Ahad, April 10, 2011

Habit 5: understanding

kucing yang cuba untuk memahami gula-gula tiruan....


Saya cuba untuk update blog saya ini dalam keadaan sibuk membuat assignment and tesis yang banyak. Kita cuba untuk beralih kepada tabiat yang baru, iaitu MEMAHAMI ORANG LAIN.

Dalam hidup, sering kita melupakan perasaan dan keadaan orang lain dalam keadaan kita hendak melakukan sebarang perhubungan. Ketika membuat keputusan, jarang untuk kita memahami kondisi pihak-pihak yang lain ( jika ada banyak pihak lah) dalam membuat keputusan. Dalam kepala otak kita, hanya termimpikan point of view daripada pihak kita sahaja. Bagaimana jika berlaku pemberontakan terhadap keputusan yang kita putuskan? Dan bagaimana penyelesaiannya?

Maka disini, kita berbincang tentang sesuatu perkara yang perlu diamalkan oleh manusia ciptaan tuhan yang maha berkuasa iaitu berkenalan, memahami dan membantu ( tiga rukun usrah). Tetapi dalam 7habitofhighlyeffectivepeople, R.covey memperkenalkan tentang seek first to understand, then to be understood. Bagi saya, inilah kunci kebahagian bersama dengan orang lain.

Mari kita berkenalan dengan orang lain. Kita kenal bukan setakat nama, tempat lahir dan sebagainya, malah lebih jauh lagi, kita kenal sikap dan perangai orang lain.

“ mamat ni kalau stess, akan cepat marah”.
“minah ni, kalau marah pun, tetap ceria mukanya”.

Ini antara contoh yang menunjukkan perkenalan kita dengan orang lain sampai peringkat tahu sikap dan perangai mereka satu persatu.

Kemudian mencari titik persefahaman antara kita kedua-dua pihak. Kita memerlukan antara satu sama lain untuk menjalani kehidupan ciptaan Allah. Sebab itu, Allah menjadikan lelaki dan perempuan untuk melengkapi antara satu sama lain. Sampai satu peringkat, kita memahami perubahan yang berlaku kepada dia, dan cuba sedaya upaya untuk meletakkan diri kita menjadi seperti dia. Kata orang, sebelum kita memakaikan kaki kita kedalam kasut orang lain, buang dulu kasut dahulu barulah pakai kasut orang lain. Seperti itu juga kita. Mesti dahulu melupakan kepentingan diri dahulu untuk cuba untuk mamahami orang lain. Maka disini, perasaan memahami antara satu sama lain akan berlaku. Insya allah.

Cubalah untuk membantu. Hargailah dia dengan sebaiknya, atleast. Seperti mana kita mengharapkan orang lain akan membantu kita ketika waktu susah, maka sama juga dengan orang lain. Maka pengharapan orang lain itu seharusnya kita cuba untuk laksanakan. Percaya lah, si dia akan menghargai pertolongan kita nanti.

Disini saya cuba untuk menumpukan perhatian pembacaan tuan-tuan kepada memahami. Maka nak tak nak, kita terpaksa membiasakan diri kita dengan perkara dibawah untuk menjadi complete “understander’ :

| paradigm shift
| listening skill
| great explanation skill


Ketika dahulu, dalam facebook, saya pernah ‘bertekak’ a.k.a bertikam lidah dengan seorang perempuan yang saya tidak kenal pun. Dia membawa persoalan, “ adakah tudung wajib?”. Maka saya telah mengemukan jawapan yang mencabar minda, “ pakai tudung tidak wajib”. Melenting perempuan ini mengatakan saya ini perosak agama Allah, cubaan musuh-musuh Allah yang cuba untuk mengelirukan umat islam dan banyak lagi tuduhan yang dilemparkan.

Dengan tersenyum ( orang tu tak nampak pun saya senyum), saya cuba untuk menjelaskan tentang hakikat aurat yang sebenar bukan semata-mata memakai tudung sahaja, tetapi tudung sebagai alat masa kini untuk menutup rambut. Saya cuba menerangkan tentang fahaman masyarakat masa kini yang menganggap memakai tudung sudah cukup untuk menutup aurat walaupun bahagian-bahagian yang lain tidak ditutup dengan sempurna. Tetapi si dia ini tetap membangkang dan terus membangkang. Setelah banyak kali saya cuba untuk memahamkan dia, akhir sekali saya tidak meneruskan perbualan untuk mengelak ‘peperangan’ yang lebih besar bakal berlaku.

Kemudian, saya menyemak siapakah dia yang ‘berperang’ dengan saya tersebut. Rupanya barulah saya faham kenapa dia memang tetap membangkang. Dengan melihat satu gambar sahaja, saya sudah memahami kenapa dia tetap membangkang apa sahaja yang telah saya perkatakan diatas. Maka disini, saya telah mengalami satu perkara iaitu paradigm shift. Mengubah persepsi awal terhadap orang lain untuk menjelaskan maksud kita dengan lebih baik. Dengan memahami orang lain terlebih dahulu, maka kita dapat pergi jauh. Yang sebenarnya jika saya mengubah persepsi terhadap orang lain, orang lain akan mendengar yang saya cakapkan.

Listening skill atau dalam bahasa melayu, teknik mendengar. Ada beberapa kategori orang yang mendengar; 1) orang yang langsung tidak mendengar, 2) orang yang berpura-pura mendengar, 3) orang yang mendengar hanya perkara yang ingin dia dengar, 4) orang yang mendengar dengan bersungguh-sungguh, 5) sama dengan kategori (4) + empati.

Kategori pertama adalah jenis orang yang sombong dan tidak bergaul dengan orang.

"Wah fahmi, engko dah lebih kata orang dalam kategori ini sebagai sombong dan tidak bergaul dengan orang".

Lah, tak betul ke apa yang cakap? Sebab orang yang bergaul dengan orang lain sekurang-sekurangnya dia akan masuk kedalam kategori kedua. Apabila bergaul dengan orang lain, kita akan meletakkan posisi kita dalam keadaan menyerang dan bertahan. Mendengar adalah sifat bertahan dan bercakap itu adalah menyerang. Cuma berapa peratus pembahagian antara kedua-duanya sahaja yang membezakannya. So kategori pertama ini adalah orang yang sentiasa bercakap dan terus bercakap dan pendengarannya adalah kurang daripada 10% sahaja ( mengambil kira dia tidak pekak, sekurang-kurang dia akan mendengar).

Kategori kedua adalah orang yang mendengar tetapi tidak focus kepada apa yang dia dengar. Mereka tidak focus kepada kepada apa yang hendak didengar tetapi fikiran mereka sudah melayang entah kemana. Pokoknya, dia mungkin hanya mendengar pada mulanya, tetapi selepas itu, dia tidak tumpu tentang percakapan orang lain. Kategori ini banyak kali saya amalkan terutamanya kepada orang yang juga dalam kategori ini iaitu berpura-pura mendengar sedangkan apa yang kita cakapkan tidak pernah masuk kedalam hatinya. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Jadi solusi sekarang adalah tutup telinga kiri dan dengar apa yang orang lain perkatakan.

Kategori ketiga adalah, untuk golongan pemidato dan pembahas. Memilih perkara yang hendak didengar sahaja untuk dibalas dengan SETERUK-TERUKNYA. Mereka berfikiran untuk menang dengan tidak menghiraukan "menang" orang lain. Mereka mendengar apa yang ingin mereka dengar sahaja dan tidak mendengar sebahagian besar yang lain. Oh sangat rugi sebenarnya orang seperti ini. Saya pernah menjadi golongan ini ketika saya mewakili sekolah dalam debat sehingga saya sentiasa berfikir untuk menghentam orang sahaja.

Golongan keempat adalah golongan pengajar atau cikgu. Mereka mendengar dengan bersungguh-sungguh apa yang diucapkan oleh anak murid, tetapi mereka menjawab atau bertindak dengan berpandukan zahir ayat semata-mata. Mereka tidak memandang maksud yang lain yang mungkin ingin dilontarkan kepadanya. Ramai pengajar seperti ini, dan tidak mustahil jika cikgu menghukum anak murid dengan hukuman yang tidak setimpal dan kadang-kadang melampau. Mereka akan cepat menghukum berdasarkan perkataan orang lain sahaja.

Golongan terakhir adalah golongan murobbi. Mereka mendengar dan memahami maksud disebalik perkataan yang diucapkan. Mereka meletakkkan diri mereka dalam diri si pengucap. Mereka mengambil kira perasaan dan akibat daripada tindakan yang akan mereka lakukan nanti kepada orang lain. Kategori ini dimiliki oleh kebanyakan kaum ibu. Mereka tidak hanya mendengar anak mereka menangis dan terus memarahi mereka atas sebab perilku menangis mereka, tetapi mereka mencari sebab kenapa anak mereka menangis. Dan mereka sertai juga kasih dan sayang mereka terhadap si anak tersebut. Tahniah jika anda ingin seperti ini. Dan insya allah saya juga berusaha menjadi seperti ini.

Belajar lah untuk bercakap dengan perkataan yang mudah. Agar mesej kita sampai kepada orang lain. Tidak semudah yang disangka sebenarnya untuk memahamkan orang lain jika tidak menggunakan standard bahasa yang mereka gunakan. Alangkah ruginya mereka sebenarnya jika kita tidak belajar untuk bercakap dengan baik. Belajar lah untuk berucap dan bercakap dengan baik. Satu hari nanti, anda akan memahami kata-kata saya ini jika anda berada dalam keadaan yang sukar.

Sebenarnya itulah yang perlu dilakukan oleh ramai orang. Nasihat saya, jadilah seorang murobbi nanti.


Lateral maksima....................... berhempas pulas menyiapkan thesis........................


Tiada ulasan: