Khamis, April 28, 2011

Aku Cinta Manusia


Saya pernah menulis tentang minat saya terhadap komik Detective Conan. Cuba lihat ini. Kenapa saya cukup berminat dengan watak kartun tersebut? Apa yang istimewanya watak kartun tersebut? Baik saya jelaskan satu-satu dalam artikel ini.

Detektif Conan menyelesaikan pelbagai kes dengan pendekatan logic pada masa dan ketikanya. Walaupun kebanyakan kes seolah-olah dapat diselesaikan secara spontan (maksudnya, tidak terfikir dari mula lagi) tetapi dia tetap mengekalkan kelogikan teori ketika menyelesaikan banyak kes. Apa yang istimewanya adalah, watak ini mempunyai ilmu tentang psikologi manusia. Maknanya, dia memahami keadaan pembunuh berdasarkan pola pemikiran penjenayah dan dia berjaya meneka dengan betul. Maka bertitik tolak daripada detektif conan, maka saya cukup berminat untuk memahami makhluk Allah yang paling pelik iaitu Manusia.

MEMAHAMI MANUSIA

Saya berminat dengan makhluk ini. Cara mereka makan, cara mereka bercakap, cara mereka mengekspresikan perasaan dan mimic muka mereka dan banyak sekali. Yang paling utama adalah hendak mengetahui bagaimana manusia ini berfikir. Pernah tak anda berimiginasi akan satu perkara iaitu ingin mengetahui perasaan seseorang pada ketika itu dan apa yang dia fikirkan pada ketika itu. Sebagai manusia biasa, anda tentu ingin mengetahuinya kan?

Saya sering ingin mengetahui apa yang difikirkan orang disekeliling. Apa yang meresahkan perasaan mereka agar saya boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Apa yang boleh menggembirakan mereka agar saya dapat menekan butang kegembiraan mereka. Saya ingin mengetahui apa minat mereka dan apa hobi mereka agar saya dapat berbual dengan mereka. Saya juga berminat tentang perasaan marah mereka dan perasaan tertekan mereka agar saya boleh menghembus kata-kata motivasi kepada mereka.

Ya, saya ingin semua itu. Malah saya boleh menghabiskan beribu-ribu ringgit membeli buku semata-mata ingin memahami manusia, bagaimana manusia bermotivatasi dan bagaimana untuk menggembirakan hati semua orang diatas muka bumi. Adakah keinginan saya ini pelik lagi menjengkelkan?

SEORANG DAIE DAN AKU

Apa perasaan anda, jika setelah sejam, anda masih lagi gagal untuk memancing minat mereka terhadap kemulian iman dan kehebatan islam. Apa perasaan anda jika seorang mad’u merajuk dengan anda dengan mengatakan bahawa anda tidak memahami dia. ( kalau tak bunuh diri pun, mesti frust gilerr kan, ^_^).

Bagaimana pula perasaan anda jika mad’u sama sekali tidak faham disebabkan laras bahasa anda yang terlampau tinggi sehingga kesukaran mereka untuk faham tentang apa yang cuba anda sampaikan. Anda marah kerana mereka mencaci dan mengkritik cara anda tetapi anda tidak memahami kenapa mereka marah? Anda berasa sedih disebabkan mereka menolak kata-kata anda. Ya memang perasaan kita akan bercampur gaul dan hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan kita pada ketika itu. Betulkan?

Disebabkan semua itu, saya terpikat dengan buku motivasi dan disebabkan oleh itu, saya terpikat dengan buku perniagaan, tentang marketing dan sebagainya. Disebabkan itu, saya berminat tentang buku kepimpinan dan disebabkan itu juga saya membaca novel ( sikit saja, walaupun orang kata cerita dalam novel tidak menggambarkan reality sebenar, tetapi saya percaya saya boleh memahami novelis berdasarkan novelnya). Disebabkan keinginan untuk memahami manusia, saya hamper gila dengan buku. Wuhahahaha ( malangnya duit takdak nak beli buku).

Entry ini sekadar borak kosong sahaja tentang subjek manusia. Kalau ada yang tak berpuas hati dengan kata-kata diatas, sila ‘angkat tangan macam saya’. ( gelak dengan kuatnya). Saya baru habis kertas ujian pertama hari ini dan akan menyusul yang kedua dan seterusnya akan datang. Tetapi sangat tertekan sebab nafsu saya terhadap exam masih lagi belum ada. Susah jugak itu. Sekarang ini bernafsu nak cari kerja lak. Aduyai susah gak kalau macam tu.

Apa yang penting, saya akan memahami manusia dengan sesuka hati dan sukahatinya saya ingin menjemput anda semua untuk memahami manusia juga supaya anda menjadi daie macam saya.

Lateral maksima............... aboh suruh beli motor baru, second hand cukup lah aboh?...............




Selasa, April 26, 2011

Sharpen The Saw: Muhasabah





Jom habiskan tabiat-tabiat dalam buku 7habitofhighlyeffectivepeople ini. Apa tabiat terakhir? Semestinya adalah sharpen the saw atau maknanya dalam bahasa melayu, tajamkan gergaji. Apa yang saya nak tulis untuk sharpen the saw ini ya?

Satu hari, ada dua orang pemotong kayu diberikan tugas oleh majikan mereka untuk menebang 30 batang pokok dalam masa sebulan. Maka bertolaklah mereka ke dalam hutan untuk menunaikan arahan yang telah dikeluarkan oleh majikan mereka.

Orang yang pertama, kita namakan A, membuat satu rancangan iaitu mengambil satu jam sahaja untuk menebang sebatang pokok sehari dan pulang ke rumah. Manakala orang kedua, boleh namakan B, telah merancang untuk menebang 30 batang secepat yang mungkin agar dia dapat pulang ke rumah dan rehat. “ kalau sehari aku dapat 10 batang pokok sehari, bermakna aku boleh berehat selamat 27 hari di rumah” fikir si B.

Maka masing-masing melaksanakan kerja mereka seperti yang dirancang. Si A menebang satu pokok dan pulang kerumah. Si B menebang sebanyak mungkin pokok yang boleh. Tetapi selepas sehari berada di dalam hutan, pokok yang berjaya ditebang adalah 5 batang. “ Nampaknya target 10 batang pokok tidak berjaya hari ini. Tak apa, kalau 5 batang pokok sehari, bermakna hanya mengambil masa 6 hari sahaja untuk ditebang 30 pokok” fikir si B. Akhirnya dia pulang ke rumah.

Keesokkannya, si A melakukan perkara yang dirancangnya semalam. Si B juga melakukan perkara yang sama. Tetapi dia hanya berjaya menebang 4 batang pokok sahaja pada hari itu. Si B sedikit hairan pokok yang ditebangnya hari ini tidak cukup 5 batang. Bagaimanpun, mereka kembali semula ke rumah.

Hari demi hari, mereka melakukan rutin yang sama. Tetapi si B daripada 4 batang pada hari kedua, menjadi sebatang untuk 5 hari. Semakin lama semakin hairan dengan keadaan tersebut. Malah si B, badannya sudah semakin sakit kerana kerja keras yang telah dilakukan. Perkara ini berlarutan sehingga ke hujung bulan tersebut.

Majikan mereka memeriksa hasil kerja yang telah ditunjukkan oleh kedua-dua penebang pokok. Si A dapat menyiapkan kerjanya dengan jayanya tetapi si B masih berbaki 5 batang pokok sahaja lagi. Majikan juga melihat keadaan si B yang tidak sihat dengan tangan si B yang melecet dan berkerutu akibat menebang pokok dalam masa 30 hari ini.

Agaknya kenapa kejadian diatas berlaku?











Baik kita rewind apa yang telah berlaku sebenarnya. Si A setelah menebang sebatang pokok, telah pulang kerumah untuk berehat sedikit. Kemudian, dia telah mengasah gergajinya supaya sentiasa tajam. Malahan dia mencari dan mempelajari teknik-teknik menebang pokok yang terkini untuk menambahbaikan terhadap teknik menebang pokoknya. Begitulah rutin sehariannya dalam masa sebulan tersebut.

Berlainan pula dengan si B, setelah berjaya menebang pokok pada hari pertama, dia pulang dan berehat dengan sangat lama disebabkan terlalu penat menebang pokok seharian di hutan. Dia mula mengabaikan pemakanannya dan yang paling penting adalah, dia tidak mengasah gergajinya untuk digunakan pada hari esok.

Lihatlah pembaca sekalian, bagaimana perbezaan antara si A dan si B. Apa yang dilakukan oleh si A sebenarnya? Tak lain dan tak bukan adalah sharpen the saw. Dia menambahbaik hasil kerja yang telah dilakukan dan sentiasa menilai hasil kerja dari hari ke hari. Beginilah sebenarnya kita dalam kehidupan. Perlu untuk kita bermuhasabah dalam menjana kecemerlangan untuk akan datang. Malah berapa ramai orang terutama sekali golongan korporat sentiasa membetulkan diri sendiri untuk menjana kecerlangan berganda. Malah mereka bersaing untuk diri sendiri untuk meningkatkan mutu dan quality kerja yang mereka lakukan.

Jom kita tingkatkan diri kita untuk member kecemerlangan di dunia dan akhirat. Selepas ini insya allah kita akan melihat generasi islam akan kembali menguasai dunia ini insya allah.

Lateral Maksima............ study, exam, book fair dan cari kerja...............................



Khamis, April 21, 2011

Synergize.





Assalamualaikum......

Apa beza bekerja seorang diri dan bekerja secara berkumpulan? Bukankah kerja perseorangan lebih cepat berbanding dengan kerja berpasukan? Eh eh, kerja berpasukan ni leceh lah. Lebih-lebih lagi kalau kerja dengan orang yang banyak ragam. Betul kan?

Pernah tak tengok ayat matematik ini. 1 + 1 = 3? Pernah tak tengok ayat matematik ini? Ini ayat matematik untuk synergize atau kerja berpasukan. Kaitan antara synergize dengan ayat matematik diatas itu adalah seorang pekerja bekerjasama dengan seorang pekerja menghasilkan kerja untuk tiga orang yang buat kerja sendirian. Faham tak?

Ermm... kalau tak faham lagi, kita bagi contoh, seorang pekerja mempunyai kemahiran manipulasi internet dan seorang lagi mempunyai kebolehan untuk menghasilkan produk. Jika berseorangan, dia akan buat semua kerja dari buat produk, promosi, sehingga lah produk sampai kepada pelanggan. Tapi synergize, dia akan buat kerja hasil produk sahaja dan sorang lagi akan buat kerja marketing dan kerjasama antara kedua-duanya akan sampai produk tersebut kepada pelanggan. Ok sekarang fahamkan?

Untuk menghasilkan kerja yang lebih daripada tiga orang, kita memerlukan tabiat/habit yang kita bincangkan sebelum ini. Semua nya berguna jika aplikasikan semuanya dalam kehidupan kita. Kerja akan makin laju dan happy go lucky...

Sampai sini dahulu. Sekarang dah study week. Moga berjumpa di lain artikel. Salam

Lateral maksima.......... Nak beli motor kat KL,, berapa harga?.......................




Jumaat, April 15, 2011

Selepas Tesis......


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, penyerahan tesis telah dapat dilakukan sebenatar tadi (pukul 11 pagi). Usaha yang telah dibuat untuk menyiapkan tesis selama berminggu-minggu akhirnya sampai ke hujungnya. Dapat hantar dengan jayanya. Tetapi lepas tu terasa teruk pulak sebab ada kesalahan ejaan yang tak sepatutnya dibuat tetapi terlepas pandang sewaktu semakan. Akan tetapi, hantar dah hantar. Apa nak jadi pada tesis aku itu, fikirkan kemudian. Sekarang untuk balik Terengganu. Hahaha.....

Tahniah juga kepada beberapa orang junior yang telah dipilih untuk menerajui jawatan utama dalam pemilihan Persatuan Mahasiswa Terengganu dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. Menariknya adalah presiden yang dilantik adalah kedua-duanya orang Terengganu. Tahniah kepada saudara Syed Hussain Najmi dan Mohd Safwan Anang atas lantikan tersebut. Semoga anda semua maju jaya dan melakukan tugasan dengan lebih baik lagi... insya allah...

Sekarang, aku ada setengah tahun lagi untuk dihabis bagi pengajian di UM. Lepas ni sambil-sambil bukak sem baru, boleh kot cari kerja part time untuk tampung yuran pengajian nanti. Sampai kat sini dulu post tuk kali ini, sebab hari ni nak balik rumah... aboh n ummi tuuunnngggguuuu.......

Lateral maksima............... lega slps hantar tesis...............................................



Ahad, April 10, 2011

Habit 5: understanding

kucing yang cuba untuk memahami gula-gula tiruan....


Saya cuba untuk update blog saya ini dalam keadaan sibuk membuat assignment and tesis yang banyak. Kita cuba untuk beralih kepada tabiat yang baru, iaitu MEMAHAMI ORANG LAIN.

Dalam hidup, sering kita melupakan perasaan dan keadaan orang lain dalam keadaan kita hendak melakukan sebarang perhubungan. Ketika membuat keputusan, jarang untuk kita memahami kondisi pihak-pihak yang lain ( jika ada banyak pihak lah) dalam membuat keputusan. Dalam kepala otak kita, hanya termimpikan point of view daripada pihak kita sahaja. Bagaimana jika berlaku pemberontakan terhadap keputusan yang kita putuskan? Dan bagaimana penyelesaiannya?

Maka disini, kita berbincang tentang sesuatu perkara yang perlu diamalkan oleh manusia ciptaan tuhan yang maha berkuasa iaitu berkenalan, memahami dan membantu ( tiga rukun usrah). Tetapi dalam 7habitofhighlyeffectivepeople, R.covey memperkenalkan tentang seek first to understand, then to be understood. Bagi saya, inilah kunci kebahagian bersama dengan orang lain.

Mari kita berkenalan dengan orang lain. Kita kenal bukan setakat nama, tempat lahir dan sebagainya, malah lebih jauh lagi, kita kenal sikap dan perangai orang lain.

“ mamat ni kalau stess, akan cepat marah”.
“minah ni, kalau marah pun, tetap ceria mukanya”.

Ini antara contoh yang menunjukkan perkenalan kita dengan orang lain sampai peringkat tahu sikap dan perangai mereka satu persatu.

Kemudian mencari titik persefahaman antara kita kedua-dua pihak. Kita memerlukan antara satu sama lain untuk menjalani kehidupan ciptaan Allah. Sebab itu, Allah menjadikan lelaki dan perempuan untuk melengkapi antara satu sama lain. Sampai satu peringkat, kita memahami perubahan yang berlaku kepada dia, dan cuba sedaya upaya untuk meletakkan diri kita menjadi seperti dia. Kata orang, sebelum kita memakaikan kaki kita kedalam kasut orang lain, buang dulu kasut dahulu barulah pakai kasut orang lain. Seperti itu juga kita. Mesti dahulu melupakan kepentingan diri dahulu untuk cuba untuk mamahami orang lain. Maka disini, perasaan memahami antara satu sama lain akan berlaku. Insya allah.

Cubalah untuk membantu. Hargailah dia dengan sebaiknya, atleast. Seperti mana kita mengharapkan orang lain akan membantu kita ketika waktu susah, maka sama juga dengan orang lain. Maka pengharapan orang lain itu seharusnya kita cuba untuk laksanakan. Percaya lah, si dia akan menghargai pertolongan kita nanti.

Disini saya cuba untuk menumpukan perhatian pembacaan tuan-tuan kepada memahami. Maka nak tak nak, kita terpaksa membiasakan diri kita dengan perkara dibawah untuk menjadi complete “understander’ :

| paradigm shift
| listening skill
| great explanation skill


Ketika dahulu, dalam facebook, saya pernah ‘bertekak’ a.k.a bertikam lidah dengan seorang perempuan yang saya tidak kenal pun. Dia membawa persoalan, “ adakah tudung wajib?”. Maka saya telah mengemukan jawapan yang mencabar minda, “ pakai tudung tidak wajib”. Melenting perempuan ini mengatakan saya ini perosak agama Allah, cubaan musuh-musuh Allah yang cuba untuk mengelirukan umat islam dan banyak lagi tuduhan yang dilemparkan.

Dengan tersenyum ( orang tu tak nampak pun saya senyum), saya cuba untuk menjelaskan tentang hakikat aurat yang sebenar bukan semata-mata memakai tudung sahaja, tetapi tudung sebagai alat masa kini untuk menutup rambut. Saya cuba menerangkan tentang fahaman masyarakat masa kini yang menganggap memakai tudung sudah cukup untuk menutup aurat walaupun bahagian-bahagian yang lain tidak ditutup dengan sempurna. Tetapi si dia ini tetap membangkang dan terus membangkang. Setelah banyak kali saya cuba untuk memahamkan dia, akhir sekali saya tidak meneruskan perbualan untuk mengelak ‘peperangan’ yang lebih besar bakal berlaku.

Kemudian, saya menyemak siapakah dia yang ‘berperang’ dengan saya tersebut. Rupanya barulah saya faham kenapa dia memang tetap membangkang. Dengan melihat satu gambar sahaja, saya sudah memahami kenapa dia tetap membangkang apa sahaja yang telah saya perkatakan diatas. Maka disini, saya telah mengalami satu perkara iaitu paradigm shift. Mengubah persepsi awal terhadap orang lain untuk menjelaskan maksud kita dengan lebih baik. Dengan memahami orang lain terlebih dahulu, maka kita dapat pergi jauh. Yang sebenarnya jika saya mengubah persepsi terhadap orang lain, orang lain akan mendengar yang saya cakapkan.

Listening skill atau dalam bahasa melayu, teknik mendengar. Ada beberapa kategori orang yang mendengar; 1) orang yang langsung tidak mendengar, 2) orang yang berpura-pura mendengar, 3) orang yang mendengar hanya perkara yang ingin dia dengar, 4) orang yang mendengar dengan bersungguh-sungguh, 5) sama dengan kategori (4) + empati.

Kategori pertama adalah jenis orang yang sombong dan tidak bergaul dengan orang.

"Wah fahmi, engko dah lebih kata orang dalam kategori ini sebagai sombong dan tidak bergaul dengan orang".

Lah, tak betul ke apa yang cakap? Sebab orang yang bergaul dengan orang lain sekurang-sekurangnya dia akan masuk kedalam kategori kedua. Apabila bergaul dengan orang lain, kita akan meletakkan posisi kita dalam keadaan menyerang dan bertahan. Mendengar adalah sifat bertahan dan bercakap itu adalah menyerang. Cuma berapa peratus pembahagian antara kedua-duanya sahaja yang membezakannya. So kategori pertama ini adalah orang yang sentiasa bercakap dan terus bercakap dan pendengarannya adalah kurang daripada 10% sahaja ( mengambil kira dia tidak pekak, sekurang-kurang dia akan mendengar).

Kategori kedua adalah orang yang mendengar tetapi tidak focus kepada apa yang dia dengar. Mereka tidak focus kepada kepada apa yang hendak didengar tetapi fikiran mereka sudah melayang entah kemana. Pokoknya, dia mungkin hanya mendengar pada mulanya, tetapi selepas itu, dia tidak tumpu tentang percakapan orang lain. Kategori ini banyak kali saya amalkan terutamanya kepada orang yang juga dalam kategori ini iaitu berpura-pura mendengar sedangkan apa yang kita cakapkan tidak pernah masuk kedalam hatinya. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Jadi solusi sekarang adalah tutup telinga kiri dan dengar apa yang orang lain perkatakan.

Kategori ketiga adalah, untuk golongan pemidato dan pembahas. Memilih perkara yang hendak didengar sahaja untuk dibalas dengan SETERUK-TERUKNYA. Mereka berfikiran untuk menang dengan tidak menghiraukan "menang" orang lain. Mereka mendengar apa yang ingin mereka dengar sahaja dan tidak mendengar sebahagian besar yang lain. Oh sangat rugi sebenarnya orang seperti ini. Saya pernah menjadi golongan ini ketika saya mewakili sekolah dalam debat sehingga saya sentiasa berfikir untuk menghentam orang sahaja.

Golongan keempat adalah golongan pengajar atau cikgu. Mereka mendengar dengan bersungguh-sungguh apa yang diucapkan oleh anak murid, tetapi mereka menjawab atau bertindak dengan berpandukan zahir ayat semata-mata. Mereka tidak memandang maksud yang lain yang mungkin ingin dilontarkan kepadanya. Ramai pengajar seperti ini, dan tidak mustahil jika cikgu menghukum anak murid dengan hukuman yang tidak setimpal dan kadang-kadang melampau. Mereka akan cepat menghukum berdasarkan perkataan orang lain sahaja.

Golongan terakhir adalah golongan murobbi. Mereka mendengar dan memahami maksud disebalik perkataan yang diucapkan. Mereka meletakkkan diri mereka dalam diri si pengucap. Mereka mengambil kira perasaan dan akibat daripada tindakan yang akan mereka lakukan nanti kepada orang lain. Kategori ini dimiliki oleh kebanyakan kaum ibu. Mereka tidak hanya mendengar anak mereka menangis dan terus memarahi mereka atas sebab perilku menangis mereka, tetapi mereka mencari sebab kenapa anak mereka menangis. Dan mereka sertai juga kasih dan sayang mereka terhadap si anak tersebut. Tahniah jika anda ingin seperti ini. Dan insya allah saya juga berusaha menjadi seperti ini.

Belajar lah untuk bercakap dengan perkataan yang mudah. Agar mesej kita sampai kepada orang lain. Tidak semudah yang disangka sebenarnya untuk memahamkan orang lain jika tidak menggunakan standard bahasa yang mereka gunakan. Alangkah ruginya mereka sebenarnya jika kita tidak belajar untuk bercakap dengan baik. Belajar lah untuk berucap dan bercakap dengan baik. Satu hari nanti, anda akan memahami kata-kata saya ini jika anda berada dalam keadaan yang sukar.

Sebenarnya itulah yang perlu dilakukan oleh ramai orang. Nasihat saya, jadilah seorang murobbi nanti.


Lateral maksima....................... berhempas pulas menyiapkan thesis........................


Rabu, April 06, 2011

Belajar Pendekatan Terbaik


Win/win adalah pendekatan ideal untuk mewujudkan keberkesanan. Dalam mengharungi cabaran dunia moden, pendekatan win/win adalah yang terbaik. Mungkin anda tidak faham kenapa saya berkata sedemikian. Bagi memudahkan pemahaman anda terhadap topic kita ini, saya akan pergi satu-satu pendekatan- pendekatan yang lain.

Dalam hal perniagaan, semua orang ingin mendapat tempat pertama dalam dominasi perniagaan. Mereka akan membuat apa sahaja untuk meletakkan diri mereka dan syarikat mereka untuk mencapai KPI yang mereka telah tetapkan. Mungkin dalam hal ini, pendekatan win/lose adalah pendekatan yang terbaik disebabkan karakter win/lose adalah persaingan dan hendak menang. Tetapi bagaimana pula dengan pekerja. Adakah win/lose boleh digunakan? Mungkin ya dan mungkin tidak. Tetapi, pada saya, win/win masih lagi terbaik dalam hal ini disebabkan berlaku kerjasama dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Masing-masing tahu akan kerja masing-masing dan cuba untuk menyempurnakan matlamat yang telah digariskan bersama.

Bagaimana pula dengan hubungan kekeluargaan? Adakah kita menggunakan pendekatan win/lose atau lose/win dalam menghadapi situasi hubungan kekeluargaan? Sebagai contoh, seorang daripada anak kita ( akan datang insya allah) mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan. Dengan menggunakan pendekatan win/lose@lose/win, kita membandingkan anak kita yang ini dengan abangnya yang telah berjaya. Adakah situasi seperti ini perlu untuk kita menggunakan pendekatan win/lose @ lose/win? Ataupun kita menggunakan pendekatan alternative iaitu win/win? Apakah perasaan anak ini jika kita membandingkan antara anak kita? Terasa tidak disayangi, merajuk, sudah tidak bersemangat untuk meneruskan pembelajaran dan sebagainya. Dalam soal ini, win/win solution adalah yang terbaik untuk berhadapan dengan kehendak kita dan kehendak anak kita.

Apakah situasi anda? Apakah yang pendekatan yang terbaik untuk anda amalkan dalam situasi anda? Fikirkan tentang perasaan, pemikiran dan perancangan orang lain serta matlamat jangka pendek dan panjang setiap pihak dalam kita hendak menyelesaikan masalah kita. Jadikanlah kita orang yang berprinsip dan menjaga akhlak dan akidah kita. Moga-moga, sedikit sebanyak kita akan membuat keputusan yang tepat dan akan meletakkan diri kita dalam pilihan pendekatan yang terbaik. Insya allah.

Lateral maksima................. susahnya membuat pilihan pendekatan...............................