Sabtu, Julai 31, 2010

BANG, JOM MASUK ISLAM


“ dik2, sini jap’’ seorang hamba allah, menggamit ku untuk datang kepadanya seusai solat asar di masjid bulat. Usianya dalam lingkungan 30 an. Aku kemudian mendekatinya dengan seribu istighfar, semoga allah menjauhkan daku daripada pukau dan sebagainya.

“ nak sepuluh ringgit. Ada?” terkejut aku mendengar soalan tersebut. Kebetulan, aku baru sahaja membeli buku dan menggunakan duit yang ada sepenuhnya untuk membeli buku tersebut.

“ maaf lah bang. Xde lah bang” aku menjawab secara spontan. Dengan wajah yang kecewa, dia meninggalkanku. Aku melihat dia berjalan. Langkahnya stabil dan nampak gagah bila dilihat dengan mata. Susuk tubuh yang menampak tiada cacat cela semakin lama semakin menghilang daripada penglihatan ku.

Entah lah, selama ini aku cukup “bermurah hati” menderma sebahagian daripada duit aku untuk orang lain. Orang yang datang menampakkan wajah kesian yang sememangnya tidak dapat dinafikan mampu untuk menggugat kekerasanku untuk tidak memberi wang kepada mereka. Setiap yang datang mesti aku berikan walaupun note hijau sekeping. Kadang-kadang aku cukup hairan, orang yang sihat walafiat dan bentuk fizikal yang masih lagi elok datang meminta wang daripada aku. Apa dorang ingat aku ni wakil rakyat ke?? (hahahaha).

Memang agak tidak berpuas hati bila golongan yang sihat ni meminta wang daripada aku. Maksud meminta disini macam dialog diatas. kalau sekali taka pa, ini sampai dua tiga kali apa kes? Duit boleh beri dan diganti. Allah tentu mudahkan segala urusan untukku dan orang itu. Entahlah macam mana nak mendidik orang yang macam ini agar mencari duit sendiri. Mungkin ini pengajaran yang Allah turunkan kepada ku untuk menunjukkan kepada ku bahawa:
“ JANGAN JADI MACAM INI KELAK”


Kadang-kadang terpandang jugak kepada orang ini yang selalu meminta wang ini dimarahi oleh orang. Orang yang baik mungkin menegur dengan perkataan yang lembut lagi lemah. Tapi bagi yang kurang menjaga percakapan, menyakiti hati orang ini dengan gelaran dan kata-kata yang pedas menyebabkan aku pulak terasa. (hahahaha). Pengajaran disini, jangan jadi macam ini, nanti kena marah. Cukuplah bagiku ummi dan abah je yang marah. (hahahaha).

Selepas aku balik dari masjid, aku terfikir tentang sesuatu. Kenapa abang tu cukup berani meminta wang daripadaku? Dan kenapa aku pulak malu untuk meminta wang daripada orang lain?

Aku menemui jawapan disitu. Beza antara kami berdua adalah, mentality. Dia selalu membuat perkara ini sebelum ini. Maka mentality yang ditanam adalah mentality orang yang menang. Menang disini adalah minta, dapat! Tapi mentality aku pulak, “kalau mintak pun mesti tak dapat punya!”

Akhir sekali, alangkah hebatnya jika abang itu mempunyai mentality yang kuat seumpama itu dan berkata
“ HAI AH CHONG. JOM MASUK ISLAM” wau fantastic!!!!!!!!!

Lateral maksima........ belajar mentality yang baik.....................

Tiada ulasan: