Sabtu, Julai 30, 2011

Saya Tak Benci MLM


Bila disebut MLM (multi level marketing) ramai orang alergik pabila mendengarnya. Saya secara tidak menyokong MLM tetapi saya menyokong bisnes yang berasaskan network marketing.

Apa beza MLM dan juga network marketing? Keduanya berbeza dari sudut maknanya yang tersendiri. MLM boleh disebut sebagai system pyramid dimana system sebigini membayar ahlinya mengikut level yang mereka berada disekarang. Bermakna, orang yang paling atas dalam suatu MLM adalah orang yang paling kaya dalam organisasi tersebut.

Berbeza dengan network bisnes, ataupun dalam bahasa melayunya dipanggil bisnes rangkaian. Berbeza dengan MLM, bisnes rangkaian membayar ahlinya bukan pada level yang mereka duduki, tetapi pada bonus-bonus lain yang tidak ada sangkut paut dengan level yang mereka duduki.


KENAPA SAYA MEMILIH VEMMA BISNES BERBANDING YANG LAIN?

Ada seorang sahabat menelefon saya dengan mempromosi Score A. Bagi saya dia mempunyai sifat yang hebat untuk membina empayarnya sendiri. Kalau dia membaca artikel ini, selamat maju jaya saya ucapkan. Dan terima kasih kerana mempromosi score A.

Vemma ini adalah jus kesihatan yang menawarkan peningkatan terhadap system imunisasi badan, menyahkan toksik dan pembaikian sel-sel yang rosak yang berpotensi menjadi kanser dan penyakit-penyakit lain. Alhamdulilah, walaupun VEMMA tidak membenarkan dakwaan bahawa VEMMA ini boleh menyembuhkan orang, tetapi saya tetap mengatakan bahawa VEMMA boleh sembuhkan pesakit dengan caranya tersendiri. Bukti didepan mata.

Saya tidak suka kepada syarikat yang menawarkan produk yang tak berkualiti, tetapi harganya mahal. Menawarkan pembelian sekali seumur hidup dan perlu mencari orang lain yang sanggup untuk membayar dengan harga yang sama. Maknanya, tiada repeat sales, dan inilah bisnes yang paling tidak minat.

Saya suka dengan bisnes VEMMA disebabkan spill-over dimana spillover ini adalah ahli vemma yang didaftar dibawah orang yang paling bawah dalam sesebuah bisnes. Bermakna saya tak perlu membantu ramai orang sangat disebaban semua membantu untuk mengembangkan network kita. Saling bantu-membantu. Hahaha

Dalam artikel baru-baru ini, saya agak menghentam  MLM iaitu dengan perkataan ‘ masuk lalu mati”. Baik, cuba tanya orang disekeliling kita tentang MLM. Jawapannya tak lain dan tak bukan ialah TAK NAK atau jawapan yang negetif. Kenapa? Disebabkan MLM telah dirosak oleh tangan-tangan yang nak untung cepat. Mereka menawarkan bayaran lain yang tidak diminta oleh pihak syarikat.

Pelopor awal atau lebih dikenali sebagai leader membentuk system yang berlainan seperti meminta bayaran tertentu untuk mendaftar sedangkan pendaftaran menjadi ahli adalah percuma oleh sesetengah Syarikat. ROSAK  syarikat tersebut akibat daripada manipulasi sebegini.

Kadang-kadang, ada orang yang melabur sehingga beribu-ribu ringgit disebabkan termakan janji manis yang ditaburkan oleh orang yang mempromosi. Akhirnya, mereka menjadi mangsa akibat daripada perbuatan, “lepas janji tiada follow up”. Sampai hari ini, saya masih boleh bertahan dengan cara yang agak konvensional dengan tidak menawarkan apa-apa yang overclaim dalam VEMMA.

VEMMA adalah untuk orang yang tidak terlampau mengejar duit. VEMMA adalah untuk orang yang ingin membantu orang lain sihat kembali. Ini falsafah vemma yang ingin disampaikan kepada orang ramai diluar sana. VEMMA juga adalah untuk orang yang ingin mendapatkan pasif income daripada internet.

Sebab itu saya tidak membenci MLM sangat. Tetapi sekadar tidak suka dengan beberapa perkara yang melibatkan etika pemasaran dan berniaga. Dan saya juga cuba untuk membetulkan perspektif orang ramai terhadap bisnes MLM yang dinamakan Robert T. Kyosaki sebagai “bisnes alaf ke 21”.

Dimalaysia, kita sebut Network Marketing, orang akan anggap itu MLM. Walaupun Network Marketing adalah berlainan, tetapi dianggap sama oleh orang kebanyakan. Maka saya ingin sekali untuk membetulkan keadaan MLM di Malaysia yang dianggap sebagai “Bisnes Janji Kosong”.

Kepada pengiat bisnes MLM diluar sana, saya ingin menegur anda. Jangan Janji Kosong. Orang menghargai anda disebabkan oleh NiLAI yang anda berikan kepada orang lain. Setiap janji kosong yang anda berikan kepada orang lain itu, kalau tidak dituntut oleh downline anda, maka akan dituntut  oleh mereka juga diakhirat nanti. INGAT TU!!

Dan dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada pembaca blog fahmi sekalian. Diharapkan, segala tulisan yang saya sampaikan dalam tintamenulis.blogspot.com ini, memberi manafaat kepada anda semua. Jaga-jaga dengan pemakanan anda kerana setiap penyakit datang daripada perut (hadis).

Lateral maksima............. jangan lupa solat terawikh ye........................... 

********* IKLAN *******************

Tiada ulasan: