Selasa, Julai 06, 2010
I CAN DO IT.....
Sewaktu berada dalam darjah 3, seorang cikgu memanggilku. Tanpa banyak soal, saya meminta izin keluar daripada cikgu dan berjumpa dengan cikgu tersebut.
“ fahmi, saya nak melantik kamu sebagai pengawas perpustakaan.” Ujar cikgu tersebut. Sedikit terkejut, tetapi dengan spontan menerima tawaran tersebut. Sejak itu, warna hidupku berubah daripada warna putih kepada warna biru. Tugasanku banyak didalam perpustakaan. Membersih, menyusun buku dirak, menjaga kaunter pinjaman/ pulangan, menguruskan buku-buku perpustakaan yang baru dibeli dan sebagainya. Kod-kod buku dan warna buku sudah kuhafal dengan begitu baik hasil pengalaman hampir 3 tahun.
Darjah 6, melihatkan pertukaran daripada warna biru, kepada warna merah pengawas. Tetapi, tugasanku sedikit berbanding sewaktu menjadi pengawas perpustakaan akibat daripada tumpuan untuk peperiksaan UPSR. Sejak detik tersebut, satu fenomena yang menyeksakan sanubari dan jiwa kehendakku tidak dapat ditolak oleh mindaku. Saban tahun, akan berlaku perkara yang sama terjadi dalam hidupku. Fenomena yang lebih dikenali sebagai gila jawatan.
Tidak sampai 2 minggu menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah menengah, saya diserap kedalam pengawas sekolah dan menjadi ahli PBSM. Menangani cabaran sebagai seorang pengawas yang dibenci oleh gangster-gangster sekolah dan menangani persepsi orang terhadap ahli PBSM mengubah pemikiran dan pemahaman saya terhadap setiap cabaran.
Diugut, disepak terajang, ditumbuk, ditampar, dimarahi dan sebagainya menjadi asam garam dalam kehidupanku, seorang pengawas sekolah. Sejak itu, minatku untuk membaca buku human psikology, motivation book sangat mendalam. Usahaku untuk menawan hati dan cubaan untuk mengubah sikap pelajar sekolah dan pengawas-pengawas lain sedikit sebanyak mengubah diriku semakin fleksibel dengan orang lain. Satu rekod yang orang lain tidak sedar sewaktu memegang jawatan ketua pengawas sesi petang, rekod pergaduhan dan jenayah juvana dalam kawasan sekolah dan luar sekolah berkurangan mendadak sehingga tinggal satu kes sahaja pada waktu itu. Alhamdulillah.
Sewaktu disekolah menengah yang baru, saya diserap sekali lagi kedalam majlis pengawas kolej (MPK). Memegang peranan yang baru ditubuhkan, exco musabaqah dan badan beruniform. Malah saya memegang sehingga 6 jawatan yang lain sehingga pengishtiharaan perletakan semua jawatan. Pada ketika itu, MPK yang dilantik tidak diberi penjelasan terhadap job scope. So kami memandai membuat jobscope sendiri. Sejak pada ketika itu, minat membaca tentang leadership mendalam dalam diri. Tempoh menyesuaikan diri dengan tempat dan jawatan yang sangat singkat menyebabkan saya menjadi fast learner yang paling aktif.
Cabarannya cukup lain. Menghadapi krisis kepimpinan dan melayan kerenah sahabat-sahabat yang remaja tak matang ( walaupun diri sendiri tak berapa nak matang) menjadikan satu pengalaman yang menarik disini. Berhadapan kerenah guru yang pelbagai salah satu pengalaman yang berguna untuk diri ini. Alhamdulillah.
Tiba di Pasum, diri ini tidak terdedah sangat. Walaupun pada mulanya, sudah mengambil borang untuk bertanding pilihanraya asasi, tetapi membatalkan niat disebabkan teringat pesanan abah untuk menumpukan kepada pembelajaran. Tetapi, ketika ini, minat terhadap buku leadership, human psychology, self development, dan management sangat mendalam. Satu perkara saya belajar sewaktu di asasi, binalah team leader yang paling kuat. Alhamdulillah sahabat-sahabat sangat kukuh ukhuwah. Terima kasih atas curahan usaha dalam unit kerohanian jkp asasi.
Menjadi mahasiswa, suasananya cukup berlainan terutamanya berada didalam universiti Malaya. Persatuan Mahasiswa Terengganu, Persatuan Mahasiswa Islam, Angkatan Siswa/I Sains Muslim dan kolej kediaman adalah medan meletakkan idealism “ memberi melebihi menerima” dilunaskan. Masyarakat mahasiswa semakin bebas. Couple, hedonisme, ajaran sesat dan sebagainya memberi cabaran yang sukar untuk ditangani. Ditambah pula dengan birokrasi yang sangat kuat akibat daripada “standard” yang ingin dicapai oleh pentadbiran universiti.
Hari ini, saya menerima dua jawatan yang tetap. Naib yang dipertua Persatuan Mahasiswa Terengganu dan exco Kebajikan dan Perpaduan PMIUM. Tetapi, focus yang lebih utama adalah exco Kebajikan dan Perpaduan PMIUM disebabkan cabaran lebih besar dan marketnya lebih luas serta jobscope yang tetap dan terperinci.
Sepanjang hidup, banyak perkara yang saya belajar. Setiap tahun mempunyai jawatan yang tersendiri. Persoalan yang tidak dapat saya jawab, “ adakah aku gila kuasa?” dan “kenapa cubaan jawatan sentiasa berada disekelilingku?” kadang-kadang, persoalan persoalan seperti ini menyebabkan aku prejudis. Prejudis dengan orang lain yang melantik, prejudis dengan orang yang menyokong, dan prejudis dengan takdir. Tetapi, kalimah tuhan cuba untuk memuhasabah.
Muhasabah adalah perkara yang paling penting dalam hidup kita. Dalam kita hendak meneruskan perjuangan hidup, kita perlukan muhasabah. Malah ramai ahli terapi dan pakar motivasi barat menggunakan elemen muhasabah untuk menaikkan semangat diri.
Matangkan dirimu dan perbetulkan dirimu selalu. Banyak baca buku dan banyakkan muhasabah. Ambil iktibar dan betulkan diri dengan tindakan yang tepat. Insyaallah, I CAN DO IT……….
Lateral maksima…………….. yes, I can do it………
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan