Kemalasan untuk menulis. Itulah yang dihadapi oleh saya sekarang ini. Dahulu saya merasakan kepada kawan-kawan saya yang sudah menurun minat mereka untuk menulis dan postkan artikel mereka ke dalam blog mereka seperti sudah hilang semangat untuk hidup. Maaf kalau ada sesiapa yang tersinggung, sebab bagiku dunia penulisan adalah untuk orang yang memahami diri sendiri untuk hidup berguna untuk orang lain.
Menyalurkan info dan buah fikiran diri sendiri kepada orang lain bagiku seolah-olah kewajipan kepada diri sendiri. Tetapi kini, kemalasan itu sudah melanda jiwa ini. Tapi dalam kemalasan ini, sempat lagi menggerak jari untuk
SAKIT
Sampai sahaja saya dikampung, saya pergi untuk menemani ayah ke tasik kenyir. Kali ini hanya diatas darat sahaja. Tidak dapat untuk menaiki bot ke mana-mana pulau di Tasik Kenyir. Ini adalah rutin kerja ayah untuk check up setiap alatan yang berada di kawasan Tasik Kenyir.
Pulang sahaja dari Tasik Kenyir, dilanda penyakit perut yang memulas yang cukup lama sehingga saya bimbang jika saya mengalami sakit perut yang sama sewaktu darjah empat dahulu. Kebiasaan, apabila ditimpa sebarang penyakit, saya sedikit culas untuk berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan. Selepas beberapa hari mengalami sakit perut yang agak melampau sehingga mengganggu tidurku diwaktu malam, terpaksa untuk berjumpa doctor.
Sekadar angin yang penuh didalam perut, doktor hanya memberikan beberapa jenis ubatan yang akhir sekali sedikit Cuma yang ditelan oleh ku. Nasihat doctor agar konsistenkan waktu pemakanan agar perut tidak kosong dan tidak diisi oleh angin.
PERNIKAHAN BRO ZUL DAN SIS UMMU
Selamat pengantin baru buat zulamirul dan isterinya, kak ummu. Sempat untuk bertandang kerumah pengantin perempuan tempoh hari dalam masa menahan kesakitan diperut pada ketika itu.
Seawal jam 11.30 pagi, sudah sampai ke rumah pengantin perempuan. Dan jejalan di sekitar besut dan pasir puteh sesudah itu bagi memenuhi jadual pada hari itu. Apa pun, selamat pengantin baru. Tapi apa tujuan mereka kahwin ek????
SERANGAN
Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Itulah kesimpulan yang dapat dibuat dari tindakan yang diambil oleh pasukan tentera laut
Kemarahan dunia meletus tetapi apakah daya, hanya perkataan “ kesal”, “ kecam”, dan perkataan-perkataan yang sewaktu dengannya yang mampu untuk diluahkan oleh pemimpin dunia. Tiada kesan terhadap
Kenapa dunia takut untuk mengisytihar perang terhadap
Rasanya ramai orang bersetuju dengan saya tentang hal ini. Apa produk yang dikeluarkan oleh
Saya tak hendak untuk berbincang tentang hokum jual beli dengan yahudi. Tapi saya
Kesimpulan, jadilah Abdurrahman bin Auf. Memecahkan monopoli perdagangan yahudi di Madinah. Belajarlah dengan mana-mana bangsa untuk tempoh yang singkat dan berubahlah untuk menguasai ekonomi dunia. Umat islam banyak pakar, tapi mereka bukan pemula yang baik. Ajarkan dan tanamkan keyakinan kepada mereka untuk bermula.
KES BUANG ANAK
Tiga hari tiga kes. Saya suka menonton televisyen di pagi hari. Kebiasaan menonton berita pagi menyebabkan mindaku subur dengan informasi. Tetapi, tiga hari tiga kes yang dilapor untuk kes buang bayi yang baru dilahirkan sahaja menyebabkan saya berkata, dunia sudah gila.
Manakan tidak, orang putih tidak membunuh bayi sendiri, jika tidak suka pun, diberikan kepada orang lain yang mahu. Tetapi dinegara sendiri yang mengaku Negara islam berlaku kes seperti ini.
Manusia yang tidak tahu tujuan hidup dan hanya berpandukan kepada nafsu barakah semata-mata. Nak salahkan mereka seratus peratus pun tidak tergamak dsebabkan mereka tidak diddidik dengan betul oleh masyarakat sekeliling. Guru, ibubapa dan masyarakat saling menunding jari, “ ini salah kamu!” tiada siapa yang mengatakan, itu salah aku. Sifat manusia untuk tidak mengaku salah. Sama dengan penulis. Hahahaha.
Itulah sedikit coretan untuk kali ini. Ini yang diingat semula sewaktu menulis ini. Lepas ini mungkin ada peluang lagi untuk menulis perkara yang terlupa. Hahaha. Jumpa lagi.
Lateral Maksima........... jadi macam ni lah pulak........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan