Rabu, April 06, 2011

Belajar Pendekatan Terbaik


Win/win adalah pendekatan ideal untuk mewujudkan keberkesanan. Dalam mengharungi cabaran dunia moden, pendekatan win/win adalah yang terbaik. Mungkin anda tidak faham kenapa saya berkata sedemikian. Bagi memudahkan pemahaman anda terhadap topic kita ini, saya akan pergi satu-satu pendekatan- pendekatan yang lain.

Dalam hal perniagaan, semua orang ingin mendapat tempat pertama dalam dominasi perniagaan. Mereka akan membuat apa sahaja untuk meletakkan diri mereka dan syarikat mereka untuk mencapai KPI yang mereka telah tetapkan. Mungkin dalam hal ini, pendekatan win/lose adalah pendekatan yang terbaik disebabkan karakter win/lose adalah persaingan dan hendak menang. Tetapi bagaimana pula dengan pekerja. Adakah win/lose boleh digunakan? Mungkin ya dan mungkin tidak. Tetapi, pada saya, win/win masih lagi terbaik dalam hal ini disebabkan berlaku kerjasama dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Masing-masing tahu akan kerja masing-masing dan cuba untuk menyempurnakan matlamat yang telah digariskan bersama.

Bagaimana pula dengan hubungan kekeluargaan? Adakah kita menggunakan pendekatan win/lose atau lose/win dalam menghadapi situasi hubungan kekeluargaan? Sebagai contoh, seorang daripada anak kita ( akan datang insya allah) mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan. Dengan menggunakan pendekatan win/lose@lose/win, kita membandingkan anak kita yang ini dengan abangnya yang telah berjaya. Adakah situasi seperti ini perlu untuk kita menggunakan pendekatan win/lose @ lose/win? Ataupun kita menggunakan pendekatan alternative iaitu win/win? Apakah perasaan anak ini jika kita membandingkan antara anak kita? Terasa tidak disayangi, merajuk, sudah tidak bersemangat untuk meneruskan pembelajaran dan sebagainya. Dalam soal ini, win/win solution adalah yang terbaik untuk berhadapan dengan kehendak kita dan kehendak anak kita.

Apakah situasi anda? Apakah yang pendekatan yang terbaik untuk anda amalkan dalam situasi anda? Fikirkan tentang perasaan, pemikiran dan perancangan orang lain serta matlamat jangka pendek dan panjang setiap pihak dalam kita hendak menyelesaikan masalah kita. Jadikanlah kita orang yang berprinsip dan menjaga akhlak dan akidah kita. Moga-moga, sedikit sebanyak kita akan membuat keputusan yang tepat dan akan meletakkan diri kita dalam pilihan pendekatan yang terbaik. Insya allah.

Lateral maksima................. susahnya membuat pilihan pendekatan...............................




Tiada ulasan: