Ahad, Jun 27, 2010
SINAR SYURGA
Masih terngiang-ngiang cerita ummi. Diwaktu saya masih lagi kecil. Selalu menangis ditengah malam, meragam sehingga ummi kurang tidur. Ummi berkata, “ dulu mata ummi macam beruang panda. Hitam disekeliling mata sebab tak cukup tidur.” Sehinggalah adik saya lahir, barulah perangai itu berkurangan.
Kata ummi, “ dulu ummi selalu tengok abang ( gelaranku dirumah) selalu memerhati barang permainan, tapi tidak pernah untuk meminta hendakkan barang permainan.” Mungkin memahami si anak, ummi dan abah membeli barang permainan untuk si anak. Tu pun berkongsi dengan adik-adik yang lain.
Masih terkenang sewaktu baru masuk PASTI, si anak teringat tentang buku yang diberi oleh guru sebelum ini tertinggal dirumah. Lalu si anak pulang kerumah semata-mata untuk mengambil buku tersebut dengan berjalan kaki. Perjalanan yang ditempuh agak jauh kerana jalan pintas ke kawasan perumahan masih lagi belum dibina pada waktu itu, menyebabkan abah dan ummi risau akan keselamatan si anak. Abah terpaksa bergegas daripada pejabat dan ummi sudah risau dirumah. Dapat je buku terus kembali ke sekolah, abah yang hantar. Cikgu dah mula risau sebab si anak tiada dalam kelas.
Hari pertama masuk darjah satu, ummi mengejutkan si anak sangat awal untuk pergi ke sekolah. Dimandi, dihias, dibedak, di letakkan sekali perfume dan diminyakkan rambut. Selepas tu, abah membawa si anak ke gerai dekat dengan rumah untuk mendapatkan bekalan nasi lemak untuk waktu rehat si anak nanti. Masa tu, si anak adalah manusia paling hensem di atas dunia ( dan cute).
Pada suatu malam, si anak menangis semalaman kerana sakit perut. Ummi dan abah berjaga malam melumur sedikit minyak afiat untuk melegakan kesakitan si anak. Keesokkannya, dihantar ke klinik dan disahkan mengalami appendix. Dihantar ke hospital dungun, dan terus ke hospital besar kuala terengganu. Pembedahan segera dilakukan disebabkan appendix dikatakan sudah pecah. Sepanjang rawatan pembedahan, ummi dan abah berada disisi menemani, memberi kata semangat kepada si anak. Sedikit sebanyak, kesakitan si anak berkurangan kerana perhatian yang diberikan oleh abah dan ummi.
Abah bersusah payah untuk menghantar si anak mengambil peperiksaan memasuki MRSM dan mengambil borang-borang kemasukan ke sekolah lain. Tapi apakah daya, dengan keputusan yang sedia ada, si anak tidak dapat pergi ke mana-mana sekolah terbaik. Tetapi si anak dengan gembira masih lagi bersekolah seperti biasa. Perkara yang sama dilakukan oleh abah selepas PMR. Atas sebab kemaslahatan si anak, abah secara diam-diam mengisi borang sekolah agama negeri untuk si anak.
Si anak sekarang, sangat jauh daripada pandangan abah dan ummi. Tapi masih lagi terpaut kasih sayang dan ‘bebelan’ abah dan ummi. Abah dan ummi memberi sepenuh kepercayaan kepada si anak untuk hidup. Si anak masih lagi seminggu sekali menelefon ke rumah untuk update maklumat yang ada dirumah.
Ayat yang paling diingati dan tak akan dilupakan oleh si anak sepanjang hidupnya, “ dalam banyak-banyak anak ummi, abang lah yang paling baik sekali.” Satu penghormatan bagi si anak untuk melihat dunia dengan pandangan yang lebih terbuka dan luas. Itulah juga titik untuk kepercayaan ummi kepada si anak.
Kenakalan si anak adalah sebuah kenakalan yang tidak berbekas. Ummi dan abah tetap begitu dengan kenakalan si anak. Sabar, dan penuh sayang mendidik si anak. Tidak tahu untuk si anak membalas segala pengorbanan abah dan ummi sewaktu belajar ini. Tapi satu amalan setiap tahun yang tidak akan si anak lupakan untuk lakukan.
SELAMAT HARI LAHIR KEPADA ABAH DAN UMMI. SEMOGA HIDUP PENUH DENGAN KEBERKATAN DAN DISAYANGI OLEH ALLAH.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan