Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rasulullah mengajar kita berniaga dengan sirahnya. Apa yang nabi kita ajar dalam berniaga?
LAW OF ATTRACTION
Tak ramai yang sedar akan perkara ini diajar oleh rasulullah. Apa daya tarikan rasulullah? Visi, peluang, produk dan etika.
Apabila rasulullah membawa barang jualan Siti Khadijah r.a ke Syam (Syria), baginda berjaya membawa pulang keuntungan yang berlipat kali ganda. Jika kita rujuk kepada buku-buku teks sekolah rendah dan menengah, maka kita akan terbaca tentang sebab utama nabi berjaya membawa keuntungan berlipat kali ganda disebabkan oleh AKHLAK rasulullah.
Tidak dapat dinafikan bahawa AKHLAK membawa peranan yang lebih besar dalam mana-mana marketing bisnes atau dalam bahasa biasa adalah ETIKA. Malah, jika kamu berkesempatan pergi ke perpustakaan Universiti Malaya, banyak orang diluar sana telah menulis tentang ETIKA perniagaan. Maka disini, saya tegaskan, ETIKA membawa peranan dalam pemasaran tetapi bukan sebab utama.
Bukan bermakna saya ingin kamu membuang AKHLAK, malah saya galakkan kamu mengamalkan AKHLAK yang disyorkan oleh nabi kita. Tidak menipu dalam berniaga dan sebagainya, sesuatu yang baik yang diajar oleh Nabi kita sendiri.
Antara tarikan lain nabi adalah barang jualan yang TERBAIK. Saya cukup menekankan barang jualan yang terbaik disebabkan inilah kemahuan pelanggan kita. Mereka hendak barangan yang berkualiti dan mendapat jaminan pulangan jika barang rosak. Kredibiliti kita akan jatuh jika kita menjual barang rosak atau kualiti yang rendah.
Antara sifat nabi yang boleh kita ikuti adalah, nabi memilih yang terbaik. Maksudnya, apa, siapa, bagaimana, dimana, dan mengapa yang nabi pilih adalah yang terbaik. Sebab itu, nabi memilih barangan Siti Khadijah disebabkan nabi kita sudah mengetahui bahawa barangan Siti Khadijah ini adalah barangan yang terbaik yang membolehkan pelanggan berpuas hati.
Kalau boleh saya ingin memilih yang terbaik pada anggapan saya. Saya geram dengan sesetengah syarikat yang menjual barang yang tak tahu apa fungsinya. Terutamanya yang melibatkan mistik seperti bomoh dan sebagainya. Tidak ada kajian saintifik yang membenarkan perkara ini berlaku. Hanya kepercayaan terhadap sipelaku iaitu bomoh.
Begitu juga penggunaan sunnah dalam bisnes. Dalam perkara ini, saya tak mahu komen tetapi kamu boleh membaca di majalah Al-Islam keluaran April 2011 mengenai Manipulasi Sunah Dalam Bisnes.
Nabi juga berjual beli dengan menawarkan peluang. Peluang? Ya peluang. Peluang untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda seperti nabi. Perlu diingat bahawa nabi berniaga untuk berdakwah. Bermakna, nabi berniaga produknya dan juga ISLAM! Wow!
Sesetengah orang, dia tidak tertarik dengan barangan si penjual tetapi dia tertarik dengan peluang menjadi seperti si penjual. Saya tak nak bagi hadis nabi ( sebab saya tak tahu) tapi saya nak anda semua bayangkan anda berada di zaman rasulullah dan berjumpa dengan rasulullah ketika berniaga dan kita juga berniaga. Apa yang anda akan kata ketika berjumpa dengan rasulullah? “Aku inign menjadi seperti dia, bagaimana dia boleh kaut keuntungan besar?”
Mesti anda berkata begitu kan?
Nabi membuka peluang untuk menjadi seperti dia, caranya dengan islam. Nabikan kata aisyah r.anh adalah alquran yang bergerak. Maka segala sifat santun dan akhlak nabi adalah cerminan daripada alquran. Kalau ada orang yang berjaya dalam bisnes, apa yang anda inginkan daripada dia. Jawapannya adalah tunjuk ajar bukan. So, nabi sediakan peluang untuk orang lain menjadi seperti baginda. Itulah peluang namanya.
Nabi juga berkongsi visi dengan orang lain. Inilah tarikan nabi. Sesetengah orang, mempunyai pekerjaan yang berlainan tetapi mempunyai visi yang sama. Inilah tarikan nabi kita. Orang seperti Khalid Al-Walid dan sebagainya mampu tertarik dengan visi nabi untuk menyebarkan islam yang syumul ke seluruh dunia. Nabi adalah bersifat seperti itu.
Seorang pemimpin mempunyai satu perasaan untuk berkongsi idea dan pandangan dengan orang disekeliling mereka. Mereka juga berkongsi visi mereka untuk bersama-sama orang disekeliling mereka untuk berjaya. Nak berjaya dalam setiap bidang? Sebarkan visi anda kepada orang lain dan bertindak.
Itulah daya tarikan nabi kepada pada zaman baginda. Cuba bayangkan anda hidup pada zaman nabi. Anda akan tertarik dengan sifat nabi dan akhlak nabi yang begitu. itulah ajaran rasulullah untuk diikuti oleh ummatnya. Umatnya adalah yang terbaik dengan agama. Nak daya tarikan dalam bisnes, belajar dengan nabi. Peace!!!!
Lateral maksima.......... ada orang nak reka header kita lah. Thanx a lot for her..................
********* IKLAN *******************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan