Ahad, Mei 01, 2011
Tenang Dulu, Barulah Bahagia
Assalamualaikum.....
Mencari kebahagian? Apa yang kita dapat daripada kebahagian? Apa definisi kebahagian? Saya akan menjawab beberapa persoalan yang sering ditanya oleh sahabat melalui emel saya fahmy0789(at)yahoo.com.my.
Kebahagian itu terletak pada hati masing-masing. Percaya tak? Kalau tak percaya, cuba baca cerita di bawah:
Satu hari didalam sebuah negeri, tinggal sepasang suami isteri. Mereka ini sangat miskin dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Tetapi hati mereka sangat tenang. Kemudian satu hari, sang suami membawa sebuah peti besi yang terisi harta karun. Mereka menyembunyikan harta karun tersebut di dalam rumah mereka.
“ sebenarnya wahai isteriku, aku perolehi harta ini daripada perompak yang merompak harta seorang yang kaya dihujung kampong ini. Perompak tersebut telah meninggalkan harta tersebut di suatu tempat yang tersembunyi. Lalu abang pun keluar daripada persembunyian dan mengambil harta tersebut dan membawa balik ke rumah kita” cerita sang suami.
Setiap malam, hidup mereka tidak tenang lagi. Mereka sentiasa berjaga-jaga disebabkan takut rumah mereka dipecah curi dan mereka juga bimbang perompak tersebut dapat mengesan harta tersebut dirumah mereka. Hidup mereka dalam ketakutan setiap hari.
“ abang sudah penat untuk berjaga malam setiap hari. Abang pun takut untuk keluar rumah untuk bekerja dan membeli barang keperluan. Marilah wahai isteriku kita berpindah”
Maka mereka berpindah dan membawa harta tersebut bersama mereka. Dalam perjalanan ke tempat baru, mereka terserempak dengan si peminta sedekah, tetapi mereka mengelak daripada memberi apa-apa terhadap peminta sedekah tersebut. Kemudian mereka melintasi kawasan dimana penduduk sangat miskin disebabkan ketidaksuburan hasil tanaman mereka. Mereka tetap meneruskan perjalanan mereka ke kawasan pergunungan berdekatan kawasan penduduk msikin tadi.
Akibat perjalanan yang jauh, kedua-dua daripada mereka berehat dan menjamu selera dengan bekalan mereka. Tanpa mereka sedari, peti yang mereka bawa menggelongsor dan jatuh bergolek-golek ke bawah bukit yang mereka duduki. Sang suami cuba untuk mengejar peti tersebut, manakala sang isteri menjerit dan tergamam ditempatnya. Akhirnya sang suami kembali ke tempat isterinya
“ wahai isteriku, marilah kita kembali kepada kehidupan asal kita dan ayuhlah kita pulang semula kerumah kita”
Lalu mereka kembali ke rumah mereka dan kembali menjalani kehidupan mereka semula seperti sebelum ini. Mereka hidup bahagia sampai akhir waktu.
{ ending }
Hahaha.. seronok tak baca cerita macam cerita kanak-kanak diatas?
Sebenarnya kebahagian berasal daripada hati. Jika hati tersebut tenang, maka kebahagian akan muncul dari dalam diri. Kita merasakan tidak bahagia disebabkan hati kita tidak tenang. Manusia sentiasa mencari ketenangan. Mereka mencari harta yang lebih disebabkan mereka memburu ketenangan. Moga-moga mereka tidak terbeban dengan masalah kewangan. Mereka mencari hiburan agar hati mereka tenang dan senang dengan hiburan tersebut. Mereka mencari perempuan yang cantik pada pandangan mereka agar hati mereka tenang dan senang memandang perempuan tersebut.
Tetapi seringkali perasaan tenang yang kita cari kadang-kadang disuntik sifat mazmumah yang menyerong perasaan tenang kepada perasaan tamak dan sifat mazmumah yang laen. Alangkah malang sungguh mereka jika mereka menggantikan perasaan tenang yang kita cari dengan sikap mazmumah yang merosakkan kita.
Saya berasa seronok jika mempunyai asset yang banyak tetapi mampukah saya untuk menjadikan hati ini senang dan tenang dalam menghadapi cabaran asset yang banyak. Saya berharap hati saya tidak begitu.
Saya cemburu dengan kucing. Disebabkan kecomelan kucing, mereka mampu membuat orang disekeliling mereka menjadi tenang dan senang. Saya cemburu dengan bayi, kerana kecomelan merka dan telatah mereka juga, mereka membuat orang disekeliling tenang dan senang. Moga-moga saya menjadi orang ‘come’ agar saya mampu untuk menenangkan orang disekeliling saya.
Dah banyak saya bercerita, maka saya hendak study pulak.. moga hati ini tenang dengan study dan ilmu. Kesimpulannya, bahagia itu datang dari hati yang tenang dan senang. Cari ketenangan jiwa dan kebahagiaan akan datang kepada kita.
Lateral maksima.......... selamat hari pekerja..................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan