Khamis, April 28, 2011

Aku Cinta Manusia


Saya pernah menulis tentang minat saya terhadap komik Detective Conan. Cuba lihat ini. Kenapa saya cukup berminat dengan watak kartun tersebut? Apa yang istimewanya watak kartun tersebut? Baik saya jelaskan satu-satu dalam artikel ini.

Detektif Conan menyelesaikan pelbagai kes dengan pendekatan logic pada masa dan ketikanya. Walaupun kebanyakan kes seolah-olah dapat diselesaikan secara spontan (maksudnya, tidak terfikir dari mula lagi) tetapi dia tetap mengekalkan kelogikan teori ketika menyelesaikan banyak kes. Apa yang istimewanya adalah, watak ini mempunyai ilmu tentang psikologi manusia. Maknanya, dia memahami keadaan pembunuh berdasarkan pola pemikiran penjenayah dan dia berjaya meneka dengan betul. Maka bertitik tolak daripada detektif conan, maka saya cukup berminat untuk memahami makhluk Allah yang paling pelik iaitu Manusia.

MEMAHAMI MANUSIA

Saya berminat dengan makhluk ini. Cara mereka makan, cara mereka bercakap, cara mereka mengekspresikan perasaan dan mimic muka mereka dan banyak sekali. Yang paling utama adalah hendak mengetahui bagaimana manusia ini berfikir. Pernah tak anda berimiginasi akan satu perkara iaitu ingin mengetahui perasaan seseorang pada ketika itu dan apa yang dia fikirkan pada ketika itu. Sebagai manusia biasa, anda tentu ingin mengetahuinya kan?

Saya sering ingin mengetahui apa yang difikirkan orang disekeliling. Apa yang meresahkan perasaan mereka agar saya boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Apa yang boleh menggembirakan mereka agar saya dapat menekan butang kegembiraan mereka. Saya ingin mengetahui apa minat mereka dan apa hobi mereka agar saya dapat berbual dengan mereka. Saya juga berminat tentang perasaan marah mereka dan perasaan tertekan mereka agar saya boleh menghembus kata-kata motivasi kepada mereka.

Ya, saya ingin semua itu. Malah saya boleh menghabiskan beribu-ribu ringgit membeli buku semata-mata ingin memahami manusia, bagaimana manusia bermotivatasi dan bagaimana untuk menggembirakan hati semua orang diatas muka bumi. Adakah keinginan saya ini pelik lagi menjengkelkan?

SEORANG DAIE DAN AKU

Apa perasaan anda, jika setelah sejam, anda masih lagi gagal untuk memancing minat mereka terhadap kemulian iman dan kehebatan islam. Apa perasaan anda jika seorang mad’u merajuk dengan anda dengan mengatakan bahawa anda tidak memahami dia. ( kalau tak bunuh diri pun, mesti frust gilerr kan, ^_^).

Bagaimana pula perasaan anda jika mad’u sama sekali tidak faham disebabkan laras bahasa anda yang terlampau tinggi sehingga kesukaran mereka untuk faham tentang apa yang cuba anda sampaikan. Anda marah kerana mereka mencaci dan mengkritik cara anda tetapi anda tidak memahami kenapa mereka marah? Anda berasa sedih disebabkan mereka menolak kata-kata anda. Ya memang perasaan kita akan bercampur gaul dan hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan kita pada ketika itu. Betulkan?

Disebabkan semua itu, saya terpikat dengan buku motivasi dan disebabkan oleh itu, saya terpikat dengan buku perniagaan, tentang marketing dan sebagainya. Disebabkan itu, saya berminat tentang buku kepimpinan dan disebabkan itu juga saya membaca novel ( sikit saja, walaupun orang kata cerita dalam novel tidak menggambarkan reality sebenar, tetapi saya percaya saya boleh memahami novelis berdasarkan novelnya). Disebabkan keinginan untuk memahami manusia, saya hamper gila dengan buku. Wuhahahaha ( malangnya duit takdak nak beli buku).

Entry ini sekadar borak kosong sahaja tentang subjek manusia. Kalau ada yang tak berpuas hati dengan kata-kata diatas, sila ‘angkat tangan macam saya’. ( gelak dengan kuatnya). Saya baru habis kertas ujian pertama hari ini dan akan menyusul yang kedua dan seterusnya akan datang. Tetapi sangat tertekan sebab nafsu saya terhadap exam masih lagi belum ada. Susah jugak itu. Sekarang ini bernafsu nak cari kerja lak. Aduyai susah gak kalau macam tu.

Apa yang penting, saya akan memahami manusia dengan sesuka hati dan sukahatinya saya ingin menjemput anda semua untuk memahami manusia juga supaya anda menjadi daie macam saya.

Lateral maksima............... aboh suruh beli motor baru, second hand cukup lah aboh?...............




Tiada ulasan: