Isnin, Julai 11, 2011

Siapa kita untuk kaya.....


Assalamualaikum dan salam sejahtera.......

Siapa anda dalam bisnes?

Ramai orang tidak mengenali diri sendiri ketika mereka mengejar kekayaan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kesemua orang kaya didunia adalah mereka yang KENAL DIRI MEREKA SENDIRI


Tanya dalam hati anda sendiri. Siapa sebenar diri kita?

Ketika kita berada didalam perut emak kita, dan k etika dihembuskan roh ke dalam jasad. Telah Allah tentukan kepada kita 3 perkara iaitu
  • Mati kita, bagaimana dan bila?.
  • Jodoh kita, siapa dan bila?
  • Rezeki kita, bagaimana?


Saya terus fokuskan kepada rezeki. Sebenarnya Allah telah tetapkan jalan kepada kita untuk menjadi kaya. Bergantung kepada kita bagaimana kita hendak mencapai kekayaan.

Saya sering percaya kepada satu falsafah. Dalam setiap diri manusia, ada penciptanya. Bermakna, Allah telah tetapkan kepada kita jalan menuju kekayaan kita sendiri.

Siapa diri kita? Apa kelebihan kita dan apa kelemahan kita? Tanya hati kita sendiri, bagaimana aku hendak kaya?

Semua jawapan itu bergantung kepada diri sendiri. Jika anda buntu, Tanya orang ATASAN anda. Maka orang ATASAN akan beritahu orang DALAM. ANDA tentukan bagaimana anda boleh menjadi kaya.

Setakat ini lontaran idea saya. Yang paling penting adalah siapa diri kita untuk menjadi kaya?

Lateral maksima......... misi 100 orang jutawan muslim.............


********* IKLAN ***********************
Saya ingin membantu anda dan ahli keluarga anda daripada beban penyakit. Tolong saya berikan maklumat tentang anda dan mereka yang memerlukan di alamat ini. http://sihatceria.weebly.com

Tiada ulasan: