diciptakan oleh Tuhan mempunyai fungsi yang tersendiri dan wajib kepada manusia untuk mengikut fungsi tersebut. Itulah peranan sains iaitu mengkaji segala ciptaan tuhan. Contohnya, campuran manggis, Aloe Vera dan Teh hijau telah diuji boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Maka vemma boleh terhasil daripada kajian ini. Itulah maksud sunnati

Kedua: Mintak dengan orang DALAM

Orang DALAM ni siapa pulak? Itulah orang dalam diri kita sendiri. Tanya diri kita sendiri, macam mana aku boleh jadi  kaya?

Diri sendiri mempunyai kesesuaian yang tersendiri. Contoh, ada orang yang tidak tahu bersosial tetapi minat untuk mengajar. Dia boleh menjadi seorang penulis. Ada setengah, dia tidak pandai untuk membuat kerja-kerja teknikal, tetapi dia boleh bersosial, mungkin bisnes direct selling sesuai untuk dia.

Bisnes perlukan kesesuaian. Ya, suitable. Tanya diri sendiri berkenaan bisnes yang kita akan buat. Sesuai atau tidak.?

Tak tahu nak tentukan? Bersolatlah dan bermeditasilah untuk mengenal diri sendiri.

Setakat ni hanya dua yang ingin berkongsi. Boleh amalkan rahsia ini dan sebarkanlah kepada orang lain.

Lateral maksima............. dah tahu bisnes apa yg sesuai untuk aku.............................

********* IKLAN **************************
Saya ingin membantu anda dan ahli keluarga anda daripada beban penyakit. Tolong saya berikan maklumat tentang anda dan mereka yang memerlukan di alamat ini. http://sihatceria.weebly.com

Tiada ulasan: