Sabtu, November 01, 2008

adab pakaian



Sepatutnya macam ni kat universiti. Amacam???!!

Geram betul lah aku bila melihat orang yang memakai selipar jepun kekelas. Macam takde adab untuk menuntut ilmu terutamanya orang melayu yang beragama islam. Aku tengok orang bukan islam ke kelas pun memakai kasut walaupun berpakaian tak senonoh. Tapi sebahagian orang islam ada juga memakai baju tak senonoh ke kelas.

Kalu hendak ke kelas tu kenelah memakai pakaian baju kemas, berwangi-wangian seperti ditunjukkan oleh malaikat Jibril dalam satu hadis daripada 40 hadis imam nawawi yang menceritakan bahawa seorang pemuda amat cantik pakaian, rambut dirapi sehingga orang senang untuk melihatnya. Seterusnya malaikat Jibril menghadap Rasulullah saw sehingga melagakan lututnya dengan lutut rasulullah saw.

Tengok betapa tertib dan santunnya contoh untuk kita ikuti. Sepatutnya kita sebagai mahasiswa terutama sekali beragama islam sepatutnya berpakaian lebih cantik untuk menuntut ilmu. Barulah ilmu senang nak masuk, kata sorang motivator yang sangat aku kagumi ni.

Ayuhlah wahai mahasiswa mahasiswi sekalian, ayuhlah kita merubah cara kita menghadap ilmu kerana kitalah yang sepatutnya menjadi ikon kepada agama islam yang kita cintai lagi dikasihi ini.

Tiada ulasan: