Selasa, April 26, 2011

Sharpen The Saw: Muhasabah





Jom habiskan tabiat-tabiat dalam buku 7habitofhighlyeffectivepeople ini. Apa tabiat terakhir? Semestinya adalah sharpen the saw atau maknanya dalam bahasa melayu, tajamkan gergaji. Apa yang saya nak tulis untuk sharpen the saw ini ya?

Satu hari, ada dua orang pemotong kayu diberikan tugas oleh majikan mereka untuk menebang 30 batang pokok dalam masa sebulan. Maka bertolaklah mereka ke dalam hutan untuk menunaikan arahan yang telah dikeluarkan oleh majikan mereka.

Orang yang pertama, kita namakan A, membuat satu rancangan iaitu mengambil satu jam sahaja untuk menebang sebatang pokok sehari dan pulang ke rumah. Manakala orang kedua, boleh namakan B, telah merancang untuk menebang 30 batang secepat yang mungkin agar dia dapat pulang ke rumah dan rehat. “ kalau sehari aku dapat 10 batang pokok sehari, bermakna aku boleh berehat selamat 27 hari di rumah” fikir si B.

Maka masing-masing melaksanakan kerja mereka seperti yang dirancang. Si A menebang satu pokok dan pulang kerumah. Si B menebang sebanyak mungkin pokok yang boleh. Tetapi selepas sehari berada di dalam hutan, pokok yang berjaya ditebang adalah 5 batang. “ Nampaknya target 10 batang pokok tidak berjaya hari ini. Tak apa, kalau 5 batang pokok sehari, bermakna hanya mengambil masa 6 hari sahaja untuk ditebang 30 pokok” fikir si B. Akhirnya dia pulang ke rumah.

Keesokkannya, si A melakukan perkara yang dirancangnya semalam. Si B juga melakukan perkara yang sama. Tetapi dia hanya berjaya menebang 4 batang pokok sahaja pada hari itu. Si B sedikit hairan pokok yang ditebangnya hari ini tidak cukup 5 batang. Bagaimanpun, mereka kembali semula ke rumah.

Hari demi hari, mereka melakukan rutin yang sama. Tetapi si B daripada 4 batang pada hari kedua, menjadi sebatang untuk 5 hari. Semakin lama semakin hairan dengan keadaan tersebut. Malah si B, badannya sudah semakin sakit kerana kerja keras yang telah dilakukan. Perkara ini berlarutan sehingga ke hujung bulan tersebut.

Majikan mereka memeriksa hasil kerja yang telah ditunjukkan oleh kedua-dua penebang pokok. Si A dapat menyiapkan kerjanya dengan jayanya tetapi si B masih berbaki 5 batang pokok sahaja lagi. Majikan juga melihat keadaan si B yang tidak sihat dengan tangan si B yang melecet dan berkerutu akibat menebang pokok dalam masa 30 hari ini.

Agaknya kenapa kejadian diatas berlaku?











Baik kita rewind apa yang telah berlaku sebenarnya. Si A setelah menebang sebatang pokok, telah pulang kerumah untuk berehat sedikit. Kemudian, dia telah mengasah gergajinya supaya sentiasa tajam. Malahan dia mencari dan mempelajari teknik-teknik menebang pokok yang terkini untuk menambahbaikan terhadap teknik menebang pokoknya. Begitulah rutin sehariannya dalam masa sebulan tersebut.

Berlainan pula dengan si B, setelah berjaya menebang pokok pada hari pertama, dia pulang dan berehat dengan sangat lama disebabkan terlalu penat menebang pokok seharian di hutan. Dia mula mengabaikan pemakanannya dan yang paling penting adalah, dia tidak mengasah gergajinya untuk digunakan pada hari esok.

Lihatlah pembaca sekalian, bagaimana perbezaan antara si A dan si B. Apa yang dilakukan oleh si A sebenarnya? Tak lain dan tak bukan adalah sharpen the saw. Dia menambahbaik hasil kerja yang telah dilakukan dan sentiasa menilai hasil kerja dari hari ke hari. Beginilah sebenarnya kita dalam kehidupan. Perlu untuk kita bermuhasabah dalam menjana kecemerlangan untuk akan datang. Malah berapa ramai orang terutama sekali golongan korporat sentiasa membetulkan diri sendiri untuk menjana kecerlangan berganda. Malah mereka bersaing untuk diri sendiri untuk meningkatkan mutu dan quality kerja yang mereka lakukan.

Jom kita tingkatkan diri kita untuk member kecemerlangan di dunia dan akhirat. Selepas ini insya allah kita akan melihat generasi islam akan kembali menguasai dunia ini insya allah.

Lateral Maksima............ study, exam, book fair dan cari kerja...............................



Tiada ulasan: