Khamis, November 13, 2008

REMAJA DAN PEMIKIRAN

Remaja dan pemikiran. Adakah disekalikan atau boleh diasingkan kepada dua bhgn yg berlainan.
Remaja dan personaliti. Adakah personaliti menjadi agenda utama remaja dalam kearah kedewasaan dan kematangan.
Remaja dan akhlak. Adakah masyarakat sekarang begitu ketandusan anak muda yg berakhlak terpuji dan bermentaliti baik.
Remaja dan darah panas. Adakah sering menjadi kesalahtafsiran dalam masyarakat kepada sikap remaja.

Inilah beberapa masalah pokok yg sering dibincangkan dalam kes remaja. Kalau kita lihat, jenayah juvana pun makin lama makin meningkat saban tahun. Dimana jua pasti remaja dikaitkan dengan persoalan diatas malah menghantui masyarakat zaman sekarang yg mencabar ini.

Remaja yg merokok adalah remaja yg rosak. Tapi golongan dewasa yg merokok dikatakan baik pulak sedangkan dua golongan ini melakukan perkara yg sama.
Remaja yg keluar malam seringkali dianggap serong dan sebagainya.
Mungkinlah apa yg dilakukan oleh remaja zaman sekarang menyebabkan pandangan negetif sering dilontarkan oleh sesetengah masyarakat yg tidak prihatin terhadap kebajikan ilmu golongan ini.
Sedar atau tidak sedar, golongan remaja sering dilanda tsunami pemikiran pada waktu ini. Mereka mudah menerima apa jua jenis pemikiran yg berada disekeliling mereka.
Andai kata pemikiran yg bermain disekeliling remaja terbabit adlah pemikiran yg berlndaskan hiburan, maka terikutlah remaja ni kearah hiburan. Jika keadaan pemikiran berteraskan ilmuwan islam, maka remaja terbabit akan menjurus kepada pemikiran berlandaskan islam itu sendiri.

Ini bermakna pemikiran yg diterima oleh remaja ini akan bergantung kepada pemikiran masyarakat sekeliling mereka. Jika sering bergaul dengan orang selalu pergi demonstrasi, maka mereka sendiri akan terikut dengan budaya demonstrasi itu sendiri. Jika sering bergaul dengan YB-YB yg selalu memikirkan tentang masalah negara maka mereka dengan sendirinya akan menjadi diri mereka seorang yg sentiasa berfikir tentang masalah negara.

Itulah beberapa contoh apa yg aku lihat disekeliling aku. Kalau betul terimalah, jika salah betulkanlah. Ini yg aku tengok, ikut koranglah nak percaya atau tak.

Persoalan yg ingin dilontarkan olehku dalam post kali ini adalah persoalan pembinaan suasana dan keadaan masyarakat. Kalau kita tengok, 75 peratus adalah berkaitan dengan hiburan tak kiralah telemovie, cerita pendek, konsert dan sebagainya. Apabila melibatkan television yg sangat menitik beratkan jumlah penonton yg menonton rancangan mereka, pasti keadaan masyarakat akan lebih parah dan lebih kritikal.

Suasana di rumah juga mempengaruhi pemikiran remaja ini selain rakan sebaya dan sebgainya. Ibubapa lah yg sepatutnya membina basic yg kukuh tentang jati diri sbelum menghantar anak2 mereka kesekolah. Disebabkan mereka tidak mengajar basic kuat terhadap agama dan jatidiri itu sendiri menyebabkan anak2 mereka akan terlalu mudah terpengaruh dengan suasana disekeliling mereka. Tidak hairan murid2 sekolah rendah mampu membuat perkara yg pelik yg kita sendiri tidak lakukan kerana mereka terdedah dengan perkara yg pelik dahulu barulah didikan agama. Bukanlah aku nak menyalahkan pembelajaran disekolah teruk, tapi suasana rakan disekolah yg teruk juga sangat memainkan peranan kearah ini kerana setiap murid atau pelajar mempunyai latar belakang yg berbeza dan mereka saling mempengaruhi antara satu sama lain. Jika suasana yg berlaku adalah baik, maka baiklah mereka dan jika suasana yg dibentuk adalah tidak baik maka tidak baiklah merka.

Itulah sahabat2 sekalian, aku bukanlah ahli psikologi dalam membicarakan tentang perkara ini. Ini hanya luahan hati dan perasaan kepada sahabat sekalian, kerana remaja yg rosak akhlak adalah orang yg perlu kita dakwah dan perjelaskan tentang keindahan islam. Dan aku pun sedih diatas bantahan orang bukan islam terhadap agama islam itu sendiri. Dan aku pun sedih kerana orang islam sendiri terlibat sama dengan bantahan tersebut. Perarakan mereka juga mempunyai pro dan kontra disini. Tapi aku tidak mahu berbicara lebih lanjut tentang pro dan kontranya disini. Tapi pokoknya disini, Mereka tidak mengatahui sebenarnya akan agama kita dan mereka sendiri pun sebenarnya tidak memahami dengan jelas apa yg islam hendak bina.

Jadi sahabat sekalian, cubalah dekati golongan2 seperti ini, kerana mereka bukanlah membantah berdasarkan ilmu, tetapi merka membantah kerana mereka merasa islam itu mengongkong kehidupan mereka. Itu yg kita perlu jelaskan dan bukan terus menghentam mereka seratus peratus. Aku rase ini jalan yg terbaik dalam mencari penyelesaian terhadap isu ini. Berbaiklah dengan semua orang dan berusahalah agar kemenangan islam akan dicapai dengan takbir dan tahmid kepda Allah swt.

Aku rase sampai setakat itu dulu. Penulisan diatas hanya pandangan makhluk Allah yg lemah dan itu hanya pandangan peribadi aku saje. Aku mengharapkan pandangan ini dibicarakan dan dicerna dengan baik oleh sahabat2. dengan ilmu yg sedikit, ini saje yg aku sampaikan dalam post kali ini. Sesunguhnya orang sentiasa berfikir itu adalah lebih mulia daripada seorang abid. Insyaallah. Wassalam.

Tiada ulasan: