Sabtu, Julai 30, 2011

Saya Tak Benci MLM


Bila disebut MLM (multi level marketing) ramai orang alergik pabila mendengarnya. Saya secara tidak menyokong MLM tetapi saya menyokong bisnes yang berasaskan network marketing.

Apa beza MLM dan juga network marketing? Keduanya berbeza dari sudut maknanya yang tersendiri. MLM boleh disebut sebagai system pyramid dimana system sebigini membayar ahlinya mengikut level yang mereka berada disekarang. Bermakna, orang yang paling atas dalam suatu MLM adalah orang yang paling kaya dalam organisasi tersebut.

Berbeza dengan network bisnes, ataupun dalam bahasa melayunya dipanggil bisnes rangkaian. Berbeza dengan MLM, bisnes rangkaian membayar ahlinya bukan pada level yang mereka duduki, tetapi pada bonus-bonus lain yang tidak ada sangkut paut dengan level yang mereka duduki.

Khamis, Julai 28, 2011

Idea Bisnes Pelajar

Salam sejahtera semua pembaca sekalian.

Hari ini, alhamdulilah, ada orang nak membuat header blog untuk saya. Wah sukenye.... Sebenarnya, saya tak puas hati sebenarnya dengan header diatas. Maklumlah, header buat sendiri guna perisian online. Huhuhu. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada Nurafiera kerana design cardname yang cool ni. Nak tengok? Ha nah...


Bab design mendesign ni saya kurang sikit. Bagi idea boleh lah. Tapi nak design ni teruk lah sikit.

Ok. Saya nak bercerita sikit tentang memulakan sebuah perniagaan. Saya tak nak cerita tentang teknikal memulakan bisnes ( yang tu tuan-tuan boleh tanya pakcik Google), tetapi saya nak berikan beberapa idea untuk bisnes terutama sekali yang boleh dilakukan oleh pelajar.

Selasa, Julai 26, 2011

Wordless Wednesday #1


Terima kasih kepada Fie sebab design kad bisnes untuk saya.. wuhaaaa....

lateral maksima........ getting serious after this.....................
********* IKLAN *******************

Isnin, Julai 25, 2011

Ajaran Allah dalam berniaga.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasulullah mengajar kita berniaga dengan sirahnya. Apa yang nabi kita ajar dalam berniaga?

LAW OF ATTRACTION

Khamis, Julai 21, 2011

#Spontanaus Thursday#1

Hari ini hari khamis. Nak join segmen #Spontanous Thursday# lah.

Ini pertama kali saya nak join. Ayat pertama yang terfikir dalam kepala saya adalah:

BUAT SESUATU PERKARA WAJIB TERBAIK

 Lateral Maksima........ dah jumpa jalan nak minum free VeMMA.......
********* IKLAN *******************

Rabu, Julai 20, 2011

Rangkuman Tokoh: Memberilah


Menyingkap setahun lagi perjalanan hidup seorang bernama ahmad fahmi bin latif a.k.a abang long. Banyak yang beliau belajar dalam hidup. Peralihan peranan dan mentality daripada seorang student kepada pro-Usahawan. Peralihan daripada seorang pemimpin badan-badan pelajar kepada pemimpin masa depan sebuah syarikat!!

Kurang 24jam daripada sambutan kelahiran beliau, berita kematian MP Titiwangsa tersebar. Dr Lo’ Lo’ sudah sinonim dengan dunia politik tanah air. Tetapi beliau menghormati Dr Lo’ Lo’ sebagai seorang pendakwah yang turun kepadang melihat dan mengenali madu’. Adakah ini penguat azam agar beliau lebih aktif bergiat dalam dunia dakwah? Sama-samalah kita berdoa kepada Allah.

Ahad, Julai 17, 2011

Borak kosong dalam Blog.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Hari ini saya sihat walafiat. Anda bagaimana? Moga-moga pagi ahad ni anda boleh diselebungi kegembiraan dengan bersama-sama keluarga tercinta. Apa? Tak boleh bersama keluarga!!! Berhenti kerja dan buat bisnes. =)

Sejak akhir-akhir ini, saya banyak menulis berkenaan soal kekayaan. Saya seolah-seolah memaksa pembaca sekalian untuk menjadi kaya.

Jumaat, Julai 15, 2011

Makna Perniagaan


Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Bisnes atau perniagaan bermakna pertukaran atas persetujuan untuk memenuhi keperluan masing-masing. Perniagaan boleh disinonimkan dengan jual beli. Makna diatas tidak diambil daripada mana-mana sumber bertulis tetapi berdasarkan kefahaman saya terhadap bisnes.

Pada zaman dahulu, orang di pendalaman bercucuk tanam. Mereka bercucuk tanam pelbagai tanaman. Apabila mereka ke pasar, mereka bertukar barang dengan nelayan dipantai. Konsep ini adalah konsep barter. Menukar barang dengan barang atas dasar memenuhi keperluan asas masing-masing.

Rabu, Julai 13, 2011

Jom Bongkar Rukun Islam


Assalamulaikum dan salam sejahtera.......

Kita beralih pulak kepada rukun Islam. Rukun islam ni lagi menggalakkan kita menjadi orang kaya. Hahaha. Percaya tak? Kalau tak percaya, jom baca lagi.

Rukun islam adalah perkara-perkara asas yang sepatutnya setiap muslim lakukan. Contohnya, permulaan untuk setiap orang bergelar muslim adalah dua kalimah shahadah. Inilah titik permulaan kehidupan seorang muslim.

Dalam setiap rukun islam, ada hikmah yang perlu seorang muslim ambik iktibar dan pengajaran. Kalau tidak, anda akan terlepas untuk menjadi seorang muslim yang terbaik!!!!!

Jom kita selongkar rukun islam.. jom jom.......

Selasa, Julai 12, 2011

Rukun Iman dan Kekayaan


Assalamualaikum dan salam sejahtera......

Sering kali rukun iman hanya dikaitkan dengan perkara ibadah khusus semata-semata. Nampaknya pendidikan barat telah berjaya menyempitkan rukun iman hanya untuk perkara yang berbentuk ibadah khusus sahaja. Jangan bimbang. Saya pun dulu seperti anda semua.

Akhirnya, pembacaan demi pembacaan telah membuka minda saya sedikit demi sedikit. Terima kasih kepada mentor saya disebabkan  buku-buku yang anda support.

Seperti mana yang kita semua maklum, rukun iman terbahagi kepada 6 iaitu beriman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat dan juga qada qadar. Persoalan yang cuba ditimbulkan disini adalah, apa kaitan kekayaan dengan rukun iman. Izinkan saya huraikan satu persatu.

Isnin, Julai 11, 2011

Siapa kita untuk kaya.....


Assalamualaikum dan salam sejahtera.......

Siapa anda dalam bisnes?

Ramai orang tidak mengenali diri sendiri ketika mereka mengejar kekayaan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kesemua orang kaya didunia adalah mereka yang KENAL DIRI MEREKA SENDIRI

Sabtu, Julai 09, 2011

Nak Kaya Tak? bahagian 2


Sambungan kepada Nak Kaya Tak?

Cara Keempat: Tunaikan hak mereka yang berhak

Kenapa pulak fahmi? Macam mana nak kaya tapi kena laksakan hak orang yang berhak pulak? Tak faham lah.. confius confius.....

Dalam perniagaan kita, ada 2.5% adalah harta untuk orang miskin. Serius fahmi bagitau, nak kaya cepat, laburkan duit untuk kebajikan orang lain. Terutama yang wajib, iaitu zakat lah.

Kenapa bayar zakat dapat cepat jadi kaya? Yang ni fahmi tak dapat nak explain. Ini antara anda dengan tuhan ( baca “allah”). Kalau anda betul-betul nak kaya, turuti apa suruhan tuhan. Kan ada orang kata, jika kita bersedekat sekali, tuhan akan balas 10 kali. Tak percaya ek? Percayalah...

Lagi satu, kalau ada gaji orang yang tak bayar lagi, bayar cepat-cepat. Dan kalau ada hutang, bayar cepat-cepat juga.

Khamis, Julai 07, 2011

Nak Kaya Tak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulilah, sebelum ini fahmi telah bawak para pembaca sekalian berkenaan sebab untuk menjadi kaya. Sila klik disini.

 Kemudian fahmi mintak untuk pembaca baca dulu artikel mengenai jenis-jenis kekayaan yang terdapat didunia ini. Apa yang patut ada pada seorang Muslim yang Kaya adalah kesemua kekayaan tersebut sepertimana yang diberikan contoh oleh Nabi, Rasul dan para sahabat. Sila klik disini.

Saya berharap pembaca blog fahmi ini boleh menjawab dengan penuh keikhlasan tentang persoalan-persoalan yang fahmi ajukan sebelum ini. Sekarang kita pergi kepada persoalan yang seterusnya.

Rabu, Julai 06, 2011

Rahsia untuk Menjadi Kaya



Saya ingin kongsikan dengan pembaca semua rahsia kekayaan. Ramai orang mengadu kerana tidak Nampak jalan untuk menjadi kaya. Buntu kerana tidak dapat jalan penyelesaian terutamanya apabila melibatkan masalah hidup yang meruncing. Baiklah, kat sini, saya akan berkongsi dengan reader semua berkenaan rahsia kekayaan. Rahsia ini saya kutip daripada bos saya dan bos saya kutip daripada mentor dia. So, kita sama-samalah kita amalkan.

Isnin, Julai 04, 2011

Kekayaan mana yang kita nak.........


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Anda kaya tak? Kenapa fahmi tiba-tiba Tanya soalan macam ni.............

Hahahaha... (gelak macam drakula). Sebenarnya persoalan diatas dituju kepada diri kita masing-masing. Hari ini aku miskin atau kaya? Tanya diri anda sendiri..

Kekayaan ada beberapa jenis:

Sabtu, Julai 02, 2011

[tutorial] Update blog tanpa sign in sebulan


Assalamualaikum dan salam sejahtera......

Mesti anda semua hairankan tetiba post saya tuk bulan jun lebih banyak daripada bulan-bulan lepas kan? Tak perasan? Boleh tengok dekat “blog achieve”.

Sebenarnya saya terguna post option sebelum saya tekan butang publish di blogger.com tu. So, saya telah setkan hari-hari post ni akan dipublishkan. Maka saya boleh lah buat artikel banyak-banyak dan postkan dalam blogger.com. Cuma setkan bila setiap post akan keluar. Saya telah postkan setiap dua hari akan dikeluarkan. Maka, post itu akan dikeluarkan 2 hari sekali.....