Selasa, Julai 13, 2010

DAHULU DAN KINI


Assalamualaikum wbt.
Bermula sudah sem yang baru. Satu lagi sem yang bakal mencabar minda dan fizikal sebagai seorang mahasiswa yang berdedikasi. Belajar dan pada masa yang sama cuba untuk memberi kepada mahasiswa yang lain kebaikan untuk mereka, semoga mereka menerima dan menggunakan segalanya dengan baik.

Teringat sewaktu mula-mula menjejak kaki ke UM. Sewaktu di Pasum. Pada ketika itu, masih lagi terkial-kial mengenal makna kota metropolition ini. Mana tidak, di kampung, senang-senang je melintas jalan yang kadang-kadang tak payah untuk melihat kiri kanan. Di kota ini, nak melintas jalan pun kena cari jejantas atau lampu isyarat.
Dulu tidak kenal Mall. Mydin Mall yang baru dibukak time tu pun jarang untuk disinggah. Tetapi sekarang, Mall sudah ku lawati malah siap “ berfoya-foya” (istilah yang kontroversi) lagi. Kadang-kadang je “berfoya-foya” kat Mall ni. Habiskan duit je.
Waktu dahulu, selalu membayangkan kampus ni sangat besar sehingga tak larat nak jalan. Tapi sekarang, terasa pulak kecil je kampus ni. Berjalan kaki dari kolej kediaman, pergi ke fakulti sains. Kadang-kadang pergi ke perpustakaan dan berjalan ke akademi pegajian melayu atau islam yang masing-masing sangat jauh dari fakulti sains. Sesekali singgah di fakulti lain untuk berjabat tangan mesra dengan sahabat-sahabat yang lain. Bila dah lama-lama, terasa kecik pulak kampus ni.
Dahulu, tinggal di kolej kediaman. Bila rasa macam tak ada duit, makanan dah tersedia di dewan makan kolej kediaman. Memang sedap hidup. Tak payah nak fikir makan kat mana. Tapi sekarang, duduk rumah sewa, masak sendiri. Walaupun tak beberapa pndai masak, cikai-cikai bolehlah makan. Hahaha. Kalau malas nak masak, fikir nak makan kat mana pulak. Nak murah, makan dalam kampus tapi jauh dari rumah. Nak yang dekat, kedai sekitar PJ ni lah, tapi mahal lah.
Walaubagaimanapun, duduk kat luar ni cabaran nya lebih besar. Apa cabarannya? Tak tahulah. Bergantung kepada orang yang memandang kepada cabaran tersebut. Cabaran saya mungkin berbeza dengan orang lain. Orang first time duduk sendiri, mungkin akan lemah dari sudut pengurusan sendiri. Orang yang sudah lama duduk sendiri ni mungkin cabarannya untuk menyesuaikan dengan orang baru. Yang pasti, setiap orang ada cabarannya.
Dahulu, first year seolah-olah tak tahu apa-apa. Agak ramai yang membantu, tapi bantuan mereka tidak lebih daripada orang yang ditanya tentang jalan ke sesuatu destinasi. “ adik pergi kesana dan kesini”.yang lain, tempuh sendiri. Sekarang ni, aku dah third year. Terfikir, nak buat macam senior dulu buat ke atau kita akan bantu junior semampu yang mungkin. Biarkan mereka gembira dahulu dan susah kemudian atau biarkan mereka susah dahulu dan kemudian senang macam kami dahulu.
Optimistik adalah perkataan yang paling sesuai untuk senior seperti saya. Saya adalah saya. Yang berlaku biarkan berlaku. Yang akan berlaku biarkan berfikir bagaimana untuk menempuhinya. Saya bukan hamba yang hanya mampu buat apa yang disuruh, tapi saya adalah manusia yang mampu berfikir tentang hidup.
Walaubagaimanapun, selamat kembali kepada senior. Dan selamat datang kepada semua junior terutamanya pelajar fakulti sains khususnya dan semua fakulti amnya. Selepas ini kita akan buat usrah ye…….

Lateral maksima………. Laptop dah rosak………huhuhu……

Tiada ulasan: