Selasa, Julai 20, 2010
SETELAH 21 TAHUN
21 tahun aku hidup. Kadang-kadang sedar diri ini hidup. Kadang-kadang lupa kita ini sedang bernafas. Seronok hidup diatas dunia ini.
“ assalamualaikum fahmi. Selamat hari jadi dari ummi.” Muncul suara dihujung corong disebelah sana.
“ waalaikumusalam. Terima kasih ummi.” Jawab suara sebelah sini pulak.
“ umur dah tua dah” sebelah sana bersuara.
“ ish, mana ada tua, muda lagi apa” sebelah sini bersuara.
“ ikutlah heh… ha, dah ada azam baru belum?” ummi ku bersuara semula.
“ azam? Mana ada orang buat azam waktu hari jadi?”
“ kenapa, tak boleh ke?”
“ ala bukannya tak boleh ummi. Tapi bukan ada orang buat pun,” dalam hati aku nak cakap je macam ni.
“ azam baru nak mengundi tahun depan…. Hahahaha”
Terfikir tentang azam. Awal tahun dahulu pernah buat azam. Oleh sebab tak pernah nak catat, tinggallah azam itu sekadar melepaskan batuk ditangga. Sekadar ada sahaja. Tak pernah pun nak review apa-apa. Sedar-sedar dah pertengahan tahun sudah.
Mungkin ummi nak ingatkan agar anak dia ni semak balik azam tahun baru tu settle tak lagi. Mungkin jugaklah. Yalah, insan hebat macam aku ni kena sentiasa diperingat tentang azam tahun baru. Azam tak azam, hidup mesti diteruskan.
Dikesempatan ini, aku nak umumkan projek terbaru aku. Nak tahu tak?
Projek terbaru aku adalah AKADEMI MUSLIM PROFESIONAL (AMP). Projek ini bertujuan untuk melahirkan kader dakwah yang terbaik dari sudut psikologi dan skill yang lain. Pendakwah kelahiran akademi ini jugak diharapkan mampu untuk berdakwah dimana-mana juga mereka berada diatas muka bumi ini. Dicampak di laut, menjadi pulau. Dicampak dimana-mana pun menjadi pokok yang teduh. Itulah impian orang yang ingin membuat projek ini.
Sesiapa nak join terutama pelajar UM, boleh memberi nama anda terus ke emel aku. Nak tahu emel aku, tengok kat tepi sebelah kanan. Bawah gambar aku kat tepi tu. Kalau tak nak tengok kat tepi, inilah emel aku. fahmy0789@yahoo.com.my.... Nanti aku akan bagi explaination melalui emel ok?
Lateral maksima….. terpaksalah buat balik azam baru………….
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan